seismik

Cerita Penuh 4 Pelajar KTAR Maut Terperosok Bawah Lori

Sekumpulan 4 pelajar dari Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) maut apabila kereta Viva yang dinaiki mereka terperosok bawah lori muatan tar.

Cover image via blogspot.com

AMARAN: GAMBAR GRAFIK

Pada Pagi 27 Februari 2014, Sebuah Kemalangan Di Gopeng, Perak Telah Meragut Nyawa Sekumpulan Pelajar KTAR

Image via blogspot.com

Empat penuntut maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di Kilometer 25.5 Jalanraya Ipoh-Kuala Lumpur kira-kira 500 meter dari Gua Tempurung dekat sini, jam 5 pagi tadi.

hmetro.com.my

Dalam kejadian 5 pagi itu, seorang lelaki dan tiga wanita maut di tempat kejadian selepas keempat-empat terperosok di bawah lori dan ditimbus tar yang dibawa lori berkenaan.

sinarharian.com.my

Difahamkan semua mangsa ialah penuntut jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR). Mereka dikenali sebagai Thomas Loh H'ng Tet yang memandu kereta itu, Koh Suet Mun, Wong Pei Pei dan Ling Yok See.

bharian.com.my
Image via thestar.com.my

Dipercayai Kereta Perodua Viva Yang Dinaiki Mereka Hilang Kawalan Sebelum Merempuh Sebuah Lori Muatan Tar

Image via ift.tt
Image via thestar.com.my
Image via blogspot.com
Image via blogspot.com

Kereta model Perodua Viva dipercayai dari Ipoh menghala ke Kampar hilang kawalan sebelum merempuh lori membawa muatan tar.

blogspot.com

Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu Thomas gagal memotong sebuah kenderaan di hadapannya lalu bertembung dengan lori itu yang datang dari arah bertentangan.

bharian.com.my

Mayat Mereka Dihantar Ke Hospital Kampar Untuk Tujuan Bedah Siasat

Image via panoramio.com

Dua jentera bomba dari Balai Kampar dan Gopeng mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan mangsa.

astroawani.com

Kesemua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kampar bagi proses bedah siasat dan pengecaman identiti oleh ahli keluarga.

astroawani.com

Pemandu lori berusia 42 tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

mynewshub.my

Walaupun Pemandu Lori Tidak Mengalami Sebarang Kecederaan, Kemalangan Ini Telah Membongkar Sesuatu Mengenai Dirinya

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon

Image via nst.com.my

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata pemandu lori terbabit adalah individu yang dikehendaki Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik atas kesalahan tidak memperbaharui cukai jalan dan akan diserahkan kepada IPD itu untuk tindakan lanjut.

bernama.com

Dia yang mempunyai 28 pelbagai kesalahan lalu lintas dan gagal menjelaskan 14 saman kini ditahan untuk siasatan.

bernama.com

Terdapat Percanggahan Antara Nama Institut Dari Mana Pelajar Maut Menuntut Dari Media Berlainan

Dari Bernama: Empat penuntut Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) Cawangan Perak terbunuh apabila kereta Perodua Viva mereka bertembung dengan sebuah lori membawa tar di Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran simpang ke Gua Tempurung di sini awal pagi Khamis.

bernama.com

Dari Berita Harian: Difahamkan semua mangsa ialah penuntut jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).

bharian.com.my

Januari Lalu, Pagoh Telah Menyaksikan Satu Kemalangan Yang Sangat Mengerikan

You may be interested in: