seismik

[GAMBAR] Pasangan Cina Pilih Konsep Perkahwinan Melayu Tradisional

Terserlah kebahagiaan dan keharmonian hidup masyarakat majmuk dalam majlis ini. Memang ini yang rakyat Malaysia mahukan.

Cover image via Astro Awani

Sepasang Pengantin Cina, Soo Sheng Leng Dan Goh Sok Chin Membuat Kejutan Apabila Tampil Dengan Konsep Perkahwinan Melayu Tradisional Dalam Sebuah Majlis Di Alor Setar, Kedah Pada 30 November 2014

Pasangan pengantin, Soo Sheng Leng dan Goh Sok Chin bergambar bersama para tetamu dan ahli keluarga.

Image via The Star

Pasangan pengantin Tionghua mencetuskan kejutan manis di kalangan penduduk Kampung Alor Rambai, Kepala Batas apabila mereka memilih konsep perkahwinan Melayu bagi meraikan saat-saat bahagia mereka.

Soo Sheng Leng, 28, begitu segak mengenakan baju Melayu bersamping dan songkok, sementara isterinya Goh Sok Chin, 27, cukup menawan dengan kebaya Kedah.

astroawani.com

Majlis Perkahwinan Indah Itu Dihadiri Kira-Kira 3,000 Orang Tetamu Dari Kalangan Saudara Mara, Rakan-Rakan Dan Juga Jiran Tetanggga

Kedua-duanya yang langsung tidak menampakkan rasa kekok, menyerikan lagi majlis perkahwinan berkonsepkan gotong-royong masyarakat Melayu.

Kira-kira 3,000 saudara mara, rakan dan jiran meraikan pengantin.

astroawani.com

Menurut Bapa Kepada Pengantin Lelaki, Majlis Berkonsepkan Melayu Tradisional Ini Memang Sudah Lama Dirancang Dan Telah Pun Mendapat Persetujuan Daripada Semua Pihak

Soo Lian Heng (kanan) bersama isterinya (kiri) dan pasangan pengantin.

Image via Siakap Keli

Soo Lian Heng, 58, bapa kepada pengantin lelaki berkata majlis perkahwinan anaknya yang berkonsepkan adat Melayu telah lama dirancang bersama keluarga dalam usaha merapatkan lagi hubungan keluarganya bersama penduduk kampung yang terdiri daripada kaum Melayu.

Pemilik kedai runcit itu berkata rancangan itu diterima baik oleh keluarganya dan keluarga pengantin perempuan, rakan serta jiran.

"Saya berterima kasih kepada rakan dan jiran bagi sokongan kepada saya. Tanpa sokongan mereka kenduri kampung ini tak akan berjaya," katanya.

astroawani.com

Pasangan Mempelai Ternyata Teruja Dan Berbangga Kerana Dapat Berkongsi Kegembiraan Sambil Menyifatkan Majlis Ini Sebagai Antara Kenangan Paling Manis Dalam Hidup Mereka

Image via Siakap Keli

Pengantin lelaki Soo, pekerja sebuah syarikat swasta di Kulim itu berkata pada mulanya dia agak terkejut dengan rancangan bapanya itu namun tidak membantah.

"Saya amat bangga sebagai rakyat Malaysia. Saya dapat berkongsi kegembiraan ini bersama isteri, keluarga dan penduduk kampung," katanya.

Manakala pengantin perempuan pula, bercakap mengenai baju kebaya Kedah yang dipakainya, Goh berkata, "Saya sangat teruja dan ini kenangan manis dalam hidup saya dan suami. Pengalaman ini akan diingat sampai bila-bila," kata pekerja syarikat swasta di Kulim itu.

astroawani.com

Penduduk Kampung Juga Didapati Terkejut Kerana Majlis Seperti Itu Tidak Pernah Diadakan Sebelum Ini

Penduduk kampung, Suraya Mat Lazim, 44, berkata dia agak terkejut apabila Soo menjemputnya sekeluarga menghadiri majlis kenduri kahwin konsep Melayu.

Menurutnya, majlis seumpama ini pertama kali diadakan oleh masyarakat Tionghua di kampungnya. Katanya lagi, sebagai jiran dia turut membantu keluarga tersebut pada majlis itu.

Melihatkan Pada Reaksi Orang Ramai, Jelas Sekali Amalan Seperti Ini Mendapat Pujian Dan Sangat Dituntut Oleh Semua Lapisan Kaum Yang Hidup Saling Bergantung Antara Satu Sama Lain

Image via SAYS.com
Image via SAYS.com
Image via SAYS.com

Bercakap Mengenai Perkahwinan, Pasangan Pengantin Baru Selepas Ini Perlu Menghadiri Bukan Sahaja Kursus Pra Perkahwinan, Tetapi Mungkin Ditambah Dengan Kursus SMARTSTART Dan Juga Kursus Pasca Perkahwinan

Leave a comment