[GAMBAR] Nyawa Pekerja Terkorban Selepas Dihempap Kren Di Genting Highlands
Sebuah kren terbalik ketika sedang mengangkat besi menyebabkan kematian seorang buruh warga asing pada 29 September 2014.
Satu Kejadian Buruk Telah Berlaku Di Genting Highlands Pada 29 September 2014 Di Mana Sebuah Kren Pengangkut Besi Tumbang Di Tapak Pembinaan Meragut Nyawa Seorang Pekerja
Seorang buruh warga asing maut apabila kren yang mengangkut besi perancah terbalik di tapak pembinaan di Genting Highlands, pada petang Isnin, 29 September 2014.
mstar.com.myKejadian Ini Telah Disahkan Oleh Construction Industry Development Board Malaysia (CIDB) Melalui Akaun Twitter. Menurut Tweet Syarikat, Pekerja Terbabit Maut Kerana Dihempap Besi 'Scaffolding'.
Menurut Twitter Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, sebuah kren yang sedang beroperasi di tapak pembinaan hotel dan taman tema itu sedang mengangkat alatan 'scaffolding' dan terbalik.
mstar.com.my"Besi 'scaffolding' menimpa pekerja binaan yang maut," tulis CIDB di laman Twitternya.
mstar.com.myMangsa Yang Maut Dikenali Sebagai Shonah Ahmad Zafar Dari Myanmar. Semasa Kejadian, Kren Berkenaan Dikendalikan Oleh Seorang Warga Tempatan Yang Kompeten Serta Memiliki Kad Hijau Yang Sah.
Warga asing yang mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan itu dikenali sebagai Shonah Ahmad Zafar. Mangsa yang berada pada kedudukan berhampiran jentera berat itu maut akibat kejadian itu.
mstar.com.myKetika kejadian, kren itu dikendalikan warga tempatan yang kompeten dan berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta memiliki kad hijau.
mstar.com.myDalam Pada Itu, CIDB Juga Memberi Kenyataan Bahawa Kontraktor Sampingan Yang Terlibat Dengan Insiden Ini Adalah Tidak Sah Kerana Disyaki Tidak Berdaftar Dengan CIDB
Insiden Ini Turut Mendapat Perhatian Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof. Menerusi Twitter, Beliau Telah Mengarahkan Siasatan Lanjut Dijalankan Untuk Mengenal Pasti Punca Sebenar Kejadian.
"Manakala Siasatan CIDB lebih kepada kawal selia ke atas kontraktor sama ada berdaftar atau tidak termasuk lah sama ada pekerja dan SUB kontraktor berdaftar dengan CIDB. Jika tidak tindakan boleh diambil," kata Datuk Fadillah Yusof.
wartadaily.comSementara itu, polis pihak berkuasa ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah menerima laporan dan masih menjalankan siasatan kejadian itu.
mstar.com.my