[GAMBAR] 28 Penumpang Terselamat Dalam Kemalangan Teruk Bas Ekspres
Sebuah bas ekspres membawa 28 penumpang remuk teruk apabila terlibat dalam nahas kemalangan pada 19 April 2014.
Pada Pagi 19 April 2014, Sebuah Bas Ekspres Membawa 28 Penumpang Terlibat Dalam Kemalangan Di Temerloh Semasa Dalam Perjalanan Ke Kuala Lumpur
Kira-kira 28 penumpang nyaris maut apabila bas ekspres yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Kilometer 116 Lebuh Raya Pantai Timur, dekat Temerloh, awal pagi Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 pagi itu, bas berkenaan dipercayai dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur.

Pemandu Bas Dan Beberapa Penumpang Dipercayai Tercampak Keluar Semasa Kejadian Berlaku
Siasatan awal polis mendapati pemandu bas mungkin mengantuk semasa kejadian.
Pemandu bas serta beberapa penumpang dipercayai tercampak keluar ketika kejadian.
Image via ping.busuk.orgBas itu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan berpusing beberapa kali mengakibatkan pemandu dan beberapa penumpang tercampak keluar.
Kesemua 28 Penumpang Selamat Serta Tiada Sebarang Kematian Dilaporkan
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, tiada mangsa yang maut dalam kejadian itu. Semua mangsa terselamat tetapi 10 daripadanya mengalami kecederaan.
Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh untuk menerima rawatan.
Image via www.drplaces.comKatanya kesemua 10 mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan keadaan mereka dilapor stabil.
