seismik

Eksperimen "Kaya Harta" Ini Buktikan Betapa Mudahnya Orang Kita Tertipu Dengan Kemewahan

"Jentik" saja sedikit tentang kekayaan, ramai yang terus percaya bulat-bulat.

Cover image via Facebook Khairul Ezuwan

Pada 3 November lepas, seorang netizen di Facebook, Khairul Ezuwan berkongsi tentang kemewahan yang telah dikecapinya selama 9 tahun bekerja dengan menyenaraikan satu persatu aset yang dimilikinya

Khairul Ezuwan juga mendakwa akan memberi seminar bagi mendedahkan rahsia kekayaan beliau secara percuma kepada orang ramai sekiranya mendapat maklum balas "Saya Nak Tahu" sebanyak 500 kali di ruangan komen.

Bila terbaca status sebegini, orang ramai berpusu-pusu menurunkan komen "Saya nak tahu" bagi mengetahui rahsia mencapai kemewahan dalam hidup yang diidam-idamkan selama ini

Ya lah, siapa tak nak kaya kan?

Dalam masa 20 minit sahaja, status tersebut menerima sebanyak hampir 600 komen. Malangnya, apa yang menyedihkan Khairul Ezuwan adalah hakikat bahawa orang kita terlalu mudah mempercayai sesuatu perkara tanpa usul periksa.

Status tersebut sebenarnya hanya satu helah yang Khairul Ezuwan gunakan bagi melihat reaksi orang ramai terhadap pendedahan rahsia kejayaan. Ternyata, ramai orang yang terlalu mudah tertipu dengan propaganda kekayaan harta dunia.

Dengan itu, Khairul Ezuwan dapat menyimpulkan sikap orang kita dalam 17 kesimpulan iaitu:

1. Lebih 6,000 likes, lebih 3,100 komen dan 275 shares.

2. 85% menulis ingin tahu, 10% menolak, 5% memerli.

3. Berhati-hati kepada orang yang menonjolkan harta hingga tidak masuk akal untuk menarik perhatian orang lain atas tujuan sesuatu ke arah kepentingan.

facebook.com

4. Ada yang berkata, "Kami saja nak tahu, bukan kena bayar pun."

Daripada bermula ingin tahulah scammer akan merancang kepada step yang seterusnya. Daripada 100 orang, mungkin 10 orang akan terjerat.

facebook.com

5. "Kami mempunyai asas yang kuat, tak akan mudah terpedaya."

Jangan lupa orang yang kuat ilmunya dengan agama juga ada yang akhirnya mengikut ajaran sesat.

facebook.com
Image via giphy.com

6. "Kami cuma nak tahu sebab nak siasat sama ada betul atau tidak."

Lihatlah sejarah sontotan teragung emas sebelum ini berapa ramai golongan profesional bijak pandai yang tersontot, berapa ramai yang dah siasat dan mengkaji hingga tahap pakar, akhirnya tertipu juga.

facebook.com

7. "Kami nak jumpa dan dengar penjelasan Tuan Sendiri terlebih dahulu."

Berapa ramai hari ini yang tidak percaya dengan sesuatu skim, datang berjumpa especially di syarikat berkenaan jadi terpesona. Ingat!! Penipu ada strength yang luar biasa. Masakan tidak nak jadi penipu kalau tak ada strength untuk meyakinkan. Kalau betul anda semua kental, kenapa masih ramai yang terjebak walaupon dah hantar 'CSI' menyiasat.

facebook.com
Image via giphy.com

8. "KEY dah ada NAMA , dah ada PENGIKUT sebab tu ramai percaya bila KEY yang tulis, KEY dah trusted."

Penipu tidak datang terus menipu, mereka akan membina kredibiliti terlebih dahulu. Jika tidak mampu mereka akan gunakan booster seperti gelaran Dato', Ustaz, Pakar, Jutawan. Selain iitu mereka akan mencelah dalam inner circle orang-orang yang ada nama untuk mendapatkan tempias pengaruh untuk assuming as a trusted person.

facebook.com

9. "Saya cuma nak tahu."

