seismik

[GAMBAR] 7 Penumpang Terselamat Dalam Nahas Bas Terbabas Masuk Longkang

Kemalangan bas ekspres yang terbabas ke dalam longkang pada 26 Jun 2014 hampir meragut nyawa 7 penumpang.

Cover image via hmetro.com.my

Pada 26 Jun 2014, Sebuah Bas Ekspres Terlibat Dalam Satu Kemalangan Jalan Raya Di Pulau Pinang Yang Hampir Meragut Nyawa Kesemua 7 Penumpang Di Dalamnya

Orang ramai mengerumuni lokasi kejadian.

Image via hmetro.com.my

Sebuah bas yang membawa tujuh penumpang terbabas sebelum jatuh ke dalam sebuah longkang di tepi jalan dalam satu kejadian kemalangan di Jalan Baru Prai berhampiran Taman Chai Leng pada 26 Jun 2014 jam 5 pagi.

astroawani.com

Bas berkenaan bertolak dari Melaka kira-kira pukul 11 malam untuk ke Kangar, Perlis dan ketika kejadian sedang menuju ke Terminal Butterworth yang terletak kira-kira tiga kilometer dari situ untuk menurunkan penumpang.

utusan.com.my

Bas Ekspres Tersebut Dilaporkan Cuba Mengelak Sebuah Kereta Di Hadapannya Sebelum Hilang Kawalan Dan Merempuh Pagar Longkang Di Jalan Berkenaan

Bas ekspres tersebut hilang kawalan sebelum terbabas dan jatuh ke dalam sebuah longkang.

Image via mstar.com.my

Dalam kejadian itu, bas KMK Star Coach membawa tujuh penumpang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Perlis itu dikatakan hilang kawalan ketika pemandu bas berusia 25 tahun berkenaan cuba mengelak sebuah kenderaan lain.

mstar.com.my

Bas itu kemudian terbabas sebelum jatuh ke dalam sebuah longkang di tepi jalan.

astroawani.com

Tujuh Penumpang Yang Terdiri Daripada 5 Lelaki Dan 2 Perempuan Itu Berjaya Menyelamatkan Diri Serta Keluar Daripada Bas Melalui Cermin Hadapan Dan Tingkap Bas Yang Dipecahkan

Bagi menyelamatkan diri, salah seorang penumpang bas bertindak nekad memecahkan cermin tingkap untuk keluar dari kenderaan itu sementara menunggu bantuan.

utusan.com.my

Ketua jurulatih acara lompatan bagi skuad olahraga negara, Mohd Mansahar Abdul Jalil.

Image via hmetro.com.my

“Sebelum itu, semua penumpang sedang lena dan hanya terjaga selepas kejadian mengejutkan ini. Malah, saya yang duduk di belakang turut tercampak beberapa meter ke hadapan, namun bersyukur kerana tidak cedera parah,” kata ketua jurulatih acara lompatan bagi skuad olahraga negara, Mohd Mansahar Abdul Jalil, 54.

hmetro.com.my

Penumpang terpaksa keluar melalui cermin hadapan dan tingkap bas yang dipecahkan.

Image via ggpht.com

“Saya yang duduk di kerusi di belakang tiba-tiba terjaga selepas merasakan bas berkenaan bergoyang seperti tidak stabil, diikuti dentuman kuat selepas terjunam ke dalam longkang. Kami bernasib baik kerana orang awam membantu penumpang keluar dari bas,” katanya lagi.

hmetro.com.my

Pemandu Bersama 5 Penumpang Dirawat Di Hospital Seberang Jaya Manakala Dua Lagi Mangsa Tidak Mengalami Sebarang Kecederaan

Keadaan bas terjatuh dalam longkang.

Image via blogspot.com

Kesemua penumpang termasuk pemandu bas dihantar ke Hospital Seberang Jaya bagi menerima rawatan. Pemandu dan lima penumpang cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar manakala dua lagi penumpang tidak cedera.

mstar.com.my

JUGA DI SAYS: [GAMBAR] 28 Penumpang Terselamat Dalam Kemalangan Teruk Bas Ekspres

You may be interested in: