seismik

[GALERI] Lebih 400 Warga Australia Sertai Kempen #Headsinthesand Di Sydney. Untuk Apa?

Kenapa ramai orang menanam kepala mereka ke dalam pasir?

Cover image via cloudfront.net

Pada Hari Khamis, 13 November 2014, Sekumpulan 400 Warga Australia Telah Berkumpul Di Pantai Bondi Di Sydney Bagi Menjayakan Kempen #headsinthesand

Warga Australia berkumpul untuk menjayakan kempen #headsinthesand.

Image via vice.com

Kempen #headsinthesand Ini Adalah Bertujuan Bagi Memprotes Polisi Perdana Menteri Australia, Tony Abbott Yang Tidak Mengambil Berat Tentang Perubahan Iklim Dunia

Kempen #headsinthesand merupakan salah satu usaha rakyat Australia membantah polisi kerajaan.

Image via community.ebay.com.au

Tony Abbott Sebelum Ini Pernah Menyatakan Perubahan Iklim Bukan Satu Perkara Penting Dan Mahu Memberi Fokus Kepada Perkembangan Ekonomi Negara

Perdana Menteri Australia, Tony Abbott.

Image via smh.com.au

Pada tahun 2009, Tony Abbott menyifatkan sains perubahan iklim sebagai "mengarut" dan berkata pada Oktober lalu bahawa "arang batu adalah baik untuk manusia," lalu membuka sebuah lombong arang batu di Queensland.

Selain itu, Abbott telah dipanggil untuk mengurangkan jumlah tenaga Australia dan memberi keutamaan kepada janaan kuasa menggunakan sumber yang boleh diperbaharui. Pada tahun 2010, kerajaan menetapkan sasaran menjana 41,000 gigawatt tenaga yang boleh diperbaharui menjelang tahun 2020. Tetapi Abbott hanya mencadangkan untuk menghasilkan 27,000 gigawatt tenaga sahaja.

Tunjuk Perasaan Ini Juga Dilakukan Menjelang Persidangan Tahunan G20 Yang Berlangsung Di Brisbane, Australia Pada 15 Dan 16 November 2014

Keahlian G20 terdiri daripada campuran ekonomi lama dan baru yang terbesar di dunia, yang mewakili kira-kira dua pertiga daripada penduduk dunia, 85 peratus daripada keluaran dalam negara kasar dan lebih 75 peratus daripada perdagangan global.

Brisbane, Australia telah dipilih menjadi tuan rumah untuk persidangan G20 untuk tahun 2014.

Image via g20.org

Ahli-ahli G20 adalah Argentina, Australia, Brazil, Kanada, China, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Itali, Jepun, Republik Korea, Mexico, Rusia, Arab Saudi, Afrika Selatan, Turki, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

Ahli-ahli G20.

Image via kauppakamari.fi

Setiap tahun Presiden G20 menjemput beberapa negara tetamu untuk mengambil bahagian dalam acara-acara G20 dan menyumbang kepada agenda. Ahli G20 melibatkan diri dengan negara-negara dan tetamu negara untuk memastikan G20 mencerminkan pelbagai pendapat antarabangsa.

Menurut Penganjur Kempen #headsinthesand, Eden Tehan, Demonstrasi Ini Dilakukan Bagi Menarik Perhatian Pemimpin-Pemimpin Dunia Bahawa Iklim Adalah Satu Isu Signifikan Yang Perlu Diambil Berat

Beberapa tahun yang lalu, Australia telah dilanda kebakaran hutan yang melampau, gelombang haba, dan banjir yang menurut pakar, akan menjadi lebih teruk dan lebih kerap berlaku kerana perubahan iklim. Saintis juga memberi amaran bahawa pengasidan laut - disebabkan oleh peningkatan tahap karbon dioksida di laut - menghidangkan ancaman yang paling besar kepada masa depan terumbu karang di Great Barrier Reef.

Rakyat Australia membantah polisi kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Tony Abbott.

Image via jobsnhire.com

“Kami ingin memberitahu kepada pemimpin-pemimpin dunia yang datang ke Persidangan G20 di Brisbane bahawa demonstrasi di pantai ini adalah satu cara untuk dunia tahu kami tidak bersetuju dengan kerajaan terhadap isu perubahan iklim dan mahu melihat tindakan segera dilakukan secara global."

astroawani.com

Rakyat Australia membantah polisi kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Tony Abbott.

Image via abc.net.au

"Kempen 'heads in the sand' ini dilihat sebagai cara yang terbaik untuk masyarakat dunia sedar tentang kepentingan menyertai usaha global dalam mengurangkan pencemaran, memberhentikan projek bahan api fosil yang baru dan menambahkan lagi penghasilan tenaga yang boleh diperbaharui," jelas Eden Tehan.

Lihat 10 Lagi Gambar Ketika Kempen #headsinthesand Berlangsung Pada Khamis, 13 November 2014:

Kempen #headsinthesand telah berlangsung pada Khamis, 13 November 2014.

Image via mashable.com

Kempen #headsinthesand telah berlangsung pada Khamis, 13 November 2014.

Image via mashable.com

Kempen #headsinthesand telah berlangsung pada Khamis, 13 November 2014.

Image via mashable.com

Kempen #headsinthesand telah berlangsung pada Khamis, 13 November 2014.

Image via mashable.com

Kempen #headsinthesand telah berlangsung pada Khamis, 13 November 2014.

Image via mashable.com

Kempen #headsinthesand telah berlangsung pada Khamis, 13 November 2014.

Image via mashable.com

Kempen #headsinthesand telah berlangsung pada Khamis, 13 November 2014.

Image via cbc.ca

Kempen #headsinthesand telah berlangsung pada Khamis, 13 November 2014.

Image via rt.com

Kempen #headsinthesand telah berlangsung pada Khamis, 13 November 2014.

Image via ibtimes.co.uk

Kempen #headsinthesand telah berlangsung pada Khamis, 13 November 2014.

Image via newzulu.com.au

Malaysia Juga Tidak Kurang Dengan Kes Bencana Puting Beliung Baru-Baru Ini Berikutan Perubahan Iklim. Tetapi PERKASA Menyalahkan Program 'I Want To Touch A Dog' Sebagai Punca Kejadian. BACA SINI:

You may be interested in: