[GAMBAR] Apa Yang Perlu Diketahui Tentang Pelajar Tahun Satu Yang 'Ditampar' Ini
Kerjaya sebagai guru masa kini memang sangat mencabar.
[TERKINI] Ibu Pelajar Mohon Maaf Atas Tuduhan Guru Tampar Anaknya Sehingga Pipi Berbekas
“Saya ingin memohon maaf kepada semua tenaga pengajar Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong. Tindakan terburu-buru kami mengakibatkan berlaku salah faham selain mendengar sebelah pihak semata-mata, saya meminta maaf kepada guru besar, Aliasa Abdul Rahman, guru bahasa Inggeris dan semua guru di sekolah itu."
hmetro.com.my“Saya mengaku atas kesilapan dalam menangani masalah itu dan demi menjaga nama baik sekolah serta mempertahankan kredibiliti, integriti dan maruah semua tenaga pengajar sekolah, permohonan maaf ini dibuat,” kata Norhafizah Abu Bakar, 27, yang kesal dengan insiden anak lelakinya, Muhammad Azrul Danish, 7, ditampar guru Bahasa Inggeris kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.
hmetro.com.myPada 28 Ogos 2014, Tersebar Sebuah Cerita Tentang Seorang Pelajar Darjah Satu Ditampar Oleh Seorang Guru Wanita Di Georgetown, Pulau Pinang Sehingga Menyebabkan Pipinya Berbekas
Seorang murid darjah satu didakwa ditampar guru wanita ketika sesi pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Tanjung Tokong, kelmarin sehingga menyebabkan pipinya berbekas.
sinarharian.com.myBapa Saudara Pelajar Tersebut Bertindak Memaklumkan Kejadian Melalui Laman Sosial Dengan Memuat Naik Sekeping Gambar Pelajar Itu Sambil Mendakwa Telah Membuat Laporan Polis
Difahamkan, Ibu Kepada Pelajar Terbabit Segera Pergi Ke Bilik Guru Besar bagi Mendapatkan Penjelasan Selepas Menyedari Kesan Lebam Di Pipi Anaknya Itu Setelah Tamat Waktu Persekolahan
Bapa kepada murid berkenaan, Zahurin Abdul Karim, 31, berkata, isterinya menyedari lebam di pipi anaknya selepas waktu sekolah.
sinarharian.com.myMenurutnya, isterinya yang pergi mengambil anak mereka yang berusia tujuh tahun itu dari sekolah di Tanjung Tokong itu, kelmarin.
sinarharian.com.my“Isteri saya ternampak ada kesan berbirat di pipi anak kami dan dia bersendirian segera pergi ke bilik guru besar untuk mendapatkan penjelasan," katanya.
sinarharian.com.myPelajar Berkenaan Bagaimanapun Dikatakan Hanya Ditarik Telinga Dan Tidak Ditampar Langsung Oleh Mana-Mana Guru. Akibat Tidak Berpuas Hati, Bapanya Mengambil Keputusan Untuk Membuat Laporan Polis.
“Namun daripada penjelasan itu, mereka kata hanya telinga yang ditarik. Kemudian, isteri dan anak balik ke rumah. Barulah saya lihat keadaan sebenar anak,” katanya.
sinarharian.com.myDisebabkan tidak berpuas hati, Zahurin kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Tanjung Tokong.
sinarharian.com.myMenurut Bapa Pelajar Itu, Setelah Selesai Membuat Laporan Polis, Dia Tidak Mendapat Maklum Balas Daripada Pihak Sekolah Bagi Mendapatkan Nombor Telefon Guru Yang Didakwa Menampar Anaknya
Setelah selesai membuat laporan, pegawai polis di situ menasihatkan Zahurin menyelesaikan kes tersebut dengan berbincang secara baik bersama guru yang terlibat.
sinarharian.com.myZahurin kemudiannya menghubungi guru kelas anaknya bagi mendapatkan nombor telefon guru yang didakwa menampar anaknya itu, namun tiada maklum balas diterimanya.
sinarharian.com.myHasil Usaha Pejabat Pelajaran Daerah, Dia Akhirnya Dapat Berjumpa Dengan Guru Berkenaan Untuk Duduk Berbincang. Namun Begitu, Perbincangan Itu Gagal Kerana Guru Tersebut Mahu Mengambil Tindakan Lain Ke Atasnya.
“Tetapi pada awal pagi semalam (27 Ogos 2014), pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) menghubungi saya bagi membolehkan saya serta guru berkenaan duduk berbincang. Saya terima (untuk duduk berbincang) memandangkan polis juga mencadangkan perkara yang sama."
sinarharian.com.my“Setelah berjumpa dengan guru serta suaminya di pejabat PPD, saya ingatkan ada penyelesaian tetapi perbincangan gagal kerana guru berkenaan mahu mengambil tindakan lain,” kata Zahurin.
sinarharian.com.myDia Yang Berasa Kecewa Dengan Tindakan Guru Itu Seperti Tidak Mahu Menyelesaikan Masalah Berkata Akan Membawa Kes Tersebut Ke Mahkamah
Zahurin berkata, dia sudah mengambil langkah yang wajar dengan duduk berbincang, namun berasa kecewa kerana pihak guru berkenaan tidak mahu menyelesaikan masalah tersebut.
sinarharian.com.my“Kami mungkin membawa kes ini ke mahkamah dan akan membuat laporan perubatan di Hospital Pulau Pinang (HPP),” katanya.
sinarharian.com.myPersoalannya, Kenapa Guru Terbabit Tidak Mahu Terus Menyelesaikan Masalah Ketika Mereka Duduk Berbincang? Kenapa Pula Tindakan Lain Ingin Dikenakan Ke Atas Bapa Pelajar Itu? Ikuti Cerita Lanjut Di Bawah...
Hasil Carian SAYS, Kami Menemui Maklumat Mengatakan Laporan Itu Sebenarnya Palsu. Pelajar Itu Difahamkan Mendapat Kesan Lebam Di Pipinya Kerana Alahan, Bukan Kerana Ditampar Guru.