seismik

[GAMBAR] Ibu Tunggal 23 Tahun Potong Tangan Sendiri Sehingga Putus

Wanita berkenaan langsung tidak mengerang mahupun menjerit ketika melakukan perbuatan ngeri itu.

Cover image via kezoom.blogspot

AMARAN: KANDUNGAN GRAFIK

Pada 9 September 2014, Seorang Ibu Tunggal Bertindak Di Luar Dugaan Apabila Memotong Tangannya Dalam Satu Kejadian Di Kuala Berang, Terengganu

Seorang ibu tunggal bertindak di luar dugaan apabila memotong tangannya dalam kejadian di Kampung Durian Kasim, Ajil, Kuala Berang, Terengganu pada 9 Oktober 2014.

hmetro.com.my

Ketika Kejadian, Wanita Berusia 23 Tahun Berkenaan Memotong Pergelangan Tangan Kirinya Hingga Putus Menggunakan Tiga Pisau Pemotong Daging Tanpa Disedari Ahli Keluarganya Yang Lain

Image via mynewshub.cc

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, wanita berusia 23 tahun berkenaan memotong tangannya dalam bilik air menggunakan tiga pisau pemotong daging tanpa disedari ahli keluarganya.

hmetro.com.my

Wanita itu dikatakan memotong pergelangan tangan kiri hingga putus tanpa pengetahuan enam ahli keluarga yang ketika itu berada di rumah. Adik-beradik mangsa tidak menyedari kejadian itu kerana wanita berkenaan tidak mengerang, mahupun menjerit ketika melakukan perbuatan ngeri itu.

hmetro.com.my

Mengapa Wanita Itu Bertindak Sedemikian? Menurut Sumber, Wanita Tersebut Dipercayai Mengalami Gangguan Emosi Dan Mengambil Tiga Bilah Pisau Sebelum Terperap Di Dalam Bilik Air Bersendirian.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Durian Kasim, Kamaruddin Mamat, 53, berkata, mangsa dipercayai mengalami gangguan emosi dan mengambil tiga pisau pemotong daging sebelum terperap di dalam bilik air bersendirian.

hmetro.com.my
Image via kezoom.blogspot

“Wanita itu berbaju lengan panjang dan keluar rumah dalam keadaan berlumuran darah dan akhirnya rebah di pekarangan kediamannya. Adik mangsa yang kebetulan membaiki kereta di luar rumah ketika itu terkejut melihat kakaknya rebah di luar rumah dengan tangan kiri terputus."

hmetro.com.my

“Remaja lelaki itu segera memaklumkan kepada ahli keluarga sebelum mereka tergamam melihat pergelangan tangan kiri bersama tiga pisau daging masih berada di dalam bilik air rumah mereka,” katanya.

hmetro.com.my

Pihak Polis Bergegas Ke Lokasi Kejadian Sebaik Sahaja Dimaklumkan. Mangsa Dibawa Ahli Keluarga Ke Hospital Hulu Terengganu (HTT) Untuk Mendapatkan Rawatan Selanjutnya.

Kamaruddin berkata, ketika kejadian berlaku dia sedang bekerja tidak jauh dari rumah mangsa dan bergegas ke lokasi kejadian sebaik mendapat tahu daripada bapa saudara mangsa.

hmetro.com.my

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa bersama cebisan tangan kirinya sudahpun dibawa ahli keluarga ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) untuk rawatan selanjutnya.

hmetro.com.my

Mangsa Kemudiannya Dirujuk Ke Hospital Universiti Sains Malaysia Di Kelantan Untuk Berjumpa Pakar Perubatan

Sementara itu, jurucakap HHT berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima kes wanita berkenaan pada jam 11 pagi.

hmetro.com.my

Menurutnya, mangsa dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan untuk berjumpa pakar perubatan.

hmetro.com.my

JUGA DI SAYS: [GAMBAR] Lelaki 22 Tahun Putus Kaki Selepas Gagal Memotong Kereta

You may be interested in: