Tak Adil. Kenapa Bila Orang Kelantan Buat Hal Mesti Kena Sebut Perkataan 'Kelantan'?
Bila orang negeri lain buat hal tak ada pula nak sebut.
Berdasarkan pemerhatian kami, setiap kali orang Kelantan terlibat dalam apa-apa insiden, media suka sangat fokuskan pada isu kenegerian. Perkataan 'Kelantan' selalunya mesti ada dalam headline. Perasan tak?
Tak kiralah apa-apa kes sekalipun. Daripada kes bunuh orang, rogol anak orang, kes bergaduh, kes pukul, kes dera, sehinggalah kes mat rempit, kalau orang Kelantan yang terlibat, fokus selalunya akan terarah kepada negeri kelahiran individu berkenaan.
Baru saja minggu lepas, kita dihidang dengan satu video viral yang menunjukkan seorang wanita dibelasah teruk oleh dua orang gadis
Dan disebabkan ketiga-tiga wanita yang terlibat merupakan orang Kelantan, headline berita semuanya tulis 'Gadis Kelantan Bergaduh'.
Cerita penuh klik sini.
Paling baru, terdapat lagi satu kes gaduh yang dipercayai melibatkan dua orang gadis Kelantan. Kita lihat dulu gif (gambar bergerak) dan video penuh di bawah:
Soalan mengenai punca kejadian kita tolak tepi dulu. Sebab isu yang perlu dibincangkan sekarang ini ialah kenapa suka sangat nak mention nama negeri Kelantan dalam tajuk berita?
Lihat saja pada gambar di bawah, mana-mana tajuk berita mesti ada sebut 'Kelantan' di dalamnya. Tak percaya?
Perkara ini sudah tentu menimbulkan kemarahan dikalangan rakyat Kelantan. Bagi mereka, kebanyakan media tempatan seolah-oleh seperti sengaja ingin memfokuskan pada keburukan negeri kesayangan mereka.
Tapi, bukan orang Kelantan saja yang marah. Ramai lagi orang negeri lain yang turut mempertahankan maruah negeri Kelantan.
Masalahnya, kenapa mesti nak fokuskan keburukan negeri Kelantan? Penduduk negeri lain takkan tak pernah buat hal langsung?
Mesti pernah. Tapi tak pernah pula media menyebut nama negeri jika ia membabitkan penduduk negeri selain Kelantan.
Contohnya...
Bila dua orang wanita Kedah bergaduh, tajuk akan jadi "Dua Orang Gadis Bergaduh..."
Bila dua orang wanita Johor bergaduh, tajuk akan jadi "Dua Orang Gadis Bergaduh..."
Bila dua orang wanita Pahang bergaduh, tajuk akan jadi "Dua Orang Gadis Bergaduh..."
Bila dua orang wanita Melaka bergaduh, tajuk akan jadi "Dua Orang Gadis Bergaduh..."
Tapi...
Bila dua orang wanita Kelantan bergaduh, tajuk terus akan jadi "Dua Orang Gadis Kelantan Bergaduh..."
Nama 'Kelantan' tu mesti nak sebut. Tak adil betul.
Mungkin disebabkan Kelantan dianggap sebagai sebuah negeri yang kuat pegangan agama Islam. Ia juga terkenal dengan gelaran 'Serambi Mekah' yang membawa maksud Islam adalah kuat di negeri itu.
Oleh kerana negeri Kelantan dianggap suci, maka satu kesilapan akan membawa impak yang sangat besar kepada rakyatnya. Lagi-lagi jika ia melibatkan masalah sosial seperti dua kes gaduh yang kami paparkan di atas.
Jadi, bilamana rakyat mereka terlibat dalam apa-apa kesalahan, media seolah-olah sengaja mempromosikan keburukan orang Kelantan.
Mungkin mesej tersirat yang mereka cuba sampaikan ialah:
"Orang Kelantan walaupun kuat mengamalkan adat dan kesucian Islam, tapi mereka sebenarnya lebih teruk daripada penduduk negeri lain yang lebih besederhana dalam mengamalkan tuntutan agama."
Padahal yang terlibat hanya 2-3 orang saja. Tapi satu negeri mendapat nama buruk.
Sudah-sudahlah mencemarkan nama baik Kelantan. Tak perlu lagilah sebut perkataan 'Kelantan' dalam tajuk berita. Tolong berhenti.
Apa salah orang Kelantan?
Bukan orang Kelantan saja yang jahat. Bukan orang Kelantan saja yang terlibat dalam masalah sosial. Bukan orang Kelantan saja yang suka buat hal.
Yang jahat tetap jahat. Yang bermasalah tetap bermasalah. Yang buat hal tetap buat hal.
Jangan bias. Jangan berat sebelah.
Kalau nak jugak mention perkataan 'Kelantan', pastikan nama negeri lain juga turut disebut dalam headline berita akan datang. Boleh buat kan?
Barulah adil.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!