seismik

[GAMBAR] 11 Bazaar Ramadan Anda Mesti Kunjung Di Lembah Klang

Bulan Ramadan sememangnya sangat popular dengan deretan gerai di bazaar yang menjual pelbagai juadah untuk berbuka puasa. Di sini, SAYS menyenaraikan 11 bazaar Ramadan terbaik di Lembah Klang sebagai panduan.

Cover image via imgur.com

1. Seksyen 13, Stadium Shah Alam

Bazaar Ramadan di Seksyen 13, Stadium Shah Alam adalah yang terbesar di Selangor. Bazaar ini terkenal dengan gerai 'Papa John' yang sentiasa penuh dengan kunjungan orang ramai sehingga sanggup beratur panjang. 'Papa John Kambing' merupakan menu yang paling popular di gerai tersebut yang dikatakan sebagai Roti John yang tiada tandingan.

malaysiandigest.com

2. Jalan TAR

Jalan Tuanku Abdul Rahman sememangnya telah bertahun-tahun menjadi tarikan utama warga kota di Kuala Lumpur. Antara juadah yang menjadi pujaan ramai adalah cendol serta air mata kucing yang dikatakan hanya berharga RM2.

malaysiandigest.com

3. Taman Melawati

Antara hidangan lazat yang menjadi buah mulut orang ramai ialah ayam tempayan dan juga Jack Biri-Biri Stew Grill Power. Bazaar Taman Melawati ini juga besar dan mempunyai banyak gerai yang menawarkan makanan yang menyelerakan pada harga yang berpatutan.

blogspot.com

4. Kampung Baru

Image via fbcdn.net

Bazaar Ramadan di Kampung Baru menempatkan sebanyak lebih daripada 150 gerai dan terkenal dengan juadah bubur lambuk, Roti John, putu buluh, jus tebu, dan banyak lagi.

malaysiandigest.com

5. SS18, Subang Jaya

Image via blogspot.com

Antara bazaar yang terbesar di Subang Jaya, perniagaan dikatakan bermula seawal jam 3 petang apabila orang ramai mula tiba untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Bazaar SS18 juga dikenali dengan menu ayam golek dan grill kambing golek.

malaysiandigest.com

6. Taman Tun Dr. Ismail

Image via s-msn.com

Lazimnya, tarikan utama yang sangat terkenal di bazaar TTDI adalah pulut panggang. Bazaar yang terletak di Jalan Tun Mohd Fuad 3 ini juga menawarkan pelbagai juadah istimewa seperti tepung pelita, nasi tomato, ayam masak merah dan popiah.

malaysiandigest.com

7. Jalan Telawi, Bangsar

Terletak di hadapan masjid Bangsar, bazaar ini terkenal dengan gerai 'Raja Murtabak' adalah gerai menarik yang menyediakan hidangan murtabak yang dikatakan mempunyai rasa yang tiada tandingan. Antara gerai-gerai lain yang popular termasuk gerai nasi dagang dan nasi kerabu, yang sentiasa dipenuhi orang ramai yang beratur panjang.

malaysiandigest.com

8. Kelana Jaya

Image via zenfolio.com

Bazaar Ramadhan Kelana Jaya terletak bertentangan dengan pasar raya Giant di Jalan SS6/1. Beberapa gerai menawarkan rendang daging lembu, kari kambing atau kari ayam untuk dimakan bersama nasi kukus. Selain itu, terdapat juga gerai yang menyediakan jus kelapa segar dan jus tebu tanpa bahan tambahan, nasi goreng, sotong bakar dan lain-lain.

malaysiandigest.com

9. Pantai Dalam

Image via blogspot.com

Terletak berhampiran bazaar Kampung Kerinchi, bazaar Pantai Dalam adalah satu alternatif yang baik bagi yang tinggal berhampiran Bangsar selain bazaar di Jalan Telawi. Bazaar ini menawarkan pelbagai juadah seperti roti jala, kuih cara, ayam percik, dan air keladi.

malaysiandigest.com

10. Seksyen 16, Bandar Baru Bangi

Image via azuanzahdi.com

Bazaar Seksyen 16 ini adalah antara yang terbesar di Bandar Baru Bangi. Setiap hari pada bulan Ramadan, pasti akan dipenuhi dengan kunjungan orang ramai sehingga sesak, tidak kira pada hari minggu atau hari bekerja. Hidangan yang terkenal boleh dijumpai di sini adalah seperti ayam golek, nasi ambeng dan burger bakar.

malaysiasaya.my

11. Seksyen 6, Kota Damansara

Image via blogspot.com

Salah satu kawasan yang agak baru, berbanding dengan yang lain-lain di KL, Kota Damansara mempunyai pelbagai juadah istimewa untuk memuaskan keinginan anda. Bazaar di Seksyen 6 ini menawarkan juadah seperti Murtabak dan juga cendawan goreng.

malaysiandigest.com

Yang mana satu kegemaran anda?

JUGA DI SAYS: 13 Benda Yang Mesti Berlaku Setiap Kali Bulan Puasa

Leave a comment