Dr Zulkifli Nasihat Haram Cium Hajarul Aswad Jika Sampai Bahayakan Diri & Orang Lain
“Umrah adalah ibadah, bukan pelancongan kerohanian” - Dr Zulkifli.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Mencium batu Hajarul Aswad ketika berada di Mekah adalah satu ibadah sunnah
Baru-baru ini, tular di media sosial tentang usahawan dan pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad sekali lagi mengundang kontroversi apabila videonya bergelut untuk mencium Hajarul Aswad.
Menerusi video itu, Hafiz dilihat berusaha mencium batu berkenaan sehingga kain ihramnya terlondeh dan menampakkan bentuk badan.
Bagaimanapun, menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, melakukan tawaf adalah wajib, manakala mencium Hajarul Aswad adalah sunat.
“Bahkan di sisi ulama Syafi’iyyah, hukum asal bagi wanita adalah tidak disunatkan bagi mereka mencium Hajar Aswad kecuali keadaan di mataf agak lengang,” katanya.
Haram cium Hajarul Aswad jika sampai bahayakan diri dan orang lain
Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya, Dr Zulkifli menjelaskan bahawa mencium Hajarul Aswad akan diharamkan sekiranya tindakan itu mengakibatkan masalah, kesakitan kepada diri sendiri atau orang lain.
Beliau menekankan bahawa mencukupi dengan memberi isyarat dengan melambaikan tangan dan mencium tangan, sebagaimana yang diajar oleh Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari.
“Agak janggal bila ibadah yang suci dan mulia itu dirosakkan dengan telefon pintar yang diangkat untuk merakam video dan gambar, bukan pada masanya.
“Saya juga lihat perkembangan mutakhir ini, ramai memuat naik video sedang menyentuh Kaabah atau Hajarul Aswad di media sosial. Jika ia hanya sekadar ‘trend’ untuk meraih tontonan ramai, tinggalkanlah‘trend’ yang merugikan itu.
“Sewajarnya di hadapan Baitullah, kita fikirkan dosa kita, keampunan daripada Allah, termasuk doa-doa kepada-Nya. Dengan itu sahaja pun kita sudah cukup sibuk tanpa sempat memikirkan peluang untuk mencipta konten.” katanya lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!