seismik

GEMPAR! Gambar Anak Harith Iskander Dan Ramai Artis Lain Disebar Di Laman Web Lucah

Setelah melakukan siasatan ke atas laman web tersebut..eh gambar hamster pun ada?

Cover image via SAYS.com

Semalam pelakon dan pelawak Harith Iskander memuat naik status di laman Facebook beliau berikutan penemuan gambar anaknya di sebuah laman web lucah

Difahamkan, gambar anak sulungnya itu dimuat naik dalam artikel bertajuk 'Gambar Terbaru anak Harith Iskander'.

"Memang ada gambar saya mendukung anak lelaki saya. Di sebelah gambar bayi itu adalah gambar wanita bogel," kata Harith, yang merasa jijik dengan perkara itu di dalam laman Facebook beliau.

Menurut Harith, dia mendapat tahu tentang perkara itu setelah mendapat notifikasi dari Google Alert menerusi emailnya

Google Alert

Image via SAYS

Harith yakin laman web itu adalah laman web yang tidak bermoral kerana terdapat perkataan 'porn' dan 'sex' di dalamnya.

Susulan penemuan itu, Harith telah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam usaha menutup laman web tersebut

Image via SAYS

Tidak dapat dipastikan samada laman web itu milik rakyat Malaysia atau sebaliknya, kerana terdapat campuran bahasa Melayu dan Inggeris di dalam isi kandungan laman web tersebut.

Dari hasil carian kami, laman web tersebut bukan hanya menyalahgunakan gambar anak Harith Iskander, tetapi Erra Fazira, Tomok dan ramai anak-anak selebriti Malaysia yang lain turut sama jadi mangsa

Click to Reveal
Hide
Image from SAYS
Image via SAYS

Kami mendapati terdapat dua kemungkinan tujuan penggunaan gambar kanak-kanak selebriti Malaysia dalam laman web lucah itu

1. Gambar kanak-kanak ini dimuatnaik mungkin untuk mendapatkan trafik semata-mata. Selain dari gambar kanak-kanak, gambar jari yang comel dan gambar hamster turut dimuat naik. Mungkin ini strategi mereka untuk dapat lebih banyak pengunjung. Ye lah, siapa yang tak suka gambar kanak-kanak atau haiwan comel?

Gambar ini diperolehi dari laman web lucah tersebut

Image via SAYS
2. Ia sebuah laman web pedofilia, oleh sebab itu gambar kanak-kanak dimuat naik di dalamnya.

Kami harap pihak berkuasa dapat menangani masalah laman web sakit mental ini dengan segera. Kesimpulannya, hati-hati apabila memuat naik info peribadi anda atau keluarga anda:

Perkara ini bukanlah macam feature terbaru Gmail, dimana anda boleh tekan butang unsend selepas menghantar email:

You may be interested in: