seismik

[GAMBAR] Lapan Anak Muda Malaysia Berjaya Jelajah Greenland Dalam Masa 27 Hari

Dengan hanya berjalan kaki dan menggunakan ski sambil mengheret ‘sledge‘ untuk membawa barangan keperluan, 8 anak muda ini akhirnya berjaya merentas Greenland selama hampir sebulan.

Cover image via akamaihd.net

Lapan Penjelajah Ekspedisi Kelab Eksplorasi 7 Benua (KE7B) Felda Greenland 2014 Berjaya Menamatkan Misi Penjelajahan Sejauh 540 Kilometer Selepas 27 Hari

8 anak muda Malaysia berjaya menamatkan ekspedisi merentas Greenland dalam masa 27 hari.

Image via Facebook KE7B

Penjelajahan sejauh 540 kilometer yang sepatutnya mengambil masa 30 hari berjaya ditamatkan dalam masa 27 hari. Biarpun pelbagai rintangan dan dugaan yang mereka tempuhi termasuk cabaran cuaca dibawah -38 darjah celsius, kesemua mereka telah berjaya sampai di Kangerlussuaq (Søndre Strømfjord), Greenland pada tengahari 24 Mei 2014.

feldavoice.com

Penjelajah perlu merentas Greenland sepanjang 540 kilometer.

Image via Facebook KE7B

Ekspedisi itu mencatat sejarah buat negara kerana mereka merupakan kumpulan pertama dari Asia Tenggara yang berjaya merentasi pulau terbesar dunia yang 80 peratus permukaannya diliputi ais itu direkodkan pada pukul 9.30 malam waktu Greenland (7.30 pagi Ahad di Malaysia).

therakyatpost.com

Ekspedisi Jelajah Dimulakan Di Hans Glacier, Ammassalik Pada 28 April 2014 Dan Berakhir Di Kangerlussuaq Pada 24 Mei 2014

Penjelajahan itu bermula 28 April lalu dari Hans Glacier, Ammasalik merentasi pulau berkenaan dan berakhir di Kangerlussuaq.

Image via yimg.com

Penjelajahan itu bermula 28 April lalu dari Hans Glacier, Ammasalik merentasi pulau berkenaan dengan berjalan kaki dan menggunakan ski sambil mengheret ‘sledge‘ untuk membawa barangan untuk kegunaan ekspedisi.

therakyatpost.com

Kesemua mereka hanya berjalan kaki dan menggunakan ski sambil mengheret ‘sledge‘ untuk membawa barangan untuk kegunaan ekspedisi.

Image via Facebook KE7B

Presiden KE7B Mengucapkan Tahniah Serta Meluahkan Rasa Syukur Kerana Segalanya Berjalan Dengan Lancar Dan Semua Berada Dalam Keadaan Selamat

Presiden KE7B, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau dikenali sebagai Qobin dalam kenyataan di sini berkata: "Syukur pada Allah kerana segala yang dirancang berjaya dengan izinNya dan semua kini berada dalam keadaan selamat."

mstar.com.my

Kesemua peserta ekspedisi KE7B Felda Greenland selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Image via Facebook KE7B

“Dengan kepercayaan dan pencapaian yang telah mereka lakukan, ianya dapat menyuntik semangat kepada KE7B untuk terus menyumbang dan memberi peluang dan ruang kepada rakyat Malaysia lainnya untuk berani menyahut cabaran-cabaran yang akan dilontarkan KE7B pada masa akan datang. Syabas dan tahniah kepada semua,” kata Muqharabbin.

feldavoice.com

Suhu di Greenland adalah kira-kira -38 darjah celsius sepanjang ekspedisi dilangsungkan.

Image via Facebook KE7B

Beliau berkata, semua penjelajah kini berada di Kangerlusuaq sehingga 30 Mei dan dijangka pulang ke Kuala Lumpur melalui London. Mereka dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 pagi, 3 Jun.

peraknews.com

Penasihat Ekspedisi KE7B FELDA Greenland, Datuk Akmar Hisyam Mokhles, Turut Tidak Melepaskan Peluang Menyatakan Rasa Bangga Terhadap Pencapaian Ini

Ini merupakan antara pencapaian terbesar KE7B.

Image via Facebook KE7B

“Kejayaan ekspedisi ini adalah satu lagi kejayaan manis buat negara kita dan lebih-lebih lagi kepada Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia. Tahniah saya ucapkan kepada 8 penjelajah kita yang berjaya menggalas tanggungjawab mereka dalam menyempurnakan misi yang sukar ini,” ujar Akmar kepada FeldaVoice.

feldavoice.com

Pancapaian ini membuktikan bahawa Malaysia mampu untuk bersaing di peringkat antarabangsa kerana mempunyai ramai anak muda yang berpotensi.

Image via Facebook KE7B

“Kini terbukti Malaysia tidak pernah kekurangan anak muda yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai ikon baru untuk menyemarakkan semangat anak-anak muda kita untuk melakukan aktiviti yang hebat untuk negara. Saya berharap kejayaan ini juga sedikit sebanyak dapat mengubat kekecewaan kita setelah gagal menjulang Piala Thomas semalam,” tambah Akmar lagi.

feldavoice.com

Anak-Anak Muda Di Bawah Ini Telah Mengharumkan Nama Malaysia Dengan Menjadi Kumpulan Pertama Dari Asia Tenggara Yang Berjaya Merentas Greenland, GAMBAR-GAMBAR:

Penjelajahan itu dibarisi ketua ekspedisi Yanizam Mohamad Supiah, 29; Muhamad Shaiful Hisyam Abd Aziz, 25; Mohd Akasyah Jamaludin, 25; Muhammad Irwan Yusuf Abdullah, 34; Muhammad Musaddiq Samsudin, 25; Muhd Hafizuddin Abdul Muthalib, 25 dan juga disempurnakan pasangan suami isteri Abdul Rahman Abu Hassan, 31, dan Tahirah Najmunisaa Muhammad Zaid, 25.

peraknews.com

Ketua ekspedisi Yanizam Mohamad Supiah, 29.

Image via Facebook KE7B

Muhamad Shaiful Hisyam Abd Aziz, 25.

Image via Facebook KE7B

Mohd Akasyah Jamaludin, 25.

Image via Facebook KE7B

Muhammad Irwan Yusuf Abdullah, 34.

Image via Facebook KE7B

Muhammad Musaddiq Samsudin, 25.

Image via Facebook KE7B

Muhd Hafizuddin Abdul Muthalib, 25.

Image via Facebook KE7B

Abdul Rahman Abu Hassan, 31.

Image via Facebook KE7B

Tahirah Najmunisaa Muhammad Zaid, 25.

Image via Facebook KE7B

Tahniah Diucapkan Kepada Penjelajah Dan Semua Pihak Yang Terlibat Dengan Ekspedisi Ini. Semoga Terus Sukses Di Masa Hadapan. Terima Kasih Kerana Telah Meletakkan Nama Malaysia Di Persada Antarabangsa.

KE7B adalah kumpulan pertama dari Asia Tenggara yang berjaya merentas Greenland.

Image via Facebook KE7B

Artikel Berkaitan Lain Di SAYS:

You may be interested in: