[GAMBAR] Objek "Jijik" Dalam Kotak Minuman Dutch Lady Dijumpai
Apa sebenarnya 'objek' pelik yang dijumpai seorang pelanggan dalam kotak susu Dutch Lady pada 5 Mei lalu?
[TERKINI] Keterangan Rasmi Dutch Lady Mengenai Objek Yang Dijumpai Dalam Kotak Susu
Dalam Kenyataan Rasmi, Dutch Lady Malaysia Segera Menghubungi Nazlinda Mashtuki Dan Akhirnya Mendapatkan Sampel Objek Tersebut Pada 16 Mei 2014
Pihak Dutch Lady Menasihatkan Para Pengguna Agar Tidak Membiarkan Produk Minuman Susu Selama Lebih 3 Hari Selepas Dibuka
Mereka Turut Menekankan Bahawa Aspek Kesihatan Dan Keselamatan Pengguna Merupakan Keutamaan Dalam Perniagaan Mereka
5 Mei: Lima Keping Gambar Susu Dutch Lady Dengan Objek "Jijik" Telah Dimuat Naik Seorang Netizen, Nazlinda Mashtuki Di Laman FB
Seorang pengguna Facebook ‘Nazlinda Mashtuki’ telah memuatnaik lima keping gambar Susu Dutch Lady yang didakwanya mengandungi bendasing yang tidak sepatutnya ada.
terengganutoday.comDari gambar, dapat dilihat didalam kotak minuman tersebut ada benda yang kenyal tetapi telah mengeras.
terengganutoday.comSusu Kotak Dutch Lady Yang Dibeli Belum Lagi Sampai Tarikh Luput Seperti Yang Tertera Pada Kotak
Jika dilihat pada kotak minuman itu, tarikh luputnya 1 Jun 2014. Gambar pula disebarkan semenjak 5 Mei dan telah mendapat hampir 20,000 share dari facebook Nazlinda Mashtuki.
terengganutoday.comNazlinda, Sebagai Salah Seorang Pengguna Setia Produk Dutch Lady Sangat Terkejut Dengan Objek Pelik Yang Dijumpainya Dalam Kotak Susu Berkenaan
Menurut Nazlinda, sudah menjadi kemestiannya setiap bulan membeli 4-5 susu kotak Dutch Lady untuk keluarga kerana dia yakin kandungan susu itu yang berkhasiat. Susu yang dibeli itu pula disimpan dalam peti sejuk.
terengganutoday.comNamun, perkara yang tidak disangka pula terjadi apabila salah satu kotak susu yang dibelinya itu mengandungi bendasing yang sangat meloyakan.
terengganutoday.comBeliau Memuat Naik Gambar-Gambar Tersebut Setelah Gagal Menghubungi Pihak Dutch Lady Sebanyak Dua Kali Dalam Masa Dua Hari Berturut-Turut
Nazlinda telah menghubungi pihak Dutch Lady untuk membuat aduan, namun tidak diendahkan sangat. Jadi, jalan terakhir, dia menghebahkan perkara itu di Facebook.
terengganutoday.comAda Yang Menasihatkan Nazlinda Bahawa Susu Kotak Mesti Dihabiskan Dalam Masa 2-3 Hari Dan Tidak Sepatutnya Disimpan Sehingga 4-5 Hari
Dutch Lady Malaysia Akhirnya Memberi Tindak Balas Terhadap Isu Ini Dengan Memuat Naik Sebuah Status Pada Laman FB Mereka 3 Hari Kemudian
Walau Bagaimanapun, Status Itu Dianggap Masih Tidak Merungkai Segala Teka-Teki Netizen Mengenai Kewujudan Objek Pelik Terbabit
Menurut Dutch Lady Malaysia, Objek Pelik Tersebut "Kelihatan Sama Seperti Mineral Yang Telah Menjadi Pepejal. Ini Tidak Berbahaya Dan Terhasil Dari Kotak Susu Rosak Atau Penyimpanan Yang Tidak Betul"