[GAMBAR] Penyokong Tunjuk Samseng Cemar Imej Bola Sepak Malaysia. Apa Nak Jadi?
Perlawanan yang nampak seperti tidak menimbulkan apa-apa masalah tiba-tiba kecoh dengan tindakan segelintir peminat Malaysia yang tunjuk samseng.
[TERKINI] Seorang Lagi Samseng Stadium Shah Alam Didakwa
Seorang lelaki hari ini (23 Disember 2014) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas tuduhan merusuh semasa perlawanan bola sepak separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Shah Alam pada 7 Dis lepas.
Tertuduh, Muhamad Izzat Mohd Khir, 25, yang bekerja sebagai pembantu jualan di Senawang, Negeri Sembilan, didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Rustam Sanip Memohon Supaya Mahkamah Menetapkan Jaminan Sebanyak RM8,000 Terhadap Tertuduh Dengan Seorang Penjamin
Peguam Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan berikutan anak guamnya itu berpendapatan rendah dan masih tinggal bersama ibunya.
Majistret Norshakinah Ahmad Kamarudin kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,800 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Jan depan untuk sebutan semula kes.
Norshakinah turut memerintahkan Muhamad Izzat melapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran.
12 Disember: Samseng Stadium Shah Alam Ditahan Polis Dan Direman Lima Hari
Sembilan lelaki yang dipercayai terlibat dalam kekecohan di Stadium Shah Alam pada 7 Disember lalu ditahan reman selama lima hari bermula hari ini (18 Disember 2014).
Mereka yang berumur antara 20 hingga 30 tahun ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
“Lima daripadanya diberkas di Johor, manakala masing-masing dua di Kuala Lumpur dan Selangor dengan tujuh daripadanya ditahan di dalam premis serta dua lagi di kawasan terbuka. Jika perlu, kita juga akan membuat permohonan supaya tahanan reman ke atas kesemua mereka disambung,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah.
suarainsan.netBagaimanapun, Lima Daripada Mereka Mengaku Tidak Bersalah
Seramai lima individu mengaku tidak bersalah atas kesalahan merusuh sehingga mendatangkan kecederaan terhadap seorang penyokong Vietnam di Stadium Shah Alam pada 7 Disember lalu.
Majisteret, Ellyana Razali kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 22 Januari depan. Kesemua tertuduh turut dibenar ikat jamin RM2,800 setiap seorang dengan seorang penjamin.
Sementara Itu, Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin Menyarankan Dua Langkah Diambil Bagi Mengekang Isu Kekecohan Oleh Samseng Bola Sepak Terutama Dalam Perlawanan Penting
Tegasnya, antara dua langkah boleh diambil termasuk pengharaman ke atas penyokong yang mempunyai rekod kesalahan lampau daripada memasuki stadium, selain ketegasan polis dalam mengambil tindakan undang-undang terhadap golongan itu.
Langkah itu, katanya, perlu segera diambil bagi memulihkan semula maruah serta imej negara yang kini sudah tercemar.
Tambah Khairy, menerusi siasatan pantas dan rapi oleh polis, menunjukkan kepada Vietnam bahawa Malaysia memandang serius perkara membabitkan masalah samseng bola sepak ini.
"Kita Perlu Pulihkan Semula Maruah Kita. Ada Pihak Yang Membuat Kesimpulan Bahawa Ini Adalah Budaya Orang Malaysia Pada Hal Hanya Segelintir Sahaja," Kata KJ.
Dia turut menambah pihak polis harus lebih tegas mengambil tindakan undang-undang terhadap golongan itu.
"Insiden seperti yang berlaku di Stadium Shah Alam sudah banyak mencemar reputasi negara di peringkat Asia Tenggara. Malahan menerusi beberapa komen di laman sosial, ada pihak yang membuat kesimpulan bahawa ini (budaya samseng) adalah budaya orang Malaysia pada hal hanya segelintir sahaja.
"Kita perlu pulihkan semula maruah kita dan saya harap menerusi siasatan cepat dan rapi oleh pihak polis, kita dapat tunjuk kepada pihak Vietnam bahawa kita ambil serius perkara ini," tegas Khairy.
9 Disember: Polis Buru 12 Suspek Tunjuk Samseng Di Stadium Shah Alam
Polis Selangor sedang mengesan 12 individu bagi membantu siasatan berhubung insiden keganasan semasa perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Shah Alam tempoh hari.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd. Adnan Abdullah berkata, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Sementara Itu, Dalam Kenyataan Rasmi Terbaru, Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin Menyatakan Kekesalannya Terhadap Tindakan Segelintir Penyokong Yang Merusuh Serta Memohon Maaf Kepada Pihak Vietnam
Kekecohan Yang Berlaku Pada Malam Itu Sempat Dirakam Dan Dimuat Naik Di YouTube Untuk Tatapan Orang Ramai. LIHAT DI SINI:
Sebelum Ini, Pihak Polis Dilapor Berjaya Menahan Seorang Lelaki Ekoran Insiden Gaduh Di Stadium Shah Alam
Polis menahan seorang lelaki berumur 20-an susulan insiden kekecohan semasa perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 di antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Shah Alam tempoh hari.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata lelaki itu dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Shah Alam bagi tujuan soal siasat dan dibebaskan beberapa jam kemudian dengan jaminan polis.
"Seorang penyokong pasukan Vietnam cedera dalam pergaduhan antara kedua-dua penyokong ketika perlawanan memasuki minit ke-85, tetapi hasil tindakan pantas polis insiden berkenaan berjaya dileraikan," kata Azisman.
