seismik

[GAMBAR] Benarkah Isu Gadis Bertudung Dalam Gereja Ini Berlaku Di Malaysia?

Rakyat Malaysia digemparkan dengan penyebaran foto gadis bertudung dalam gereja yang didakwa murtad beramai-ramai. Sejauh manakah kebenaran isu ini?

Cover image via Facebook

Laman Sosial Telah Dihebohkan Dengan Isu Sekumpulan Perempuan Bertudung Melakukan Penyembahan Di Dalam Sebuah Gereja Baru-Baru Ini Yang Dikatakan Berlaku Di Malaysia

Segelintir gadis Muslim dikatakan telah hadir ke sebuah gereja untuk acara murtad beramai-ramai.

Image via googleusercontent.com

Baru-baru ini, beberapa keping gambar menunjukkan sekumpulan gadis muda memakai tudung berada dalam gereja disebarkan menerusi aplikasi Whatsapp dan media sosial dengan keterangan gambar, orang Melayu dimurtadkan beramai-ramai.

mynewshub.my

Ramai Umat Islam Di Malaysia Didapati Mengutarakan Kebimbangan Mereka Terhadap Isu Ini Melalui Laman Sosial Mereka

Sebuah posting di laman Facebook mengenai isu ini.

Image via blogspot.com

Persoalannya, Adakah Kejadian Ini Berlaku Di Malaysia? Benarkah Mereka Melakukan Upacara Penyembahan Di Dalam Gereja Tersebut?

Benarkah pelajar-pelajar ini melakukan upacara penyambahan di dalam gereja tersebut?

Image via Facebook

Jawapannya TIDAK! Kejadian Ini Berlaku Di Indonesia Dan Mereka Merupakan Penuntut Dari Sebuah Fakulti Yang Hanya Melakukan Lawatan Ke Gereja Tersebut.

Hakikat sebenarnya, para gadis bertudung tersebut adalah penuntut Fakulti Ilmu Tarbiyah dan Keguruan dari IAIN Walisongo yang menyertai Pergerakan Mahasiswa Islam Indonesia (PMII) Abdurrahman Wahid.

sentiasapanas.com

Gambar tersebut diambil ketika mereka mengunjungi gereja Pastoran Kebon Dalem, Semarang, Indonesia, 31 Mei lalu dalam satu lawatan muhibah yang dianjurkan untuk lebih memahami fahaman dan Gereja Katolik.

mynewshub.my

Hal Ini Disahkan Melalui Sebuah Posting Dari Saudara Aloys Purnomo Dari Indonesia Di Laman Facebook Miliknya, BACA SINI:

Sebuah posting yang dimuat naik oleh Aloys Purnomo.

Image via Facebook

Dakwaan Mereka Melakukan Upacara Penyembahan Juga Tidak Benar. Malah, Para Pelajar Tersebut Turut Diberikan Kemudahan Untuk Menunaikan Solat Maghrib Di Gereja Berkenaan.

Image via Facebook

Para pelajar turut diberikan kemudahan untuk menunaikan solat Maghrib.

Image via Facebook

Para pelajar turut diberikan kemudahan untuk menunaikan solat Maghrib.

Image via Facebook

Kesimpulannya, Fitnah Yang Telah Disebarkan Ini Merupakan Satu Perbuatan Keji Dalam Islam. Harap Kita Semua Mendapat Pengajaran Daripada Insiden Ini Dan Tidak Mudah Percaya Dengan Apa Yang Disebarkan.

Image via Facebook

JUGA DI SAYS: 7 Pelajar UPM Dipaksa Lakukan Aksi Lucah Oleh Pelajar Senior

You may be interested in: