seismik

[GAMBAR] Apa Jadi Selepas Kenyataan "UMNO Celaka" Dikeluarkan?

Kenyataan "UMNO Celaka" dikeluarkan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N Rayer mendapat cemuhan hebat dari orang ramai.

Cover image via therakyatpost.com

"Celaka-Celaka UMNO Ini Kurang Ajar, Biadap Dan Selalu Mengapi-Apikan Dengan Membawa Sepanduk Memainkan Isu Rasis Peristiwa 13 Mei. Celaka Mereka," Kata R.S.N Rayer

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima R.S.N Rayer.

Image via thestar.com.my

Rayer didakwa mengeluarkan kenyataan di atas ketika membahaskan ucapan perasmian Tuan Yang Dipertua Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas dengan mendakwa beberapa pemimpin Umno Negeri cuba menghasut rakyat melalui satu demonstrasi dengan mengapi-apikan tragedi 13 Mei 1969.

keadilandaily.com

Kenyataan Itu Telah Menimbulkan Rasa Marah Orang Ramai Dan Kira-Kira 200 Penyokong UMNO Bertindak Merempuh Pagar Bangunan Ketika Sidang Sedang Berlangsung Pada 21 Mei 2014

Sekumpulan 200 lelaki membabitkan ahli Umno dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bertindak merempuh pagar utama Dewan Undangan Negeri (DUN).

Image via blogspot.com

Sekumpulan 200 lelaki membabitkan ahli Umno dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bertindak merempuh pagar utama Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membantah tindakan wakil rakyat DAP yang membuat kenyataan yang disifatkan biadab.

mstar.com.my

Sekumpulan 200 lelaki membabitkan ahli Umno dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bertindak merempuh pagar utama Dewan Undangan Negeri (DUN).

Image via themalaymailonline.com

Ini berikutan kenyataan Rayer dalam sidang Dewan Negeri, memanggil beberapa pemimpin Umno di negeri itu sebagai 'Umno celaka' selepas merujuk kepada satu perhimpunan membantah flashmob kangkong anjuran ADUN PKR  di Seberang Jaya awal tahun ini.

agendadaily.com

Sekumpulan 200 lelaki membabitkan ahli Umno dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bertindak merempuh pagar utama Dewan Undangan Negeri (DUN).

Image via themalaymailonline.com

Ekoran Rasa Tidak Puas Hati, Sekumpulan Lelaki Yang Diketuai Naib Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Jasmin Noordin Menyerbu Masuk Ke Dalam Dewan

Sekumpulan lelaki yang diketuai Naib Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Jasmin Noordin menyerbu masuk ke dalam dewan.

Image via detikdaily.net

Sebelum itu kumpulan tersebut juga menjerit nama Rayer sehingga menimbulkan suasana bingit dan kurang senang kepada ahli DUN yang bersidang. Manakala 10 orang dari mereka didapati memanjat meja Speaker sebaik merempuh masuk.

keadilandaily.com

Sekumpulan lelaki yang diketuai Naib Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Jasmin Noordin menyerbu masuk ke dalam dewan.

Image via blogspot.com

Tindakan itu menyebabkan sidang DUN terpaksa ditangguhkan selama sejam. Ada di kalangan mereka yang membawa telur serta mengancam untuk membaling kepada Rayer sekiranya beliau hadir ketika kejadian.

keadilandaily.com

Sekumpulan lelaki yang diketuai Naib Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Jasmin Noordin menyerbu masuk ke dalam dewan.

Image via mkini.net

Selain Itu, UMNO Pulau Pinang Menzahirkan Rasa Marah Dan Kecewa Dengan Tindakan R.S.N Rayer Yang Menggelar Pemimpin UMNO Sebagai ‘Celaka’

Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

Image via blogspot.com

“Walaupun ADUN diberi perlindungan imuniti dalam DUN, ia tidak sepatutnya digunakan untuk melempar kata-kata kesat dan keterlaluan, lagi pun pertuturan sebegitu amat memalukan dan mencemar kedudukan beliau sebagai seorang penggubal dan pengamal undang-undang."

umno-online.my

"Rayer juga perlu sedar bahawa setiap kata-kata kesat dan menghina yang diungkapkan beliau dengan tujuan untuk mengguris serta menyakitkan hati pemimpin dan ahli-ahli Umno akan mengundang tindak balas," katanya.

bernama.com

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Pula Berkata Bantahan Sedemikian Seharusnya Dilakukan Sekadar Di Luar Dewan, Walaupun Ternyata Apa Yang Diluahkan R.S.N Rayer Melampaui Batas

"Mereka boleh membuat bantahan di luar dewan walaupun apa yang dikatakan (Rayer) jelas menghina Umno," jelas Khairy.

Image via abahdhia.com

"Apa yang dikatakan adalah 'Umno celaka', satu perkataan kasar terhadap penyokong Umno."

themalaysianinsider.com

"Jelas mereka sangat marah, tetapi mereka tidak patut memasuki dewan. Masuk ke dewan adalah salah. Mereka boleh membuat bantahan di luar dewan walaupun apa yang dikatakan (Rayer) jelas menghina Umno," jelas Khairy.

themalaysianinsider.com

Satu Persoalan Juga Timbul Tentang Tindakan Speaker Dewan, Law Choo Kiang Yang Dikatakan Langsung Tidak Mendesak R.S.N Rayer Untuk Memohon Maaf

peaker Dewan, Law Choo Kiang dilihat hanya menghalalkan kenyataan R.S.N Rayer.

Image via blogspot.com

Perbuatan melabel pemimpin lain sebagai celaka adalah satu perbuatan yang menyalahi etika wakil rakyat di dalam Dewan Undangan Negeri. Tetapi ia dilihat cuba dihalalkan oleh Speaker Dewan yang berdiam diri dengan kenyataan wakil DAP tersebut.

utaranews.com

Malah agak menghairankan apabila Speaker Law Choo Kiang bertindak mengecam pula rakyat yang marah terhadap perbuatan biadap Rayer hinggakan merempuh masuk kedalam bangunan Dewan Undangan Negeri.

utaranews.com

Disebalik Kontroversi Yang Ditimbulkan Serta Pelbagai Cemuhan Yang Diterima, R.S.N Rayer Tetap Bertegas Tidak Akan Memohon Maaf

R.S.N Rayer tetap tidak akan minta maaf walaupun mengeluarkan kenyataan yang dianggap kasar.

Image via blogspot.com

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer bertegas tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataan “pemimpin UMNO celaka”.

therakyatpost.com

“Setiap orang ADUN mempunyai kebebasan untuk berucap dalam persidangan DUN. Jadi dalam hal ini, saya tidak melakukan sebarang kesalahan dan saya tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataan itu,” katanya.

therakyatpost.com

Akibat Dari Rempuhan Tersebut, Pihak Polis Telah Menahan 13 Orang Kerana Didakwa Menceroboh

Siasatan dilakukan dipercayai atas desakan Ketua Menteri yang mahu pihak Polis bertindak tegas kepada pihak terbabit yang didakwa menceroboh ke bangunan kerajaan serta menganggu urusan pentadbiran kerajaan negeri.

utaranews.com

Juga Di SAYS: Lim Kit Siang Ramal Kemusnahan Pakatan Rakyat Jika Hudud Dilaksanakan

You may be interested in: