Perkenalkan Duma Mariana, Gadis 'Cleaner' 19 Tahun Yang Cantik Seanggun Bidadari
Siapa sangka gadis terlajak cantik sebegini bekerja sebagai seorang tukang cuci.
Gambaran pertama: Seorang makcik ataupun orang selalu panggil 'makcik cleaner'
Gambaran kedua: Masih lagi makcik. Sebab apa? Sebab agak susah nak cari 'cleaner' lelaki.
Dan jujurnya, tak pernah pula kita lihat perempuan cantik yang memilih kerjaya sebagai seorang pencuci
Tapi, itu bukan bermakna mereka tidak wujud. Buktinya, ini dia salah seorang 'cleaner' terlajak cantik yang berasal dari Medan, Indonesia. Biar betul?
garu-garu kepala
Jangan tak percaya pula. Mesti ramai yang berasa hairan dan tertanya-tanya bagaimana gadis secantik ini boleh memilih untuk menjadi seorang petugas kebersihan.
Dengan paras rupa secantik ini, gadis ini dikatakan lebih layak menjadi seorang model daripada seorang pencuci.
Namun itulah hakikatnya. Gadis berusia 19 tahun ini, Duma Mariana Simajuntak sudah bertugas sebagai seorang pencuci selama setahun setengah di Stasiun Besar Kereta Api Medan.
Bekerja dari pukul 7 pagi hingga 3 petang, tugasan Duma setiap hari adalah mengemop lantai, membersihkan dinding, mengutip sampah, dan memastikan kebersihan tandas
Sejak mula bekerja, namanya sekali gus menjadi sebutan orang ramai dan dia sering kali ditegur oleh para penumpang di stesen tersebut. Ada juga yang datang semata-mata untuk melawatnya.
Duma Mariana bagaimanapun mempunyai penampilan yang sangat berbeza di luar waktu bekerja. Sesuai dengan wajahnya yang cantik, dia juga kelihatan sangat bijak dalam berfesyen dan dalam pemilihan pakaian.
Seperti remaja yang lain, Duma juga gemar ber*selfie* dan berdandan, serta selalu memuat naik gambarnya ke laman Instagram
Jadi, kenapa Duma menjadi seorang 'cleaner'?
Duma Mariana: "Saya tiada masalah kerana saya memang seorang yang sukakan kebersihan. Ramai yang menyokong saya menjadi seperti ini. Pekerjaan ini Halal, jadi saya memang tidak kisah bekerja sebagai apa sahaja asalkan ianya Halal."
Sungguhpun kerjaya ini sering dipandang sebelah mata, Duma ternyata langsung tidak kisah. Dia buat semua ini demi membantu orang tuanya dan membiayai pembelajarannya di STIE International Business Management Indonesia.
Duma Mariana: "Saya ingin belajar tetapi ibu bapa saya tidak mampu untuk membiayai pembelajaran saya sepenuhnya. Ada rakan-rakan yang memandang rendah kepada pekerjaan saya ini tetapi saya tidak peduli. Cita-cita saya ingin menjadi seorang pengurus yang berjaya dan membahagiakan orang tua saya."
Kerja keras Duma patut dijadikan contoh. Disaat ramai gadis seusianya memilih jalan pintas untuk mendapatkan wang, Duma tidak malu melakukan tugasan sebagai seorang 'cleaner' di stesen kereta api.
Lagi gambar terlajak cantik Duma Mardiana Simajuntak: