Anugerah MeleTOP ERA: Zizan Bolot 4 Anugerah Dan Neelofa Dikecam Hebat

Zizan Razak bolot empat anugerah, pakaian 'swimsuit' serta aksi terbang Neelofa yang seksi dan segala yang anda ingin tahu tentang Anugerah MeleTOP ERA (AME).

Zizan Razak Telah Membawa Pulang 4 Anugerah Iaitu Fesyen MeleTOP, Bintang Siber meleTOP, Anugerah WeChat MeleTOP Dan Juga Anugerah Utama, Anugerah Top-Top MeleTOP (Lelaki)

Zizan mengungguli 4 kategori

Image via ceritasemasa.com

Image via gifsforum.com

Zizan Razak berjaya membawa pulang anugerah utama pada malam Anugerah MeleTOP Era (AME) iaitu Anugerah Top Top MeleTOP Lelaki. Selain itu, beliau juga membawa pulang anugerah Fesyen Meletop, Bintang Siber Meletop, dan Anugerah WeChat Meletop.

astroawani.com

“Anugerah WeChat MeleTOP” diperkenalkan dan pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah undian tertinggi menerusi aplikasi WeChat yang diterima selebriti tercalon.

illustrasiaku.com

Anugerah WeChat MeleTOP menawarkan hadiah berupa wang tunai berjumlah RM15,000. Sementara itu pemenang bagi kategori lain pula bakal menerima wang tunai RM5,000 berserta sebuah trofi sumbangan Astro.

mysumber.com

Neelofa Pula Mencuri Tumpuan Dengan Aksi Terbang Dan Pakaian Seksinya

Image via mysumber.com

Neelofa terbang

Image via wp.com

Image via mysumber.com

Pandangan dan bicara penulis kelu sejenak ketika merenung ke arah pengacara wanita anugerah itu (Neelofa) yang tampil dengan fesyen pakaian berwarna kilauan merah jambu.

mysumber.com

Kita bukanlah juri yang professional menilai fesyen selebriti. Tapi tengok malam ni serupa ada yang tak kena saja dengan busana yang digayakan Neelofa. Terutama yang warna pink dengan hijau tu. Ada seorang kawan cakap baju pink tu dah macam baju renang!!

blogspot.com

Peminat Menyamakan Neelofa Dengan Watak Power Rangers Merah Jambu

Neelofa dan Power Rangers pink

Image via blogspot.com

... Dan Juga Watak Cell Dalam Komik Dragon Ball

Neelofa dan cell

Image via blogspot.com

Segelintir Peminat Yang Mengkritik Pakaian Neelofa

Komen yang dilemparkan peminat lebih kepada berbaur negatif dan meletop!, malah ada yang melabelkan fesyen itu seolah-olah seperti “sut renang” dan juga seperti kostum superhero “Power Rangers Merah Jambu”

mysumber.com

Komen peminat

Image via blogspot.com

Buat Julung Kalinya ASTRO Menerusi Saluran Astro Ria Dan Era fm Menganjurkan Sebuah Anugerah Pilihan Penonton Iaitu Anugerah MeleTOP Era

Image via rakyatnews.my

AME berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada Sabtu malam, 8 Februari 2014.

astroawani.com

Buat julung kalinya, tiga selebriti popular iaitu Nabil, Neelofa dan Dato' AC Mizal digandingkan sebagai pengacara dalam majlis Anugerah Meletop ERA.

karangkraf.com

AME yang bertemakan 'Yang Hit, Yang Meletop' merupakan anugerah terbaru untuk meraikan dan mengiktiraf artis-artis tempatan serta hasil karya seni mereka yang merangkumi beberapa bidang seperti muzik, filem, drama, radio dan digital.

astroawani.com

Senarai calon Top 5 untuk 17 buah kategori telah disenarai pendek berdasarkan undian oleh peminat bermula daripada fasa pertama yang dibuka sejak 19 Disember 2013 hingga 10 Januari lalu.

mysumber.com

Sementara Itu, Pelakon Drama 'Love You Mr. Arrogant', Zara Zya Telah Membuat Kejutan Apabila Berjaya Merangkul Anugerah Utama Wanita Iaitu Anugerah Top-Top MeleTOP (Wanita)

Image via gifsforum.com

Kejutan turut dapat dilihat dari percapaian pendatang baru, Zara Zya yang meraih anugerah Top Top MeleTOP kategori Wanita.

murai.com.my

Zara memenangi dua trofi iaitu Artis Baharu Meletop dan Artis Top Top Meletop (Wanita). Zara turut membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM15,000.

mstar.com.my

Mengulas kemenangannya, Zara berkata, dia bagaikan tidak percaya diumumkan sebagai pemenang trofi utama kerana bersaing dengan nama-nama hebat dan lebih berpengalaman.

mstar.com.my

Seperti Biasa, Inilah Masanya Untuk Artis-Artis Tempatan Melaram Dan Bergaya Sakan Di Karpet Merah

Most-read stories today

Leave a comment