Dianggap Gila Selepas Kehilangan Ibu Bapa Masa Kecil, Kini Gadis Ini Mampu Teruskan Hidup
Semoga awak terus kuat!
Setiap seorang daripada kita pastinya mempunyai jalan cerita hidup yang berbeza-beza. Ada sesetengah orang pula terpaksa melalui detik hitam dalam hidup sejak mereka kecil lagi.
Baru-baru ini kami terbaca satu thread di Twitter mengenai seorang gadis yang menceritakan pahit getir yang terpaksa dilaluinya selepas kematian ibu bapanya seawal usia 10 tahun lagi.
Dia yang menggunakan tweethandle @shewasokay itu memberitahu bahawa dia kehilangan ibunya dalam satu nahas kemalangan jalan raya sewaktu dia berumur 4 tahun.
Ayahnya pula kembali ke rahmatullah selepas 6 tahun pemergian ibunya. Bayangkan dalam umur yang begitu muda, dia yang juga anak tunggal itu terpaksa menghadapinya seorang diri.
Baca kisah gadis ini di bawah:
Dia dipanggil gila kerana selepas seminggu ayahnya meninggal dunia, dia masih tertunggu-tunggu ayahnya menjemput dia pulang selepas waktu persekolahan
Katanya, ayahnya meninggal dunia kerana terjatuh di dalam bilik air semasa dia di darjah 4. Ayahnya sewaktu itu memang sudah sakit.
Di hujung ceritanya itu dia ada berpesan, walau apa pun yang terjadi dan ke mana saja pun kita pergi, kita akan membawa kedua-dua nama orang tua kita