seismik

Dua Remaja Melecur Disimbah Asid 'Sarsi' Oleh Rakan Sendiri

Botol yang disangka berisi air sarsi sebenarnya berisi asid yang sangat merbahaya.

Cover image via imgur.com

Dua Orang Lelaki Berumur 22 Dan 14 Tahun Cedera Disimbah Asid Pada Malam 26 Mac 2014 Di Pasir Puteh, Kelantan

Dua lelaki termasuk seorang remaja berusia 14 tahun cedera selepas disimbah asid oleh seorang lelaki dalam kejadian di Kampung Banggol Pak Esah pada Rabu.

mstar.com.my

Lokasi Kampung Banggol Pak Esah di Pasir Puteh, Kelantan.

Image via www.weather-forecast.com

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh DSP Mohd Kamal Zainal berkata kejadian berlaku pukul 10.15 malam ketika kedua-duanya iaitu Tuan Zulashraf Tuan Yaacob, 14, dan Emi Azman, 22 berada di sebuah gerai menjual burger.

mstar.com.my

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh DSP Mohd Kamal Zainal.

Image via www.sinarharian.com.my

“Suspek membuka tudung botol dan terus menyimbah asid ke arah mangsa dan percikannya turut terkena pada rakan mangsa," kata Mohd Kamal.

sinarharian.com.my

Mangsa, Emi Mengalami Kecederaan Serius Di Muka Dan Badan Manakala Tuan Zulashraf Hanya Cedera Ringan

Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Image via akakdisebalikpintu.blogspot.com

Menurutnya akibat kejadian itu Emi mengalami cedera parah di muka dan badan serta dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, manakala Zulashraf pula menerima rawatan pesakit luar di Hospital Tengku Anis.

mstar.com.my

Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh.

Image via www.panoramio.com

Mangsa, Tuan Zulashraf Menyangka Suspek Hanya Ingin Menikmati Minuman 'Sarsi Kelantan' Bersama Mereka

Tuan Zulashraf yang dibenarkan keluar dari HTA Pasir Puteh semalam berkata, pada mulanya dia menyangka suspek ingin menikmati minuman ‘Sarsi Kelantan’ ketika menghampiri mereka.

sinarharian.com.my

Botol 'Sarsi kelantan' digunakan untuk melatak asid.

Image via www.foodpoi.com

“Dia (suspek) seperti sedang membuka tudung botol minuman dengan menggunakan gigi dan riak wajahnya tidak menunjukkan kemarahan tetapi tiba-tiba menyimbah cecair dari botol berkenaan," jelas Tuan Zulashraf.

sinarharian.com.my

Kejadian Berlaku Berkemungkinan Kerana Suspek Berdendam Dengan Mangsa

Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada perselisihan faham antara salah seorang mangsa dengan suspek yang berkemungkinan bermotifkan dendam.

sinarharian.com.my

Suspek didapati menyimbah asid akibat dendam.

Image via prosvetise.com

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan polis yang sudah mengenal pasti identiti suspek kini menjalankan gerakan memburunya.

sinarharian.com.my

Baru-Baru Ini, Negara Digempar Dengan Kes Kematian 8 Remaja Akibat Lemas

You may be interested in: