Dokumentari 'The Playboy Sultan' Dibuat Semata-Mata Untuk Calar Imej Sultan Brunei?
Semenjak negara Brunei melaksanakan undang-undang shariah, pelbagai cerita yang kurang enak tiba-tiba muncul.
AMARAN: Sesetengah kandungan dalam artikel ini mungkin tidak sesuai untuk tontonan golongan bawah umur
Tahun lalu, kami telah pun menerbitkan satu artikel mengenai seorang wanita dari Amerika Syarikat, Jillian Lauren yang menceritakan kisah hidupnya menjadi perempuan simpanan kepada adik Sultan Brunei, Putera Jefri Bolkiah
Dan kali ini, Jillian muncul kembali dalam satu dokumentari khas yang dijalankan oleh sebuah media dari Australia berjudul 60 Minutes bersama pengacara Allison Langdon
Seiring dengan tajuknya 'The Playboy Sultan', Jillian sekali lagi mendedahkan kehidupan adik-beradik Sultan Brunei yang kaya-raya dan sentiasa dikelilingi puluhan wanita cantik bagi tujuan memuaskan nafsu mereka
Di samping itu, dokumentari ini turut dilihat seperti sengaja melabel undang-undang shariah sebagai satu tindakan yang ganas dan kejam
Dokumentari ini juga ada menceritakan perihal adik Sultan Brunei, Putera Jefri yang dikatakan mempunyai obsesi seksual terlampau dan pelik
Contohnya, Putera Jefri memiliki sebuah kapal layar mewah yang diberi nama TITS (buah dada) dan diatasnya mempunyai dua bulatan yang diberi nama Nipple 1 dan Nipple 2 (puting 1 dan puting 2)
Selain itu, Putera Jefri juga dikatakan mengabadikan 4 patung dirinya dan juga bekas tunangnya, Micha Raines, di dalam pelbagai posisi seksual di salah sebuah rumah miliknya di Long Island, New York
Semasa bekas tunangnya bekerja dengan beliau, dia menerima gaji sehingga RM100 ribu sebulan. Kini Micha dan anak lelaki mereka berusia lima tahun mereka tinggal di salah sebuah rumah di Las Vegas berharga RM30 juta yang juga merupakan hadiah daripada putera raja itu.
Putera Jefri juga terkenal dengan perbelanjaan mewahnya dan sehingga kini telah membeli 600 aset hartanah, lebih 2000 kereta, lebih 100 lukisan, lima bot, sembilan pesawat termasuk Airbus, permaidani diperbuat daripada emas, dan juga kapal layar mega.
Ia tidak terhenti di situ. Dokumentari ini turut mendedahkan kehidupan anak Sultan Brunei, Putera Azim yang bebas bersosial dengan para selebriti dari Hollywood seperti Mariah Carey, Pamela Anderson, Scarlett Johansson dan ramai lagi.
Menerusi ruangan komen, kami lihat ramai orang menganggap dokumentari ini sengaja dibuat sebagai satu usaha untuk memburuk-burukkan ahli keluarga Sultan Brunei
Ia juga dikatakan tidak begitu sahih dan bersifat berat sebelah yang hanya dilakukan semata-mata untuk mengaut populariti dan keuntungan
Ini bahagian paling menarik. Hasil siasatan SEISMIK mendapati rancangan 60 Minutes ini berada di bawah naungan syarikat media Nine Network yang bertapak di Australia.
Dan Nine Network ini jugalah yang mendedahkan cerita kurang enak tahun lalu mengenai pembantu juruterbang pesawat MH370, Fariq Hamid yang dikatakan suka berfoya-foya dengan wanita
Jonti Roos memberitahu rancangan TV 'A Current Affair' yang disiarkan oleh Nine Network bahawa beliau dan Maree turut merakam gambar mereka dengan juruterbang bersama tersebut dalam kokpit.
“Sepanjang penerbangan tersebut mereka berbual-bual dengan kami dan turut merokok ketika dalam penerbangan, yang saya rasa tidak dibenarkan. Pada satu masa, mereka turut berpaling ke arah kami sepanjang masa dan berbual dengan kami."
"Mereka sangat berminat dengan perbualan tersebut, dan dia turut memegang tangan kawan saya dan berkata, 'tangan anda sangat berkedut. Itu bermakna anda sangat kreatif' dan turut menegur pengilat kukunya,” kata Jonti Roos.
Susulan daripada itu, tindakan Nine Network yang menerbitkan berita tersebut dikritik hebat serta dilabel sebagai "kewartawanan longkang, berat sebelah dan hanya berdasarkan khabar angin"
Media Prima telah membidas *Nine Network * kerana menyiarkan dakwaan bahawa seorang wanita dan rakannya telah dihiburkan di dalam kokpit sebuah pesawat Malaysia Airlines dengan pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid, yang merupakan seorang daripada mangsa nahas penerbangan MH370.
Pengerusi syarikat, Johan Jaffar menyifatkan kelakuan itu sebagai "kewartawanan longkang, berat sebelah dan berdasarkan khabar angin sahaja."