Scammer boleh reka-reka cerita dan akhirnya nak tahu selanjutnya kena bayar satu amount yang besar. Kerana perasaan ingin tahu menebal, sanggup korbankan duit akhirnya dapatlah cerita-cerita basic atau cerita theory yang boleh direka.

facebook.com
Image via fjcdn.com

10. "Awak tunjuklah geran, emas & duit awak."

"Datanglah seminar advance dulu, bayar dulu kalau nak saya tunjuk." Akhirnya dalam seminar berbayar, "Takkan saya nak tunjukkan semua rumah-rumah saya, banyak sangat tu." Bawak la keluar 2 biji geran rumah yang ada. Emas? "Takkan saya pikul 11kg kehulu-kehilir." Duit dalam akaun. "Tak berani Saya nak tunjuk, kang Nanti orang aim saya". Tak rasa basah ke?

facebook.com

11. Berpuluh-puluh PM (personal message) terima, antaranya "Ceritalah macam mana awak boleh dapat tu semua dalam 9 tahun."

Scammer akan menyorokkan ilmu supaya dapat grab profit dari mangsa (suka merahsiakan ilmu). Bayar dulu baru bagitahu. Lepastu letakkan fee yang mahal.

facebook.com

12. Tulisan 'Saya nak tahu' tidak putus hingga walaupon ramai dah beritahu status ini adalah social experiment.

Ini membuktikan, walaupon ramai yang dah menasihati, terus masih ramai yang terjebak kerana malas buat homework dan malas membaca. Persekitaran mempengaruhi untuk sama-sama terjebak.

facebook.com
Image via tumblr.com

13. Yang telus, proven itu ramai yang membuat seminar bagi membantu orang ramai turut berjaya.

Tetapi berhati-hati di celah-celah mereka. Ada yang menyusup mengambil kesempatan dari kelemahan emosi orang ramai. Mereka tidak menggunakan ilmu, Tetapi hanya bermain emosi kebendaan serta gelaran. Ini kelemahan ramai orang.

facebook.com

14. "Panggil LHDN siasat."

Orang kaya dan mempunyai harta yang banyak seboleh-bolehnya menyorokkan nilai harta mereka kepada umum, lagi-lagi abang LHDN yang memerhati. Umumnya bila declare banyak pada umum, orang hanya akan tanya macam mana dapat tu. Mereka tak tanya mana bendanya. Banyak sangat cemana nak tunjuk. Nampak permainan mereka? Sebab tu kena declare 3 tan emas. Kalau 3 kilo orang nak tengok bukti.

facebook.com

15. "Kami cuma nak mencari jalan keluar dari tekanan ekonomi sekarang, mana tahu ini membantu."

Scammer akan muncul kepada orang yang mencari penyelesaian, contohnya penerima VSS, MSS, berpencen yang mana mereka ini orang yang mencari sesuatu untuk kelangsungan hidup dan mempunyai duit di tangan. Income yang dicari, disedut hingga kering tak berisi oleh sang scammer.

facebook.com
Image via teen.com

16. "Saya awal-awal dah tak percaya."

Ya, memang anda terlepas, tapi anda yakin keluarga & rakan-rakan anda yang lain tidak boleh jadi mangsa?

facebook.com

17. Menampakkan kebanyakan orang hanya mengharapkan jawapan yang keluar dari pihak scammer tanpa buat sebarang research.

Buktinya, 30 minit selepas status tunjuk 'HARTA' itu, saya telah up status baru menyatakan cerita harta itu dusta semata. Hasilnya berlarutan hingga beribu-ribu komen tetap nak tahu. Pelik kan. Menunjukkan juga mudahnya scammer cari mangsa.

facebook.com

Saya juga berharap dari kesimpulan yang saya buat melalui social experiment ini dapat menyedarkan orang ramai jangan mudah terpedaya dengan kelicikan scammer

Mereka sangat-sangat licik dan tiada belas kasihan. Anda rela diri anda, keluarga anda, rakan anda jadi mangsa? Share lah hasil eksperimen ini kepada orang ramai supaya mereka semua dapat alert dan tidak mudah menjadi mangsa sang scammer. Saya tahu scammer marah betul dengan tulisan saya ni. Anda tak perlu terasa jika anda bukan di kalangan mereka.

facebook.com
Image via pandawhale.com

Eksperimen sosial memang semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat. Cuba lihat eksperimen 'Assalamualaikum' ini pula:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: