[GALERI] Najib Jadi Bahan 'Troll' Selepas Harga Minyak Naik
Harga minyak naik lagi! Tiap-tiap tahun pun naik. Bila nak turun agaknya?
Negara kita telah dikejutkan dengan berita kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen pada 1 Oktober 2014. Berita yang tidak ada desas-desus langsung tiba-tiba menjadi kenyataan.
Mula-mula rasa macam tak percaya. Tapi bila dah sah, ramai yang rasa macam nak pengsan sebab terkejut.
Kenapa ramai yang terkejut? Sebab sebelum ni Perdana Menteri ada cakap harga minyak takkan naik, tak kiralah sama ada harga pasaran minyak naik atau turun.
Selain tu, kerajaan Barisan Nasional juga yakinkan rakyat yang mereka sebenarnya faham masalah kos sara hidup penduduk dan sedia membantu mengurangkan beban
Tapi kenapa harga minyak masih naik? Sebenarnya, bukan harga minyak yang naik tapi subsidi yang dikurangkan.
Harga minyak petrol RON95 dan diesel akan naik 20sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini. Mulai 12.01 tengah malam ini, RON95 akan dijual pada harga RM2.30 seliter dan diesel pula RM2.20.
malaysiakini.comMenurut Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), walaupun dengan pengurangan kadar subsidi ini, kerajaan menganggarkan masih perlu membelanjakan lebih RM21 bilion bagi subsidi petrol RON95, diesel dan LPG untuk tahun 2014.
malaysiakini.comMaksudnya, subsidi kerajaan akan sentiasa dikurangkan lah? Atau tidak?
Selepas sahaja pengumuman dibuat, orang ramai terus berpusu-pusu memenuhkan tangki minyak kereta pada sebelah malam sampai ada yang sanggup beratur panjang
Lambang dan 'tagline' di bawah mungkin paling sesuai untuk digunakan dalam situasi sekarang. Betul tak?
Duit syiling 20 sen lama juga terkena tempias. Gambar bunga raya ditukar kepada muka Najib manakala Bank Negara Malaysia ditukar kepada Bank Negara Najib.
Bukan sahaja duit syiling 20 sen, gelaran Najib dan empat Perdana Menteri lain sebelumnya turut sama terkena tempias
Ramai rakyat Malaysia tak puas hati dengan berita ni. Masing-masing merayu dan menulis nota "Dear Najib" untuk menunjukkan keluhan dan bebanan yang terpaksa ditanggung setiap hari.
Dengan tulisan-tulisan itu ditujukan, bagaimana pula Perdana Menteri akan respon? Mungkin rakyat akan dijamah dengan respon tipikal macam ni...
Kepada pengundi-pengundi Barisan Nasional, mesej ini ditujukan khas untuk anda
"Terima kasih PM dan BN atas kenaikan harga minyak. Tahniah kepada pengundi BN. Kaut untung dilaksana, rakyat dulu kena," antara ucapan terima kasih sinis rakyat kepada kerajaan.