Dalam Masa Yang Sama, Orang Ramai Mula Menyebarkan Gambar Salah Seorang Suspek Di Laman Sosial Yang Dikenali Dengan Nama Daniel Akmal
Dalam Pada Orang Ramai Menyebarkan Gambar Tersebut, Lelaki Itu Nampaknya Kini Mempunyai 'Fan Page' Sendiri Di Facebook Yang Kini Telah Pun Mencecah Lebih 13,000 Likes Dalam Masa Dua Hari
Kami Tidak Pasti Siapakah Yang Menguruskan Laman Tersebut Tetapi Daripada 'Posting' Yang Dibuat, Kebanyakannya Didapati Berbaur Kebencian Dan Caci Maki. KLIK PADA GAMBAR:
Selain Itu, Daniel Akmal Turut Mendedahkan Identiti Seorang Lagi Suspek, Emy Ramli Yang Juga Disyaki Terlibat Dalam Pergaduhan Pada Malam Perlawanan
Susulan Respon Yang Diberi Oleh JOHOR Southern Tigers Berkenaan Ideologi 'Hooligans' Dan Pengharaman Gerakan Inter Johor Firms (IJF), Akhirnya IJF Akur Dengan Keputusan Yang Dibuat Dan Bersedia Untuk Dibubarkan
Drama Tidak Hanya Berakhir Di Situ. Terbaru, Laman Web Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), fam.org.my Pula Digodam Oleh Penggodam Dari Vietnam.
Penggodam telah menukar muka depan laman web tersebut dengan ayat bahasa Vietnam yang antaranya bermaksud ‘mereka bermain dengan sangat teruk’ selain ayat bahasa Inggeris berbunyi ‘bad play fans Malaysia’.
mynewshub.ccMenerusi Kenyataan Di Facebook, FAM Menjelaskan Laman Mereka Sememangnya Telah Diceroboh. FAM Juga Sempat Memohon Maaf Kepada Penyokong Vietnam Ekoran Insiden Gaduh Yang Tercetus.
Pada 7 Disember 2014, Jutaan Penonton Menyaksikan Perlawanan Separuh Akhir Pertama AFF Suzuki Cup Di Antara Malaysia Menentang Vietnam Yang Diadakan Di Stadium Shah Alam, Selangor
Seawal Minit Ke-13, Kapten Pasukan Malaysia, Safiq Rahim Meletakkan Malaysia Di Hadapan Dengan Menyempurnakan Sepakan Penalti Dengan Tenang
Atas Kegoyahan Barisan Pertahanan, Malaysia Dikejutkan Dengan Jaringan Penyamaan Pasukan Vietnam Oleh Vo Huy Toan Pada Minit Ke-32 Selepas Beliau Berjaya Mengutip Bola Muntah Yang Ditepis Oleh Penjaga Gol Malaysia, Apek
Separuh Masa Kedua Sekali Lagi Menampakkan Kebijaksanaan Jentera Serangan Pasukan Vietnam Apabila Van Quyet Nguyen Bijak Mengambil Peluang Dengan Menjaringkan Gol Kedua Pada Minit Ke-60
Pasukan Malaysia Pada Masa Ini Ketinggalan Dengan Dua Gol Berbalas Satu Ketika Perlawanan Masih Berbaki 30 Minit
Sedang Perlawanan Berlangsung, Tiba-Tiba Segelintir Penyokong Malaysia Tunjuk Samseng Dengan Menyerbu Kawasan Penyokong Vietnam Lalu Menyerang Mereka Tanpa Sebab
Tindakan Tersebut Mencetus Kekecohan, Huru-Hara Serta Adegan Pukul-Memukul Sehingga Pihak Polis Perlu Masuk Campur Untuk Menenangkan Keadaan Dan Meleraikan Rusuhan
Pergaduhan Terbabit Menyebabkan Beberapa Penyokong Vietnam Mengalami Kecederaan Sehingga Berdarah. Ada Juga Di Antara Mereka Yang Menangis Mengenangkan Nasib Mereka Yang Langsung Tidak Bersalah.
Kejadian Berkenaan Mendapat Perhatian Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin. Menurutnya, Perbuatan Segelintir Individu Tidak Bertanggungjawab Itu Perlu Dihadapkan Ke Muka Pengadilan Secepat Mungkin.
Dalam Masa Yang Sama, Pihak Harimau Malaya Memohon Pihak Polis Untuk Mengambil Tindakan Terhadap Mereka Yang Mencetuskan Kekecohan Tersebut
Sementara Itu Juga, Facebook JOHOR Southern Tigers Turut Mengutuk Sekeras-Kerasnya Ideologi 'Hooligans' Atau Golongan Pelampau Yang Sering Bergaduh Dan Mencemarkan Imej Bola Sepak Negara
Atas Semangat Kesukanan Yang Tinggi, Pihak Harimau Malaya Mewakili Seluruh Rakyat Melaysia Memohon Maaf Di Atas Insiden Buruk Yang Berlaku. Ternyata, Perbuatan Sedemikian Hanya Dilakukan Oleh Beberapa Individu Yang Tidak Bertamadun.
Diharap Penyokong Pasukan Malaysia Dapat Menjadikan Insiden Ini Sebagai Iktibar Di Masa Depan. Bukankah Lebih Elok Jika Kita Semaikan Budaya Hormat-Menghormati Antara Satu Sama Lain Tanpa Bermusuhan?
Suasana Sekitar Perlawanan Separuh Akhir Pertama AFF Suzuki Cup Di Stadium Shah Alam: