[GALERI] Kajol Dedah Memori Terbaik Sepanjang Bergelar Pelakon Dalam Kunjungan Ke KL
Buat pertama kalinya, pelakon wanita terkenal Bollywood, Kajol yang sangat popular dengan filem "Kuch Kuch Hota Hai" menjejakkan kaki ke bumi Malaysia.
Pelakon Wanita Terkenal Bollywood, Kajol Melawat Ibu Negara Kuala Lumpur Buat Pertama Kalinya Pada Hari Rabu, 20 Ogos 2014
Kehadiran pertama kali Kajol ke Malaysia pada malam Rabu, 20 Ogos 2014 nampaknya mendapat perhatian ramai dan tidak kurang juga yang terkejut dengan kehadiran selebriti Bollywood popular itu ke sini.
Image via wp.comKehadiran pertama kali Kajol ke Malaysia pada malam Rabu, 20 Ogos 2014 nampaknya mendapat perhatian ramai dan tidak kurang juga yang terkejut dengan kehadiran selebriti Bollywood popular itu ke sini.

Kunjungan Kajol Ke Malaysia Adalah Bagi Menghadiri Majlis Pelancaran Saluran Baru Astro Iaitu Astro Box Office (ABO) BollyOne HD Yang Diadakan Di Hotel JW Marriot, Bukit Bintang
Kajol dijemput khas bagi melancarkan saluran berkenaan yang mengkhususkan penyiaran filem-filem dari Bollywood.
Image via wp.comKerinduan peminat terhadap aktres terkenal Bollywood, Kajol , 40, terubat dengan kemunculannya di negara ini sempena pelancaran saluran baru Astro, Astro Box Office (ABO) BollyOne HD di saluran 251 di Hotel JW Marriot pada Rabu.
Kajol dijemput khas bagi melancarkan saluran berkenaan yang mengkhususkan penyiaran filem-filem dari Bollywood.
Image via mstar.com.myPelakon itu dijemput khas bagi melancarkan saluran berkenaan yang mengkhususkan penyiaran filem-filem dari Bollywood. Kajol tidak ditemani suaminya iaitu Ajay Devgan.

Dalam Sesi Temu Bual, Kajol Akui Begitu Teruja Dengan Sikap Rakyat Malaysia Yang Peramah Dan Sopan Santun Serta Kagum Dengan Keistimewaan Hidup Berbilang Kaum Di Negara Ini
Pelakon Bollywod, Kajol menjelaskan sifat ramah dan sikap sopan santun adalah sesuatu yang istimewa mengenai penduduk berbilang kaum negara ini.

Kajol berkata, kunjungan pertamanya ke Malaysia benar-benar membuatkan dia berasa teruja dengan sikap mereka itu.
Image via wp.comKajol berkata, kunjungan pertamanya ke Malaysia benar-benar membuatkan dia berasa teruja dengan sikap mereka itu.

“Sejak saya sampai ke Kuala Lumpur ramai peminat yang menyapa & melambai tangan ke arah saya. Paling saya hargai mereka peramah dan paling penting penuh sopan santun,“ katanya.

Dalam Pada Itu, Kajol Turut Menceritakan Filem Lakonannya Bersama Shah Rukh Khan, Kuch Kuch Hota Hai Pada Tahun 1998 Adalah Antara Memori Terbaik Sepanjang Dia Bergelar Pelakon
Katanya, filem itu bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam pada dirinya tetapi juga peminat Kuch Kuch Hota Hai masih meminati karya tersebut sehingga hari ini.

“Kuch Kuch Hota Hai adalah sebahagian daripada hidup saya dan ia bukan sekadar filem tetapi adalah memori terbaik dalam hidup saya."

“Kuch Kuch Hota Hai adalah sebahagian daripada hidup saya dan ia bukan sekadar filem tetapi adalah memori terbaik dalam hidup saya,
Image via wp.com"Sehingga ke hari ini perasaan seronok berada di set penggambaran bersama pelakon-pelakon lain dapat dirasai dan saya amat bersyukur ia masih kekal di hati peminat," katanya lagi.

Mengulas Mengenai Pelancaran Saluran BollyOne HD, Kajol Berkata Ia Satu Tindakan Baik Selain Memberi Peluang Kepada Peminat Untuk Menikmati Filem-Filem Daripada Negara India
Kajol dijemput khas bagi melancarkan saluran berkenaan yang mengkhususkan penyiaran filem-filem dari Bollywood.
Image via worldcdn.netJelas Kajol, keunikan filem-filem dari Bollywood membuatkan penonton menggemarinya dan dia yakin saluran itu akan mendapat sambutan hangat.

"Peminat filem Bollywood pasti akan teruja dengan saluran itu dan saya yakin ia akan mendapat sambutan hebat. Biarpun berbeza bahasa namun penonton masih boleh meminati karya-karya dari India kerana ia istimewa dan penuh warna," jelas Kajol.

Dalam Perkembangan Terbaru, Kajol Memberi Berita Gembira Kepada Peminat Setianya Dan Shah Rukh Khan Apabila Mereka Sekali Lagi Akan Digandingkan Menerusi Sebuah Filem Arahan Rohit Shetty
Kajol bakal digandingkan dengan Shah Rukh Khan dalam filem terbaru mereka arahan Rohit Shetty.
Image via wp.comDalam perkembangan lain, Kajol berkata, dia bakal memasuki set penggambaran filem terbaharunya dengan membawakan watak isteri mafia.

Selain itu, Kajol akan kembali bergandingan dengan Shah Rukh Khan menerusi sebuah filem arahan Rohit Shetty.

Saksikan Gambar-Gambar Suasana Sekitar Majlis Pelancaran Siaran Astro Box Office BollyOne HD Di Hotel JW Marriot Pada Rabu. KLIK PADA GAMBAR:
Selebriti tempatan, Awal Ashaari dan Lisa Surihani sempat ber-selfie dengan artis pujaan mereka.
Image via worldcdn.netSelebriti tempatan, Awal Ashaari dan Lisa Surihani sempat ber-selfie dengan artis pujaan mereka.
Image via wp.comSekitar suasana majlis pelancaran saluran terbaru Astro Box Office BollyOne HD di JW Marriot Kuala Lumpur pada 20 Ogos 2014.

Image via worldcdn.netSekitar suasana majlis pelancaran saluran terbaru Astro Box Office BollyOne HD di JW Marriot Kuala Lumpur pada 20 Ogos 2014.

Image via worldcdn.net