[GALERI] Anda Percaya Seni Ini Dihasilkan Dengan Tayar Basikal? Ya, Tayar Basikal!
Hasil seni ini memang lain dari yang lain. Makin lama manusia makin kreatif!
Satu soalan yang terus terjah ke dalam minda sebaik melihat gambar di bawah, "Biar betul lukisan ini dihasilkan menggunakan tayar basikal?"
Memang susah nak percaya. Tapi cuba lihat gambar 'close-up' di bawah ini. Ada rupa tayar basikal bukan?
Ya, memang betul! Lukisan Tower Bridge di London ini dihasilkan 100 peratus menggunakan tayar basikal dengan dakwat hitam. Ini buktinya:
Seni kreatif lukisan tayar basikal ini diilhamkan oleh seorang warga Singapura, Thomas Yang. Beliau adalah pemilik syarikat seni yang diberi nama 100copies.
100copies adalah ilham Pengarah Kreatif dari Singapura, Thomas Yang. Sebagai seorang penunggang basikal tegar, dia membuat keputusan untuk menggabungkan dua elemen daripada minatnya - basikal dan seni - ke 100copies.
Semua produk 100copies adalah rekaan asal yang dicipta oleh beliau dan terhad kepada 100 salinan sahaja. Lebih unik, setiap keping hasil kerja beliau akan dilabel dengan 'watermark', nombor edisi dan tajuk. Oleh itu, tidak akan ada dua salinan yang benar-benar sama dikeluarkan.
Selain gambar Tower Bridge, Thomas Yang turut menghasilkan lukisan Eiffel Tower yang terletak di Paris, Perancis...
Terbaru, 100copies menghasilkan gambar di bawah ini dengan mengumpulkan sebanyak 300 'quotes' berharga ke dalam satu helaian kertas A1. Hasilnya? Sungguh menakjubkan!
Nak tengok lagi seni kreatif dari 100copies? Dapatkan semuanya di Instagram 100copies.