seismik

[GALERI] Aksi Dramatik Dan Bertenaga Tenacious D Pukau Ribuan Peminat Di KL Live

Boleh kata, konsert Tenacious D ini merupakan antara konsert terbaik pernah dihadiri SAYS!

Cover image via All Is Amazing for Urbanscapes

Jika anda tidak tahu, Tenacious D berada di Kuala Lumpur pada 1 Disember 2014 untuk menghiburkan peminat mereka di KL Live

Lebih kurang 1,800 peminat Tenacious D hadir untuk menyaksikan kumpulan kegemaran mereka beraksi di atas pentas buat julung kalinya di Malaysia

Acara dimulakan dengan persembahan pembukaan dari band tempatan, Kyoto Protocol tepat pada pukul 8.15 malam

Ternyata kumpulan ini bijak mengambil hati penonton apabila membawakan lagu-lagu 'rock classic' dari zaman 80 dan 90-an dan mencampur-adukkan kesemuanya dengan lagu-lagu era baru dalam satu 'medley' yang cukup menarik

Persembahan Kyoto Protocol berakhir dengan sorakan gemuruh seluruh peminat di KL Live. Selepas setengah jam menunggu, giliran Tenacious D mengambil alih pentas persembahan.

Sebaik sahaja berada di atas pentas, Tenacious D memulakan persembahan dengan lagu 'Tribute'. Jack Black dan Kyle Gass mencuri perhatian dengan rentetan petikan gitar yang memukau.

Jack Black.

Image via All Is Amazing for Urbanscapes

Kyle Gass.

Image via All Is Amazing for Urbanscapes

Peminat setia Tenacious D tidak berhenti bersorak dan menyanyikan lagu mereka lirik demi lirik tanpa tertinggal

Persembahan diteruskan dengan lagu 'Pick Of Destiny', 'Dude', 'Friendship', 'Low Hangin'', 'Kickapoo', 'The Metal', 'Beelzeboss' dan banyak lagi dari koleksi album mereka sebelum ini

Selain menyanyi, Kyle Gass juga mengambil peluang untuk menunjukkan bakatnya dalam bermain dua 'recorder' pada satu masa, manakala Jack Black turut mempamerkan 'skill' dalam memainkan sebuah alat muzik elektronik

Semestinya, perkara yang paling tidak boleh dilupakan adalah ekspresi wajah mereka. Jack Black dan Kyle Gass memang cukup pandai bermain emosi dengan gaya selamba dan bersahaja mereka.

Di awal persembahan juga, mereka berdua sempat bertelagah sambil menjerit pada muka masing-masing sehingga Kyle Gass berkata "I quit!" lalu meninggalkan pentas. Situasi ini telah mengundang gelak tawa daripada penonton.

Penonton turut ketawa setiap kali Jack Black mempersendakan seorang krew belakang pentas atau 'roadie' sepanjang konsert berlangsung. 'Roadie' ini dilayan seperti hamba tetapi dalam versi yang melucukan.

Sebelum tamat, Jack Black turut sempat mendendangkan lagu 'Kiss From A Rose' versinya yang pernah dipopularkan oleh penyanyi Seal

Jack Black dan Kyle Gass meninggalkan pentas selepas itu tanda tamat persembahan. Tetapi, mereka muncul kembali seminit kemudian apabila penonton tidak henti-henti dengan jeritan 'we want more!' sambil memanggil nama Tenacious D berulang kali.

Mereka mendendangkan lagu popular mereka berjudul 'Wonderboy' dan menutup tirai persembahan dengan lagu paling hangat dan yang paling dinanti-nantikan seluruh peminat Tenacious D, 'F*** Her Gently'!

Penonton mula beredar selepas tamat persembahan Tenacious D. Tetapi beberapa minit kemudian, mereka tiba-tiba muncul kembali di atas pentas dengan Jack Black berpakaian seperti 'Nacho Libre'. Epik!

Maka berakhirlah konsert Tenacious D di KL Live. Persembahan mereka ternyata mantap dan telah berjaya menghiburkan seluruh penonton yang datang. Ditambah pula dengan aksi Kyoto Protocol, menjadikan konsert ini sangat hebat!

Sesiapa yang berkesempatan, jangan lupa untuk datang ke Urbanscapes 2014 yang akan diadakan di Horse Ranch, Resorts World Genting pada Ahad, 6 Disember 2014

You may be interested in: