'Cinta Pandang Pertama' - Gadis 27 Tahun Bikin Gempar Kahwini Atok 83 Tahun
Inilah yang dikatakan cinta tak mengenal usia.
Penduduk Tegal di Indonesia gempar dengan berita pernikahan gadis 27 tahun dengan seorang atok berusia 83 tahun bulan lalu
Gadis tersebut, Nuraeni yang berasal dari Kabupaten Tegal membuat keputusan untuk menikah dengan seorang lelaki bernama Sudirgo yang 56 tahun lebih tua daripadanya.
Pasangan mempelai ini telah selamat diijabkabul pada 18 Ogos 2019 di rumah Sudirgo.
Apabila ditanya, Nuraeni mengakui sudah jatuh cinta kepada Sudirgo saat pandang pertama
Menurut Nuraeni, keputusan itu dibuat bukan atas desakan keluarga atau kerana harta. Namun atas dasar cintanya terhadap Sudirgo.
Dia berkata, ahli keluarganya tergamam saat dia mengutarakan niatnya ingin menikah dengan Sudirgo. Tapi dia tetap berusaha meyakinkan orang tuanya agar memberi izin.
“Saya sudah suka dan jatuh cinta pada pandangan pertama terhadap Sudirgo. Saya selalu melawatnya di rumah bersama kakak dan bapa saya.
“Sudirgo itu orang baik. Saya beritahu ibu bapa tentang niat untuk menikahi Sudirgo tetapi mereka tergamam. Tapi lama-kelamaan, ibu bapa dan ahli keluarga saya merestui pernikahan ini,” kata Nuraeni.
Sudirgo berkata, mereka bertemu buat pertama kali pada Julai 2019, lebih kurang sebulan sebelum tarikh pernikahan
“Pertama kali kami bertemu pada bulan Julai 2019. Ketika itu, ibu bapanya datang ke rumah untuk memohon doa. Dari situlah Nuraeni pertama kali melihat saya," kata Sudirgo.
Sudirgo sebenarnya hairan bagaimana mereka berdua boleh berkahwin. Sejak awal pertemuan lagi Sudirgo bertanya kepada Nuraeni bagaimana dia boleh suka dan mahu menikah dengannya yang sudah tua. Malah, Sudirgo turut menyarankan agar Nuraeni mencari lelaki yang lebih muda.
“Tapi Nuraeni enggan dan hanya mahu saya,” kata Sudirgo lagi.
Perkahwinan bersama Nuraeni ini adalah yang keempat buat Sudirgo
Perkahwinan pertama pada tahun 1957 berakhir dengan perceraian, manakala perkahwinan kedua dan ketiga, masing-masing pada 1980 dan 1993 berakhir dengan kematian buat kedua-dua isterinya itu.
Enam tahun kemudian, Sudirgo berkahwin pula dengan Nuraeni, yang keempat buat dirinya.