seismik

ERL Dinobat 'AirRail Link' Terbaik Dunia Buat Kali Kedua Dalam Tempoh 3 Tahun

Sangat membanggakan apabila sebuah syarikat dari Malaysia mampu bersaing serta mengekalkan prestasi di peringkat antarabangsa.

Cover image via mycitytrekker.com

Buat Kali Kedua Dalam Tempoh 3 Tahun, Express Rail Link (ERL) Berjaya Memenangi Anugerah "Best AirRail Link" Pada Anugerah Global AirRail 2014

Express Rail Link Sdn Bhd (ERL), pengendali kereta api KLIA Ekspres dan KLIA Transit, menerima anugerah 'AirRail Link' terbaik pada Anugerah Global AirRail 2014, kali kedua selepas kemenangan pertama pada 2012.

bernama.com
Image via kinibiz.com

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Noormah Mohd Noor dalam satu kenyataan berkata anugerah itu membuktikan syarikat Malaysia boleh menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia dengan campuran tepat teknologi dan pelaburan sumber manusia.

bharian.com.my

"Terdapat 140 lapangan terbang di dunia yang mempunyai sambungan kereta api secara terus dan sekurang-kurangnya 24 daripadanya mereka adalah sambungan khusus. Jadi, ia tentunya satu penghormatan besar diiktiraf oleh rakan-rakan kami di peringkat global. Kami bekerja keras untuk meningkatkan perkhidmatan kami kepada pelanggan," kata Noormah.

mstar.com.my

Majlis Anugerah Tersebut Telah Diadakan Pada 15 Mei 2014 Di Ibu Negara Norway, Oslo

Image via eventbrite.com

Beliau menerima anugerah itu pada majlis yang diadakan semasa persidangan antarabangsa 'Global AirRail: Customer Experience' yang berlangsung di Oslo pada 15 Mei 2014, anjuran the Global AirRail Alliance (GARA), sebuah pertubuhan antarabangsa khusus untuk pengangkutan rel udara.

bernama.com

ERL Diiktiraf Terbaik Dari Segi Operasi, Infrastruktur, Teknologi Dan Perniagaan Yang Positif

Menurut kenyataan itu, para hakim memuji ERL di atas prestasi jangka panjangnya yang sangat baik, penerimaan teknologi baru, hasil perniagaan yang positif, dan kagum dengan pembangunan infrastruktur stesen sebagai sebahagian daripada pelan pertumbuhan.

bharian.com.my
Image via ob21.net

Mengenai pelaksanaan sistem Kutipan Tambang Automatik (AFC) baharu ERL berasaskan awan, hakim berpendapat pembangunan konsep itu telah membawa kepada peningkatan jumlah penumpang, yang merupakan perkara penting dalam sambungan kereta api yang baik.

mstar.com.my

Hakim dari industri penerbangan dan kereta api menilai penyertaan dan memilih pemenang tahun ini dalam sembilan kategori termasuk perkhidmatan kepada pelanggan, pertumbuhan hasil dan peningkatan prestasi, pembangunan dan pengenalan perkhidmatan dan produk baru serta komunikasi berkesan dengan pelanggan.

bernama.com

Sebelum Ini, ERL Juga Pernah Memenangi Beberapa Anugerah Bertaraf Antarabangsa

Sebelum anugerah tahun ini, ERL telah memenangi Anugerah AirRail Global Khidmat Pelanggan Terbaik (2011), Personaliti Terbaik - Noormah Mohd Noor (2011) dan Iltizam Alam Sekitar ( 2013).

bharian.com.my

Artikel Berkaitan Yang Meletakkan Malaysia Di Mata Dunia Di SAYS:

You may be interested in: