[GAMBAR] Benarkah Dakwaan Pelajar Bakar Kereta Seorang Guru Kerana Tak Puas Hati?
Kalau benarlah dakwaan ini, perkara seperti ini harus dihentikan segera.
Satu Kes Kebakaran Telah Berlaku Melibatkan Dua Buah Kereta Milik Guru Di Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang Pada 19 Ogos 2014
Dua kenderaan milik guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Panglima Garang, Kuala Langat terbakar di kawasan tempat letak kenderaan di sekolah berkenaan pada 19 Ogos 2014.
sinarharian.com.myKejadian berlaku kira kira jam 8.46 pagi itu apabila guru sekolah berkenaan, S Virmala meninggalkan kenderaannya dengan enjin dipercayai masih belum dimatikan sebelum keluar semula untuk ke pejabat sekolah untuk urusan kebenaran ke klinik.
sinarharian.com.myMenurut Mangsa, S Virmala, Beliau Terkejut Apabila Kenderaannya Tiba-Tiba Terbakar Selepas Hanya Ditinggalkan Beberapa Minit Walaupun Enjin Sudah Dimatikan
Mangsa memaklumkan beliau meninggalkan keretanya dalam masa 10 minit dan kemudian dimaklumkan oleh pelajar kenderaannya terbakar.
blogspot.comLaporan awal memaklumkan kenderaan tersebut sudah dimatikan tetapi terkejut ia terbakar secara tiba tiba sehingga terkena ke arah bahagian belakang sebuah lagi kenderaan berhampiran.
blogspot.comSeorang Pelajar Dikatakan Bergegas Ke Kenderaan Yang Sudah Berasap Itu Kerana Bimbang Gurunya Masih Berada Di Dalam Kereta. Dia Kemudian Melaporkan Kejadian Ke Pejabat Sekolah.
Difahamkan, ketika kejadian kenderaan terbabit terbakar sendiri sebelum menerima maklumat daripada pelajar yang bergegas ke pejabat sekolah memaklumkan kenderaan milik guru tingkatan enam itu terbakar secara tiba tiba.
sinarharian.com.myDia segera bergegas ke kenderaan yang sudah berasap itu kerana bimbang guru terbabit masih berada di dalam kereta.
sinarharian.com.myPelajar Tersebut, Sofiatul Hidayah Bagaimanapun Berasa Amat Lega Apabila Mendapat Tahu Gurunya Tidak Lagi Berada Di Dalam Kereta Tersebut
Pelajar, Sofiatul Hidayah Azman Naim, 18, ketika ditemui berkata kereta milik gurunya yang diletakkan di perkarangan sekolah itu terbakar secara tiba-tiba dalam kejadian kira-kira 8.45 pagi Selasa.
mstar.com.my"Seluruh pelajar kelas kami nampak kebakaran itu dan pada mulanya kami sangka cikgu kami berada dalam kereta itu sebelum sekumpulan pelajar lelaki bertindak memadamkan api menggunakan hos air berhampiran. Bagaimanapun, kami lega apabila dapat tahu cikgu tidak berada dalam kereta," katanya.
mstar.com.myPihak Bomba Yang Tiba Beberapa Minit Kemudian Berjaya Mengawal Kebakaran Daripada Merebak Dengan Lebih Teruk Dan Memadam Api Sepenuhnya Pada Jam 9.20 Pagi
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Banting, Mohd Jaslizad Jalil berkata, kejadian melibatkan dua kenderaan jenis Proton Waja yang terbakar sepenuhnya manakala sebuah lagi kenderaan jenis Perodua Myvi hanya terbakar di bahagian belakang akibat terkena percikan api.
sinarharian.com.my“Ketika anggota tiba, api sudah marak dan keadaan kenderaan sudah terbakar secara keseluruhan. Namun pihak kami berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke sebuah lagi kenderaan jenis Perodua Myvi yang berada bersebelahan kenderaan tersebut."
blogspot.com“Api dapat dikawal kira kira 9.15 pagi dan padam sepenuhnya lima minit kemudian. Mujur tiada kemalangan nyawa berlaku kerana melibatkan kawasan pelajar sekolah lalu-lalang," katanya.
blogspot.comUra-Ura Ada Mengatakan Punca Kebakaran Tersebut Sebenarnya Dicetuskan Oleh Seorang Pelajar Yang Tidak Berpuas Hati Dengan Guru Berkenaan. Betul Atau Salah?
Dakwaan Itu Adalah PALSU! Selepas Siasatan Dijalankan, Kenderaan Itu Sebenarnya Terbakar Disebabkan Litar Pintas, Bukan Sebab Dibakar Oleh Pelajar.
Kebakaran kereta milik seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang pada 19 Ogos 2014 adalah disebabkan litar pintas, bukan dibakar oleh pelajar seperti dilaporkan.
mstar.com.my