seismik

[GAMBAR] Siapa Sangka Jadi 'Mayat' Pun Boleh Dapat RM4,000 Sehari

Chuck Lamb berkata lebam di bawah mata, kulit pucat dan kepala botak menjadikan dia individu paling sempurna untuk memainkan watak mayat atau zombi.

Cover image via segiempat.com

Chuck Lamb, Seorang Pekerja Bidang Teknologi Maklumat Membuat Keputusan Untuk Menukar Kerjayanya Kepada 'Mayat'

Chuck Lamb menukar profesion daripada seorang pakar IT kepada 'mayat'.

Image via dailymail.co.uk

Kerjaya sebagai pekerja teknologi maklumat ternyata tidak cukup untuk membawa kepuasan kepada seorang lelaki sehinggalah dia menukar kerjaya menjadi ‘mayat'.

hmetro.com.my

Keputusannya Itu Ternyata Membuahkan Hasil Apabila Pendapatannya Kini Sangat Lumayan Sehingga Mencecah Kira-Kira RM4,828 Sehari

Antara adegan yang dilakonkan Chuck Lamb.

Image via popfi.com

Chuck Lamb, 56, memperoleh sehingga AS$1,500 (RM4,828) sehari kerana melakonkan watak mayat dalam beberapa rancangan televisyen dan filem.

kualalumpurpost.net

Antara adegan yang dilakonkan Chuck Lamb.

Image via dailymail.co.uk

Sebelum ini Lamb pernah muncul dalam siri televisyen seperti Jury dan filem Horrorween dan Kentucky Fried Horror.

hmetro.com.my

"Saya Fikir, 'Bukankah Sesuatu Yang Menarik Untuk Muncul Di Kaca TV?'. Kemudian Saya Menyedari Bahawa Anda Tidak Perlukan Apa-Apa Bakat Untuk Menjadi Mayat," Kata Chuck Lamb.

Chuck Lamb bersama isterinya, Tonya.

Image via express.co.uk

Lamb mendapat idea kerjaya unik itu selepas menonton satu episod siri Law & Order: Special Victims Unit bersama isterinya Tonya.

kualalumpurpost.net

Chuck Lamb berkata dia gembira dapat melakonkan watak mayat.

Image via dailymail.co.uk

Lamb berkata, dia mengimpikan watak yang membolehkan dia muncul di televisyen seperti siri penyiasatan itu.

hmetro.com.my

Antara adegan yang dilakonkan Chuck Lamb.

Image via msn.com

“Ia semua bermula sebagai gurauan. Saya kemudian menyedari anda tidak perlukan sebarang bakat untuk menjadi mayat!” katanya.

kualalumpurpost.net

Dalam Kesemua Siri Televisyen Yang Melibatkan Dirinya, Dia Hanya Digelar Sebagai "Dead Body Guy" Di Dalam Kredit Dan Tidak Pernah Diberi Peranan Lain Selain Zombi Dan Mayat

Dengan rupa paras yang tidak seberapa, Chuck menggunakan sehabis baik apa yang Tuhan kurniakan.

Image via life.com.tw

"Saya tidak akan dipanggil untuk menjadi watak utama kerana rupa saya yang sebegini. Jadi saya fikir, lebih baik saya gunakan sehabis baik apa yang Tuhan telah kurniakan kepada saya."

irishmirror.ie

Chuck kini antara "regular" dalam melakonkan watak mayat atau zombi untuk siri televisyen di Eropah.

Image via dailymail.co.uk

"Apabila saya mula melakukan kerja ini, saya fikir, 'Saya benar-benar kelihatan seperti orang mati.' Saya pucat, saya botak, saya ada lebam di bawah mata dan saya sangat sesuai melakonkan watak zombi atau seorang lelaki yang mati," kata Chuck Lamb.

irishmirror.ie

JUGA DI SAYS: Benarkah UiTM Melarang Pelajar Lelakinya Beronani Di Asrama?

Leave a comment