seismik

Fenomena Istiwa Matahari Di Atas Kaabah, Ini Panduan Untuk Anda Buat Semakan Arah Kiblat

Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun.

Cover image via Harian Metro & Salaam

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kaabah merupakan kiblat bagi setiap umat Islam di dunia. Setiap kali menunaikan solat, umat Islam wajib menghadap Kaabah tidak kira di mana dia berada.

Oleh itu, setiap tahun umat Islam berpeluang untuk melakukan semakan kiblat yang tepat di tempat kediaman masing-masing sempena fenomena Istiwa Adzam.

Walau bagaimanapun, tahukah anda apakah itu fenomena Istiwa adzam? Jom ketahui lebih lanjut tentang peristiwa ini dan cara semak kiblat melalui panduan di bawah:

Istiwa Adzam merupakan fenomena matahari akan berada di titik zenith ketika istiwa matahari di atas Kaabah

Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun apabila nilai sudut istiwa matahari akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah (Kaabah).

Apabila Istiwa Adzam berlaku, bayang-bayang objek tegak di tempat lain akan menunjukkan arah ke Kaabah.

Inilah masa yang sesuai untuk menandakan dan membuat semakan arah kiblat.

Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat walau di mana sahaja pada tarikh tersebut.

Fenomena ini akan berlaku dua kali setahun iaitu pada :

  1. 28 Mei pada jam 5.16 petang waktu tempatan. (27 Mei jika tahun lompat)
  2. 16 Julai pada jam 5.28 petang waktu tempatan. (15 Julai jika tahun lompat)
Maka sesiapa yang ingin menyemak arah kiblat di kediaman, pejabat atau di mana-mana premis, bolehlah melakukannya pada tarikh dan masa tersebut.

Image via Utusan Malaysia

Panduan membuat semakan ketepatan arah kiblat

Peralatan yang diperlukan:

  • Kayu lurus (Sebaiknya yang ada tapak atau boleh berdiri tegak)
  • Masking Tape
  • Pen Marker

Cara-caranya adalah seperti di bawah:

  1. Pada 28 Mei atau 16 Julai, tepat jam 5.16 petang (28 Mei) atau 5.28 petang (16 Julai). Semak jam waktu standard SIRIM di https://mst.sirim.my/ atau telefon 1051.
  2. Pacakkan atau letakkan kayu lurus tegak tersebut (90 darjah) di kawasan yang ada sinaran matahari (ada bayang-bayang).
  3. Pastikan hari tidak mendung atau hujan.
  4. Gunakan pen marker untuk tulis atau tandakan arah kiblat pada jam ditentukan.
  5. Lekatkan masking tape lurus mengikut bayang-bayang kayu tersebut.
  6. Bayang-bayang adalah ke arah timur, maka kiblat adalah yang di arah bertentangan.
  7. Selesai tanda arah kiblat yang tepat.

Setelah siap tanda arah kiblat, boleh lah kita semak ketepatan Apps Arah Kiblat di smartphone yang sering kita ragu-ragu itu (tertakluk juga keadaan fungsi GPS di peranti).

Jika terdapat perbezaan kiblat di masjid atau surau, sila rujuk Pegawai Falak, Jabatan Mufti Negeri untuk maklumat lanjut.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: