[GAMBAR] Situasi 'Lockdown' Di Sekitar Sydney Setelah Diancam Pengganas
Bandar Sydney dikejutkan dengan ancaman lelaki bersenjata menahan kira-kira 40 orang tebusan di dalam sebuah kafe di Martin Place.
[TERKINI] Kes Tebusan Sydney Berakhir Dengan 3 Nyawa Terkorban
Polis New South Wales mengesahkan insiden tebusan di sebuah kafe di Sydney selama 17 jam berakhir awal pagi Selasa.
Pihak polis turut mengesahkan tiga terbunuh termasuk seorang lelaki bersenjata dalam krisis tebusan di sebuah kafe yang berakhir selepas satu serbuan dilakukan sekumpulan anggota polis.
Serbuan Sekitar 2.10 Pagi Waktu Tempatan Itu Menyebabkan Dua Tebusan, Ibu Kepada Tiga Anak, Katrina Dawson Dan Pengurus Lindt Cafe, Tori Johnson Terbunuh
Kedua-dua tebusan yang meninggal dunia dalam kemuncak pengepungan 17 jam di Lindt Cafe di Sydney ialah ibu kepada tiga anak, Katrina Dawson dan pengurus kafe, Tori Johnson.
Tori Johnson, 34, ditembak mati dalam satu pergelutan bersama lelaki bersenjata itu apabila dia dilapor cuba merampas senapang daripada lelaki terbabit.
Manakala Katrina Dawson, 38, yang mempunyai tiga anak di bawah usia 10 tahun, meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke hospital. Beliau adalah seorang peguam di Eight Selborne Chambers di Phillip Street Sydney, berhadapan dengan tempat kejadian.
Selain Itu, Enam Tebusan Dilaporkan Cedera Dan Kini Berada Dalam Keadaan Stabil
2. Seorang wanita berusia 52 tahun mengalami luka tembakan di kaki dan kini dalam keadaan yang stabil.
3. Seorang wanita berusia 43 tahun mengalami luka tembakan di kaki dan berada dalam keadaan yang stabil.
4. Dua wanita hamil berumur 35 dan 30, telah diperiksa untuk "tujuan kesihatan dan kebajikan" dan kini berada dalam keadaan stabil.
5. Seorang pegawai polis berusia 39 tahun, dipercayai seorang sarjan, mengalami luka kecil di muka selepas terkena pelet senapang. Beliau telah dirawat di hospital dan dibebaskan.
Inilah Dia Lelaki Bersenjata Yang Mencetuskan Panik Di Sekitar Bandar Sydney, Sheikh Man Haron Monis. Beliau Yang Turut Terbunuh Dipercayai Mempunyai Lebih 50 Tuduhan Sebelum Ini Termasuk Serangan Seksual.
Warga Iran, Sheik Man Haron Monis dijauhi masyarakat Islam kerana pemikirannya yang radikal. Ketika kejadian, beliau sedang berada dalam jaminan berhubung kes pembunuhan bekas isterinya.
Beliau pertama kali mendapat perhatian apabila beliau menulis surat berbaur kebencian kepada ahli keluarga tentera Australia yang telah terkorban di Afghanistan tujuh tahun lalu. Dia juga pernah didakwa dengan lebih 50 tuduhan termasuk beberapa serangan seksual, yang dilapor berlaku ketika beliau beroperasi sebagai "penyembuh rohani".
Monis kemudian dijatuhi hukuman 300 jam khidmat masyarakat dan diletakkan pada bon berkelakuan baik selama dua tahun pada September 2013.
Pada hari Jumaat lalu, rayuannya yang terkini berhubung penghantaran surat kepada ahli keluarga tentera Australia yang telah terkorban ditolak oleh Mahkamah Tinggi.
Sydney gunman identified as Man Haron Monis: http://t.co/bXOA91WTnF #sydneysiege https://t.co/UgQ3ruhLTl
— Sky News Australia (@SkyNewsAust) December 15, 2014
Pesuruhjaya Polis, Andrew Scipione Berkata Polis Terpaksa Menyerbu Kafe Itu Selepas Mendengar "Beberapa Bunyi Tembakan Dari Dalam"
Satu letupan dari dalam kafe tersebut telah didengari, diikuti dengan dentuman kuat kedua apabila tebusan ketujuh berlari ke dalam dakapan polis.
Polis membuka pintu dan menggunakan peluru hidup dan beberapa bom tangan. Tebusan ketujuh kemudian dibawa ke tempat selamat sebelum lebih tembakan meletus.
Andrew Scipione juga mengesahkan tiada bahan letupan ditemui di dalam bangunan seperti yang didakwa sebelum ini.
The Sydney siege ends in dramatic fashion - this is how it unfolded. https://t.co/RkcUfnUVZU
— Sky News Australia (@SkyNewsAust) December 15, 2014
Perdana Menteri Australia, Tony Abbott Dalam Ucapannya Memuji Barisan Polis Dan Keselamatan Dalam Meleraikan Konflik Setelah Berlarutan Selama 17 Jam
Perdana Menteri, Tony Abbott memuji pihak polis dan perkhidmatan kecemasan untuk tindakan mereka dan menyampaikan simpati beliau kepada rakan-rakan dan ahli keluarga mereka yang terlibat dalam tragedi ini.
Beliau menyifatkan dua tebusan terbunuh dalam peristiwa ngeri ini sebagai "warga Australia yang tidak bersalah".
"Tidak ada yang menjadikan kita lebih "Australia" daripada menikmati kopi di waktu pagi."
"Peristiwa sebegini menunjukkan bahawa mana-mana negara yang bebas, yang terbuka, murah hati dan selamat seperti Australia juga terdedah kepada tindakan keganasan bermotifkan politik. Tetapi kita sudah bersedia untuk berurusan dengan orang-orang ini, secara profesional dan dengan kuasa penuh undang-undang," ujar Tony Abbott.
Warga Australia Dan Seluruh Dunia Kini Berada Dalam Kesedihan Susulan Insiden Berkenaan. Ribuan Rakyat Sydney Memberi Penghormatan Dengan Meletakkan Jambakan Bunga Di Martin Place.
Martin Place - Thousands lay flowers for the victims of the #Sydneysiege https://t.co/wBkwJ47a5N (@dan_murphy)
— Sky News Australia (@SkyNewsAust) December 16, 2014
Prime Minister @TonyAbbottMHR and his wife Margie arrive at Martin Place to lay flowers. pic.twitter.com/l7xMLNv1Bj (@dan_murphy)
— Sky News Australia (@SkyNewsAust) December 16, 2014
Jelas Terpancar Kesedihan Pada Wajah Setiap Warga Sydney Yang Hadir Memberi Penghormatan. KLIK PADA GAMBAR:
15 Disember 2014: Sekumpulan Tawanan Dilaporkan Ditahan Oleh Sekumpulan Penculik Bersenjata Dalam Satu Insiden Yang Berlaku Di Sebuah Kafe Di Sydney Sejak Pagi Isnin
Kafe Terbabit, Lindt Chocolat Cafe Terletak Di Martin Place, Sebuah Kawasan Perniagaan Yang Sibuk Di Bandar Sydney, Australia
Menurut Sumber, Anggaran Tebusan Yang Ditahan Di Dalam Kafe Tersebut Adalah Tidak Kurang Daripada 20 Orang Malah Mampu Mencecah Sehingga 40 Orang
Mereka Juga Dilihat Dipaksa Untuk Memegang Bendera Syahadah Milik Kumpulan Pelampau Jabhat Al-Nusra, Yang Kini Menentang Kerajaan Assad Di Syria
Kejadian Bermula Apabila Seorang Lelaki Yang Memakai Ikat Kepala Dengan Bahasa Arab Berjalan Masuk Ke Kafe Berkenaan Lalu Mengeluarkan Senapang Daripada Sebuah Beg Di Sekitar Jam 9.45 Pagi
Penculik Bersenjata Itu Berkata Mereka "Mahu Bercakap Dengan Perdana Menteri" Sambil Mendakwa Mereka Mempunyai "Beberapa Ledakan Di Seluruh Bandar", Lapor Ray Hadley Dari Radio 2GB
Terdapat Dakwaan Mengatakan Mereka Juga Bersenjatakan Parang Dan Mungkin Membawa Bahan Letupan
Susulan Laporan Terbabit, Ribuan Pekerja Di Sekitar Bandar Sydney Dibenarkan Untuk Pulang Awal Dan Beberapa Bangunan Utama Dikosongkan
Ini Termasuk Opera House, Perpustakaan Negeri, Channel Seven, Pejabat Eksekutif Parlimen NSW Dan Beberapa Dewan Perundangan
Hospital Berdekatan Dengan Lokasi Kejadian Turut Diarah Tutup Oleh Pihak Berkuasa
Para Pekerja Dan Orang Ramai Di Martin Place Kemudian Diarah Untuk Berkumpul Di Hyde Park Sambil Diawasi Pihak Polis
Dalam Pada Itu, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott Menyifatkan Kejadian Ini Sebagai "Menakutkan" Dan Berkata Ia Mungkin Bermotifkan Politik
"Ini adalah kejadian yang sangat menakutkan. Kami akan bekerjasama pihak berkuasa untuk mendapatkan maklumat lanjut. Setahu kami, tidak ada seorang pun yang dicederakan setakat ini."
"Saya tidak boleh memikirkan sesuatu yang lebih menyedihkan, lebih menakutkan daripada situasi yang sedang dihadapi oleh mereka yang sedang terperangkap dalam keadaan seperti itu. Kami semua turut bersimpati atas apa yang terjadi," kata Tony Abbott.
Setelah Ditahan Selama Hampir Enam Jam, Tiga Orang Tebusan Lelaki Didapati Berjaya Menyelamatkan Diri
Tujuh Jam Berlalu, Dua Orang Tebusan Wanita Berjaya Berlari Keluar Dari Kafe Berkenaan. Salah Satu Daripada Mereka Rebah Sebaik Tiba Dalam Dakapan Pihak Polis.
WATCH: The moment two women escaped the #sydneysiege. https://t.co/WeFAZGu5Fm
— Sky News Australia (@SkyNewsAust) December 15, 2014