[GALERI] Apa Ada Dengan #RichKidsOfMalaysia Yang Sungguh "Panas" Ini?
Rich Kids Of Malaysia mendapat perhatian ramai sejak beberapa minggu lalu. Apa yang istimewa sangat?
Satu fenomena baru telah muncul di Instagram dengan kewujudan laman Rich Kids Of Malaysia atau #RKOM yang memaparkan kehidupan anak muda di Malaysia yang mewah, elit dan penuh bergaya. Contohnya seperti gambar ini:
Kenapa ia satu fenomena baru? Ini kerana, baru sahaja ditubuhkan pada 23 Januari lalu, laman #RKOM telah mengumpul sebanyak 18,200++ Likes dalam masa tak sampai sebulan.
Jika diperhatikan, gambar-gambar yang dimuat naik #RKOM sememangnya sarat dengan "tayangan" gaya hidup golongan dari kelas atasan
Di laman ini, anda boleh lihat "pameran" kereta mewah berkuasa tinggi...
... percutian ke luar negara...
... koleksi barangan peribadi...
... pakaian berjenama yang 'fancy'...
... aktiviti masa lapang golongan elit...
... dan macam-macam lagi.
Walaupun #RKOM mendapat sambutan hangat, namun tidak semua yang memuji dan bersetuju dengan kewujudan laman tersebut
Difahamkan juga, laman #RKOM berkemungkinan memuat naik gambar-gambar tersebut tanpa kebenaran oleh pemilik sebenar gambar berkenaan
Beberapa gambar di laman Rich Kids Of Instagram telah pun dipadam atas permintaan pemilik sebenar kepada gambar yang dimuat naik.
Tetapi, #RKOM telah pun memaklumkan kepada umum bahawa mereka menghormati privasi dan bersedia memadamkan mana-mana gambar yang tidak mendapat "restu" daripada pemilik sebenar
Sementara Itu, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Dr Abdul Jalil Hassan berkata, situasi itu sekali gus menunjukkan keadaan tidak normal pemilik laman berkenaan dengan dunia realiti
"Mereka saling berlawan dan menunjukkan harga keluarga masing-masing. Ayah dia belikan dia Ferrari, selepas itu tanya ayah kawan dia belikan dia kereta apa pula. Ini kumpulan rendah keyakinan diri, tidak menghargai diri sendiri dan cuba mencari perhatian dengan cara yang tidak sesuai."
"Remaja lain akan mengikut dan berbincang isu sama sekali gus menunjukkan 'harta' mereka mengikut status dan gaya hidup masing-masing. Oleh itu, ibu bapa yang berada di dalam kategori berkenaan harus sentiasa memantau kegiatan anak mereka dan memastikan tiada gambar menunjuk-nunjuk harta berleluasa di laman sosial."
"Lebihkan masa bersama anak-anak. Selain ia mengundang bahaya kerana boleh mengundang jenayah, ia juga bukan sikap yang baik. Ibu bapa ini tidak harus terlalu sibuk dengan perniagaan dan melimpahkan kesenangan begini kepada anak-anak...lebih elok jika mereka ini dilimpahkan dengan kasih sayang dan perhatian," katanya.
Ura-ura juga ada mengatakan JAKIM telah mengeluarkan kenyataan untuk mengharamkan laman tersebut kerana menonjolkan sifat riak yang bertentangan dengan ajaran Islam Biar betul?
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) walau bagaimanapun menafikan ada mengeluarkan kenyataan media bagi mengharamkan satu akaun Instagram atas nama 'The Rich Kids of Malaysia'.
Pegawai Perhubungan Awam JAKIM, Asiaha AlKharib Shah berkata, pihaknya tiada kena mengena dengan kenyataan yang tersebar di media sosial itu.
"Kita menafikan sama sekali kenyataan itu dikeluarkan JAKIM. Antara lain, kenyataan palsu itu menyebut JAKIM mengambil keputusan mengharamkan akaun berkenaan kerana beberapa faktor antaranya gambar-gambar yang dimuat naik menonjolkan sifat riak yang bertentangan dengan ajaran agama Islam," kata Asiah.
Budaya 'Rich Kids' ini telah dimulakan oleh laman Rich Kids Of Instagram (#RKOI) kemudian diikuti oleh beberapa negara lain seperti Tehran, Turki, Malaysia dan banyak lagi