seismik

[GAMBAR] Penghantar Piza Cedera Motor 'Tersangkut' Atas Kereta

Belum sempat sampai ke destinasi, penghantar piza melambung setelah bertembung dengan dua buah kereta.

Cover image via Daily Traffic Report

Pada 3 Jun 2014, Seorang Lelaki Penghantar Piza Terlibat Dalam Kemalangan Dengan Dua Buah Kereta Yang Menyebabkan Motosikalnya Tersangkut Atas Kereta

Seorang lelaki penghantar piza cedera di kepala dan kaki apabila motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Raja Uda, Butterworth pada 3 Jun 2014.

sinarharian.com.my

Kemalangan pada jam 1.04 tengah hari itu membabitkan tiga kenderaan iaitu kereta Perodua Kancil dan Myvi serta motosikal ditunggang mangsa yang berusia 20-an itu.

hmetro.com.my

Seorang Saksi Berkata Mangsa Tidak Sempat Mengelak Perlanggaran Dua Buah Kereta Dihadapannya Lalu Bertembung Dengan Kuat Sehingga Mengakibatkan Motosikalnya Melambung Dan Tersangkut Di Atas Bumbung Kereta

Menurut saksi, ketika kejadian mangsa dikatakan berada di belakang dua kenderaan berkenaan, namun pemandu Perodua Myvi itu dikatakan melanggar belakang Perodua Kancil terbabit menyebabkan mangsa gagal mengelak.

hmetro.com.my

Motosikal itu yang berada di belakang Perodua Myvi, gagal mengelak lalu merempuh sisi kanan kereta itu. Akibat rempuhan yang kuat, motosikal berkenaan melambung hingga melepasi bumbung kereta.

bharian.com.my

“Bagaimanapun, kotak mengisi makanan di belakang motosikal itu tersangkut pada bumbung Perodua Myvi yang menyebabkan motosikal itu tergantung pada sisi kereta. Penunggang motosikal turut tergantung kerana tersangkut pada motosikalnya sebelum diturunkan oleh orang awam,” kata saksi.

bharian.com.my

Mangsa Walau Bagaimanapun Dilaporkan Stabil Dan Dirawat Di Hospital Berdekatan

Mangsa, Azmi Abd Ghani, 25 dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk mendapatkan rawatan dan keadaannya dilapor stabil.

malaysianreview.com

JUGA DI SAYS: Pelajar Rempuh Lori Dengan Lamborghini Gallardo Bernilai RM1.2 Juta

You may be interested in: