[VIDEO] Mustahil! Cabaran Baru Yang Viral Ini Beri Kuasa 'Super Human' Kepada Manusia
Macam mana tiba-tiba boleh angkat?
Impossibruu!
Inilah perkataan yang paling sesuai sekali digunakan sebaik sahaja menonton video #FingerLiftChallenge. Bukan kami je yang rasa mustahil, ramai orang di luar sana turut berasa sedemikian.
Apa itu #FingerLiftChallenge?
#FingerLiftChallenge merupakan satu hit terbaru di Internet di mana beberapa individu akan cuba untuk mengangkat seorang rakan yang sedang duduk di atas kerusi menggunakan empat jari sahaja.
Bila dengar macam tu terus rasa macam mustahil. Boleh ke nak angkat member pakai empat jari?
Dalam cabaran ini, mereka diberi sebanyak DUA percubaan untuk mengangkat rakan mereka yang sedang duduk itu.
Ramai yang dah cuba. Dan semuanya GAGAL pada percubaan pertama.
Paling menarik, sebelum mengangkat untuk kali kedua, ada satu ritual yang perlu mereka lakukan
Setiap orang akan 'bergabung tenaga' dengan meletakkan satu per satu tangan mereka secara bertingkat di atas kepala rakan mereka itu.
Kemudian, mereka perlu turunkan pula satu per satu tangan dari atas kepala tersebut.
Lepas tu, voilaa!
Serius, member yang mula-mula berat tadi terus jadi ringan dan mudah untuk diangkat. What kind of sorcery is this?
Magik gila!
Nampak macam mustahil kan? Tapi ini semua real!
Semalam, Rizal Hakim ada post pasal #FingerLiftChallenge ni kat FB. Sekarang dah dapat lebih daripada 15K shares!
Apa tunggu lagi. *Try*lah buat dulu dengan kawan-kawan korang tengok macam mana pergi.
Nanti beritahu kami kat ruangan komen di bawah ya.