seismik

'Maaf, Mama Tak Dapat Jaga' - Ucapan Terakhir Ibu Sebelum Dua Beradik Maut Dalam Kebakaran

Allahuakbar.

Cover image via Berita Harian

Pagi semalam (14 Julai 2019), dua beradik ditemui maut dalam keadaan duduk bersebelahan dalam nahas kebakaran di Kampung Endah, Banting

Mangsa kebakaran, Nur Salsabila dan Nur Ain Sumayyah.

Image via Berita Harian

Kedua-dua remaja perempuan berusia 13 dan 15 tahun itu dipercayai terperangkap dalam kebakaran yang memusnahkan kediaman keluarga mereka pada jam kira-kira 2.30 pagi.

Dua remaja terbabit, Nur Salsabila Mohd Fakrul Khair, 15, dan adiknya, Nur Ain Sumayyah, 13, hanya berdua berada di rumah, manakala ibu bapa mereka berada di kedai makan dan sedang menyediakan makanan untuk anggota bomba yang bertugas memadam kebakaran di Pulau Indah.

Lebih menyedihkan, Ibu mangsa sempat meminta maaf daripada anak bongsu kerana tidak dapat menjaganya walaupun demam

Image via Harian Metro

Memetik laporan Harian Metro, Serihayati Ngainan, 48, berkata, dia terpaksa meninggalkan anak-anaknya itu di rumah sementara dia dan suami Mohd Fakrul Khair Baharin, 41, keluar untuk menyediakan tempahan makanan.

“Anak saya yang kecil (Nur Ain Sumayyah) demam, saya cakap ‘maafkan mama, mama tak dapat jaga Maya’ (kerana terpaksa keluar).

“Kemudian dia cakap, ‘tak apa mama, Maya boleh jaga diri sendiri’ dan kakak (Nur Salsabila) dia pula cakap, ‘tak apa, kakak pun boleh jaga'," katanya.

Serihayati turut menyifatkan kedua-kedua anaknya itu taat kepada ibu bapa dan rajin membaca al-Quran

Ibu, Serihayati bersama dua anaknya, Salsabila dan Sumayyah.

Image via Berita Harian

“Setiap kali selepas solat maghrib, mereka akan mengaji hingga Isyak dengan menghadap satu sama lain. Kakak akan membetulkan bacaan adik, adik membetulkan bacaan kakak.

“Selepas solat isyak, mereka akan mengulang kaji pelajaran bersama-sama pula dan saling memberi tunjuk ajar.

“Begitu juga dengan pembahagian kerja rumah, mereka buat sama-sama. Mereka tidak pernah berpisah sejak sekolah rendah. Jika ke sekolah, kakak membawa adik menaiki basikal,” katanya  sebak.

Pakcik kepada mangsa, Khamijas Ngainan, 52, mendengar jeritan dua anak saudara meminta tolong namun semuanya sudah terlambat

Khamijas Ngainan (kiri)

Image via Berita Harian

Khamijas terkilan tidak mampu menyelamatkan kedua-dua mangsa berikutan api merebak dengan cepat.

Menurutnya, dia sudah pun memasuki pintu belakang kediaman itu untuk cuba menyelamatkan mangsa tetapi api marak sehingga memusnahkan rumah.

Katanya lagi, keadaan struktur rumah yang mulai runtuh menyebabkan beliau terpaksa keluar dari rumah itu untuk menyelamatkan diri, selain suara mangsa tidak lagi kedengaran.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, berkata kebakaran dipercayai bermula di ruang tamu sebelum merebak ke seluruh rumah

Beliau mengesahkan kebakaran berlaku daripada litar pintas dan tiada unsur jenayah dikesan.

Sementara itu, jenazah kedua-dua mangsa telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Al-Toyyibin Kampung Endah Kuala Langat, sekitar jam 4 petang sebentar tadi.

Image via Sinar Harian

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kehilangan ahli keluarga tercinta adalah salah satu perkara yang amat pahit untuk ditelan:

You may be interested in: