seismik

[GAMBAR] Asrama Lelaki UIAM Di PJ Terbakar

Baru sahaja digemparkan dengan berita banjir beberapa minggu lalu di kampus induk UIAM, kini asrama lelaki di kampus PJ pula terbakar.

Cover image via penembak-tepat.blogspot.com

Kampus UIAM Di PJ Dikejutkan Dengan Satu Kebakaran Di Salah Sebuah Asrama Lelaki Pada 26 Jun 2014 Kira-Kira Jam 3 Petang

Para pelajar mengurumuni Mahallah Abu Bakar yang sedang terbakar pada jam 3 petang pada 26 Jun 2014.

Image via melvister.com

Pelajar-pelajar yang menghuni Asrama Lelaki Universiti Islam Antarabangsa (UIA) cawangan Seksyen 16 Petaling Jaya gempar apabila asrama yang mereka diami terbakar.

therakyatpost.com

Kira-kira 800 pelajar terselamat selepas kediaman asrama mereka terbakar jam 3 petang pada 26 Jun 2014.

astroawani.com

Difahamkan, Kebakaran Tersebut Melibatkan Ruang Membasuh Dan Sebuah Bilik Setor Di Mahallah Abu Bakar Yang Digunakan Untuk Menyimpan Tilam-Tilam Pelajar

Kebakaran di kolej kediaman Mahallah Abu Bakar itu dipercayai bermula apabila tilam-tilam yang diletakkan di ruangan membasuh asrama terbakar.

malaysiakini.com

Kebakaran bermula di sebuah bilik setor yang menyimpan tilam-tilam para pelajar.

Image via melvister.com

Kebakaran berkenaan berlaku di ruangan membasuh melibatkan tilam-tilam yang disimpan dan anggaran keluasan adalah 9 X 21 meter.

sinarharian.com.my

Keadaan bilik setor selepas api berjaya dipadamkan.

Image via melvister.com

Keempat-empat tingkap bilik stor itu pecah manakala lampu dan kipas turut musnah dalam kebakaran itu.

astroawani.com

Tiada Sebarang Kesukaran Dialami Pihak Bomba Memandangkan Api Masih Terkawal. Api Berjaya Dipadam Pada Jam 3.45 Petang Dan Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan.

Pihak bomba tidak mengalami sebarang kesukaran memandangkan api masih terkawal semasa mereka tiba.

Image via melvister.com

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian itu pada jam 3.02 petang dan tiba di lokasi beberapa minit selepas itu dengan menggunakan dua buah jentera.

astroawani.com

Api berjaya dipadam 45 minit kemudian.

Image via melvister.com

“Api berjaya dipadam jam 3.45 petang dan tiada mangsa terbabit dalam kejadian itu," katanya.

therakyatpost.com

Pihak Bomba Bagaimanapun Tidak Dapat Mengenal Pasti Punca Kebakaran Tersebut Dan Kini Sedang Menjalankan Siasatan Lanjut

Punca kebakaran masih tidak diketahui.

Image via melvister.com

Pasukan forensik bomba masih sedang menyiasat punca kebakaran tersebut. "Punca kebakaran dan kerugian masih lagi disiasat," kata Mohd Sani.

astroawani.com

Beberapa Minggu Lalu, Kampus Induk UIAM Di Gombak Berhadapan Dengan Antara Banjir Yang Paling Buruk Pernah Direkodkan

You may be interested in: