seismik

Dua Orang Pengundi Meninggal Dunia Ketika Sedang Beratur Menunggu Giliran

Kejadian berlaku di tempat berbeza.

Cover image via NST Online

Hari ini iaitu 9 Mei adalah hari yang telah dinantikan oleh masyarakat untuk melunaskan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia iaitu dengan mengundi

Image via NST Online

Ramai pengundi yang hadir di lokasi undi masing-masing, tidak kira usia, tidak kira bangsa. Walaupun dalam keadaan yang panas terik dan harus beratur panjang, rakyat dikatakan masih bersemangat untuk 'buang undi'.

Seperti yang kita lihat, dalam keadaan apa sekali pun mereka masih bersemangat hadir menunaikan tanggungjawab mengundi sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kali ini.

Image via NST Online

Namun, seorang wanita dikatakan telah meninggal dunia selepas terjatuh ketika beratur untuk mengundi di pusat pengundian SMK Pulau Serai, Dungun awal pagi tadi

Image via NST Online
Image via Berita Harian

Setakat ini masih belum ada berita lanjut dikeluarkan tentang insiden tersebut.

Seorang lagi warga emas yang dikatakan telah rebah ketika beratur dan meninggal dunia 15 minit selepas kejadian

Image via The Star

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh The Star, di lokasi yang berbeza seorang
warga emas yang dikenali sebagai Lor Voon Chor, 78 tahun dikatakan rebah dan disahkan meninggal dunia ketika sedang beratur untuk membuang undi di Sekolah Menengah (P) Taman Petaling, Petaling Jaya, di sini, kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

"Seorang anggota polis di tempat kejadian menghubungi 999 untuk mendapatkan bantuan. Pasukan perubatan tiba dari Pusat Perubatan Universiti Malaya.

"Isteri dan anak-anak si mati berkata beliau menderita masalah jantung dan paru-paru serta diabetes," kata Asisten Komisioner OCPD daerah, Mohd Zani Che Din.

Ingin tahu keputusan terkini #PRU14? Ikuti laman ge14.says.com dan dapatkan keputusan secara langsung bagi semua kerusi secara pantas dan tepat!

Image via SAYS

Jangan lupa bawa air mineral guys!

You may be interested in: