seismik

Dua Kes Keracunan Makanan Dilapor Dalam Sehari Di Dua Negeri Berlainan

Pada 8 Julai 2014, lima orang di Selangor mengalami cirit-birit selepas menikmati juadah bubur lambuk yang dibeli di bazaar Ramadan manakala di Perak pula, seorang lelaki maut selepas makan pulut panggang.

Cover image via travelchameleon.net

Kes Pertama Berlaku Pada 8 Julai 2014 Di Tanjung Karang Dimana 4 Kanak-Kanak Dan Seorang Dewasa Mengalami Cirit Birit Selepas Menikmati Juadah Bubur Lambuk Yang Dibeli Di Sebuah Bazaar Ramadan

Lima lagi mangsa keracunan makanan akibat makan sajian dijual di bazar Ramadan dilaporkan di negeri ini menjadikan ia kes kedua dalam tempoh kira-kira 10 hari selepas kes pertama dilaporkan hari pertama Ramadan lalu.

peraktoday.com.my

Selepas kejadian menimpa sebuah keluarga di Taman Sri Muda, Shah Alam kini giliran dua keluarga di daerah ini menerima nasib sama, namun akibat juadah berbeza kerana kali ini punca kejadian dipercayai akibat bubur lambuk.

hmetro.com.my

Kelima-lima mangsa iaitu empat kanak-kanak dan seorang dewasa mengalami keracunan makanan selepas dipercayai menikmati bubur lambuk yang dibeli di pasar Ramadan.

hmetro.com.my

Pada 29 Julai 2014 Lalu Bersamaan 1 Ramadan, Empat Beradik Berusia Dari 4 Hingga 13 Tahun Mengalami Keracunan Makanan Selepas Menikmati Roti John Di Bazaar Ramadan

Kesemua Mangsa Dihantar Ke Hospital Tanjung Karang (HTK) Untuk Menerima Rawatan. Pengarah HTK, Dr. Mohd Zamri Saim Mengesahkan Pihaknya Kini Sedang Merawat Lima Pesakit Yang Mengalami Keracunan Makanan

“Mereka kini stabil dan akan mendapatkan sampel makanan yang disyaki untuk diuji."

peraktoday.com.my

“Kita juga memaklumkan perkara ini kepada Inspektor Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Kuala Selangor dan sudah dimaklumkan mereka sedang menjalankan siasatan dan mengambil keterangan daripada mangsa bagi mengesahkan punca keracunan makanan,” kata Mohd Zamri.

hmetro.com.my

Menurut Bapa Seorang Mangsa, Dia Tidak Menyangka Bubur Lambuk Yang Dibeli Untuk Anak-Anaknya Boleh Menyebabkan Cirit-Birit Dan Muntah-Muntah

Azmi bersama ahli keluarganya di HTK.

Image via peraktoday.com.my

Sementara itu, bapa seorang daripada mangsa, Azmi Abdul Azis, 33, berkata dia tidak menyangka bubur lambuk yang dibeli untuk dua orang anaknya, Muhammad Zul Rayyan Nazmi , 2, dan Nurzulaikha Qystina,5, menyebabkan anaknya itu muntah-muntah dan mengalami cirit-birit hingga dikejarkan ke wad kecemasan HTK berkemungkinan mengalamin dihidrasi atau kekurangan air dalam badan.

peraktoday.com.my

Dalam Satu Lagi Kes Di Kuala Pilah, Seorang Warga Emas Berusia 65 Tahun Didapati Batuk Beberapa Kali Sebelum Rebah Ke Lantai Selepas Menikmati Juadah Pulut Panggang Yang Dibelinya Di Sebuah Bazaar Ramadhan

“Selepas makan kuih itu (pulut panggang) mangsa pergi ke singki sebelum saya terdengar dia batuk beberapa kali lalu rebah ke lantai,” kata pekerja restoran N Jegan, 22, mengenai kejadian seorang pelanggan lelaki meninggal dunia secara tiba-tiba di restorannya.

hmetro.com.my

Kejadian mengejutkan itu berlaku jam 4 petang dan sebelum itu mangsa, Tee Wan Ka, 65, dikatakan datang ke restoran untuk makan kuih pulut panggang dibelinya di bazar Ramadan berhampiran.

blogspot.com

Mangsa Disahkan Meninggal Dunia Oleh Kakitangan Perubatan Di Tempat Kejadian Pada Jam 4.30 Petang Dan Mayatnya Kemudian Dibawa Ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah

Image via imgur.com

“Beberapa pelanggan di dalam restoran cuba membantu dan selepas melihat keadaannya yang sudah tidak bergerak, seorang daripada mereka menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Pilah dan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk bantuan,” kata Jegan.

blogspot.com

Namun, Punca Kematian Mangsa Tidak dapat Dikenal Pasti Samada Disebabkan Oleh Keracunan Makanan Dari Juadah Pulut Panggang Tersebut Kerana Mangsa Dikatakan Menghidap Penyakit Kanser Kerongkong

“Seorang ahli keluarga terdekat mangsa yang ditemui, beritahu Tee menghidap penyakit kanser kerongkong dan ini kemungkinan punca kematiannya.

hmetro.com.my

Di Bulan Ramadan Ini, Terdapat Beberapa Lagi Kes Yang Perlu Dipandang Serius Oleh Orang Ramai. Dapatkan Segala Butiran Di SAYS:

You may be interested in: