[GEMPAR] Kanak-Kanak Ditemui Mati Dalam Keadaan Menyedihkan
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan dua hingga lima tahun ditemui mati dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah tidak berpenghuni di Dungun, Terengganu.
Ibu Kanak-Kanak 2 Tahun Yang Dibunuh Kejam Mengaku Membuat Laporan Palsu
Ibu mangsa ditahan selepas mengaku dipaksa oleh teman lelakinya supaya membuat laporan kehilangan Nursyafiqah pada Sabtu lalu ketika disoal siasat.
bharian.com.mySemua suspek direman tujuh hari bermula semalam untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
bharian.com.mySeorang Kanak-Kanak Perempuan Berusia Dalam Lingkungan Dua Hingga Lima Tahun Ditemui Mati Di Sebuah Rumah Tidak Berpenghuni Di Dungun, Terengganu
Seorang kanak-kanak perempuan bernama Nursyafiqah Abdullah berusia dalam lingkungan dua hingga lima tahun ditemui mati dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah tidak berpenghuni di Taman Permint, Seri Paka Fasa Dua di sini, jam 3.20 petang tadi.
bharian.com.myMayat Mangsa Ditemui Seorang Pengawal Keselamatan Yang Membuat Rondaan Di Kawasan Perumahan Itu
Bau busuk dari sebuah rumah kosong membawa kepada penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan ini oleh pengawal keselamatan yang membuat rondaan di kawasan perumahan itu.
hmetro.com.myMenurutnya, mayat mangsa ditemui jam 3.20 petang selepas terhidu bau busuk dari rumah itu.
hmetro.com.myMenurut Pengawal Keselamatan Itu, Mayat Kanak-Kanak Berkenaan Dijumpai Separuh Bogel Dan Berlumuran Darah
Sumber berkata, ketika ditemui di dalam tandas rumah kosong itu, sekitar mayat mangsa dipenuhi darah dan separuh bogel dengan pakaiannya tersingkap hingga ke paras dada.
hmetro.com.myDengan Keadaan Mayat Yang Kembung Dan Busuk, Mangsa Dipercayai Mati Antara Dua Hingga Tiga Hari Lalu
“Berdasarkan keadaan mayat yang sudah kembung dan berbau busuk, mangsa dipercayai mati antara dua hingga tiga hari lalu dan polis turut mengambil kira kemungkinan mangsa dibunuh,” katanya pengawal keselamatan itu.
hmetro.com.myTerkejut Melihat Mayat Kanak-Kanak Perempuan Itu, Pengawal Keselamatan Terbabit Segera Memaklumkan Kepada Majikannya
Sumber itu berkata, terkejut melihat mayat kanak-kanak perempuan itu yang berlumuran darah, pengawal keselamatan terbabit segera memaklumkan kepada majikannya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Paka dekat sini.
hmetro.com.myKetua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaakob mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
bharian.com.myMenurutnya, mayat kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Paka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
hmetro.com.myDifahamkan Tiga Hari Lalu, Seorang Wanita Yang Dipercayai Ibu Kepada Kanak-Kanak Itu Telah Melaporkan Kehilangan Anak Perempuannya Di Balai Polis
Tiga hari lalu, seorang wanita telah melaporkan anaknya yang berusia dua tahun hilang ketika ditinggalkan di dalam kereta di Medan Ikan Bakar Paka.
terengganutoday.com"Wanita itu mengatakan yang dia pergi berjumpa seorang rakannya di medan ikan bakar tersebut selama limit dan selepas kembali ke kereta, dia mendapati anaknya telah hilang".
terengganutoday.comKini, Ibu Kanak-Kanak Terbabit Telah Ditahan Polis Bersama Empat Lagi Suspek
Selain ibu mangsa berusia 25 tahun, teman lelakinya serta dua rakan lelaki itu turut ditahan reman selama tujuh hari.
bharian.com.myTeman lelaki ibu mangsa ditahan di tempat awam di Paka dalam keadaan khayal di bawah pengaruh dadah, kira-kira dua jam sebelum mayat dijumpai.
bharian.com.myBeliau berkata, ibu mangsa pula yang turut dipercayai terbabit kegiatan penagihan dadah ditahan jam 10.30 malam semalam.
bharian.com.my