seismik

[GAMBAR] Dua Anggota Tentera Maut Dalam Nahas Kereta Perisai Terbalik

Dua parah manakala dua lagi maut selepas kereta perisai terbalik di Kuala Kangsar.

Cover image via blogspot.com

Pada Petang 3 Julai 2014, Dua Anggota Tentera Maut Manakala Dua Lagi Parah Selepas Kereta Perisai Dinaiki Mereka Terbabas Sebelum Terbalik Berhampiran Kuala Kangsar

Kereta perisai terbalik berhampiran Kuala Kangsar telah meragut dua nyawa anggota tentera.

Image via blogspot.com

Dua anggota tentera masing-masing berpangkat Sarjan dan Koperal maut manakala dua lagi parah apabila kereta perisai yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 232.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Kuala Kangsar pada 3 Julai 2014.

themalaysianinsider.com

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa, Sarjan Bayong Burma maut di tempat kejadian, sementara Koperal Che Mohd Fatanah Che Ismail, 31, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kangsar.

sinarharian.com.my

Dua Lagi Mangsa Yang Parah Berjaya Diselamatkan Pihak Bomba Dan Segera Dihantar Ke Hospital Kuala Kangsar Untuk Menerima Rawatan

Pemandu beserta seorang lagi anggota tentera berjaya diselamatkan.

Image via blogspot.com

Ketua Balai Bomba Kuala Kangsar Ismail Darus berkata, mereka berjaya menyelamatkan pemandunya, Leftenan Korporal Freaddy Barbalas, dan Koperal Sharifuddin Abdullah.

mstar.com.my

"Kedua-duanya telah dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan," katanya.

mstar.com.my

8 Anggota Bomba Dikejarkan Ke Tempat Kejadian Setelah Menerima Panggilan Kira-Kira 15 Minit Kemudian

Anggota bomba menerima panggilan kira-kira 15 minit selepas kejadian.

Image via blogspot.com

Ismail Darus berkata pihaknya menerima panggilan berhubung nahas itu, yang berlaku pukul 6.30 petang, kira-kira 15 minit kemudian dan lapan anggota dikejar ke tempat kejadian.

themalaysianinsider.com

"Setiba di tempat kejadian, kita dapati sebuah kereta perisai berada dalam keadaan terbalik dan ada mangsa tersepit. Kesemua mangsa dikeluarkan anggota tentera yang berkonvoi bersama-sama," katanya ketika dihubungi.

bernama.com

Kejadian Dipercayai Berlaku Apabila Pemandunya Hilang Kawalan Akibat Tayar Pecah Sebelum Terbabas Dan Merempuh Pembahagi Jalan Lalu Terbalik

Tayar pecah adalah punca pemandunya hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan dan terbalik.

Image via blogspot.com

Siasatan awal mendapati, kenderaan dipercayai dipandu Freaddy yang dalam perjalanan dari Kedah untuk menjalani latihan menembak di Negeri Sembilan itu, hilang kawalan akibat tayar pecah.

sinarharian.com.my

Ismail berkata kereta perisai itu dipercayai terbabas dan merempuh pembahagi lebuh raya sebelum terbalik.

bernama.com

Kes Masih Lagi Disiasat Di Bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Ghuzlan Salleh, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya masih menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

themalaysianinsider.com

Cerita Berkaitan Lain Di SAYS:

You may be interested in: