seismik

Gaji Minimum Di Malaysia Akan Naik Tahun Depan

Kadar pada hari ini tidak cukup untuk merasai kehidupan yang berkualiti.

Cover image via Bloomberg

Majlis Perundingan Gaji Negara (MGPN) sudah mula menyediakan perancangan untuk mengkaji semula Perintah Gaji Minimum 2016

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Image via astroawani.com

Dalam laporan dari BERNAMA semalam, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata kajian semula ini bertujuan untuk membolehkan kerajaan menetapkan kadar gaji minimum baru selaras dengan perkembangan sosio ekonomi semasa negara.

"Kita tahu perintah gaji minimum hendaklah dikaji sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua tahun. Proses kajian semula ini untuk melihat kepada keupayaan majikan membayar gaji merupakan satu tanggungjawab yang sangat mencabar dalam memastikan dasar gaji minimum memenuhi semua objektif," katanya.

Menurutnya lagi, penyelarasan itu perlu dilakukan bagi merapatkan jurang gaji minimum swasta di antara pekerja Semenanjung Malaysia dengan Sabah, Sarawak, dan Labuan

Buat masa ini, gaji minimum pekerja swasta di Semenanjung ditetapkan pada kadar RM1,000 sebulan berbanding RM920 bagi Sabah, Sarawak, dan Labuan.

"Jurang itu semakin meningkat berbanding RM800 ditetapkan bagi Sabah, Sarawak, dan Labuan serta RM900 bagi Semenanjung sebelum ini.

"Kami akan sentiasa memastikan jurang gaji minimum dapat dikurangkan dari semasa ke semasa. Malah, kami juga berharap jurang berkenaan dapat dikurangkan bagi kadar gaji minimum yang akan dikuatkuasakan pada Oktober 2018 nanti," katanya lagi.

Semakan itu mengambil kira bebanan kos sara hidup, di samping kos operasi yang perlu ditanggung majikan yang berjaya mengurangkan jurang pendapatan di Malaysia

Image via X Canon92

Riot berkata, MPGN yang ditubuhkan kerajaan hanya fokus mengkaji serta menetapkan gaji minimum pekerja swasta sahaja.

"Pada satu hari nanti, gaji dua kategori ini akan sama. Itulah yang sedang dikaji oleh Jawatankuasa Teknikal Penyelarasan Gaji dan MGPN sebelum dibentangkan kepada Kabinet," katanya.

Dalam pada itu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mahu gaji minimum dinaikkan kepada RM1,800

Image via SAYS

Setiausaha Agung MTUC, J Solomon berkata dasar gaji minimum RM1,800 seharusnya selari dengan aspirasi kepimpinan Perdana Menteri yang mahu melahirkan masyarakat berpendapatan tinggi

"Maklumat yang dikumpulkan MTUC sejak kebelakangan ini menunjukkan kos hidup di negara kita telah meningkat dengan kadar yang tinggi. Ini realitinya. Kadar pada hari ini tidak memadai untuk pekerja khususnya rakyat Malaysia merasai kehidupan yang berkualiti,” kata beliau.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lagi:

You may be interested in: