[GAMBAR] Sudahkah Anda Lihat Banjir TERBURUK Sejak 30 Tahun Di Pantai Timur?

Banjir yang sangat teruk di negeri-negeri Pantai Timur kali ini turut melanda negeri Perlis dan Perak.

Keadaan Banjir Yang Bertambah Serius Menyebabkan Hampir 63,000 Penduduk Di Enam Negeri Iaitu Pahang, Kelantan, Terengganu, Perak, Perlis Dan Sabah Terpaksa Berpindah Setakat 24 Disember 2014

Jumlah mangsa banjir di kebanyakan negeri yang terjejas terus meningkat dengan keseluruhan 62,836 penduduk telah dipindahkan sehingga tengah hari ini, berbanding 58,705 pagi tadi.

astroawani.com

Image via Astro Awani

Image via Astro Awani

Di Kelantan Sahaja, Sebanyak 96 Pusat Pemindahan Telah Dibuka Untuk Mangsa Banjir

Peningkatan jumlah mangsa melibatkan sembilan jajahan iaitu Gua Musang, Jeli, Kota Bahru, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah, dan Tumpat.

Jumlah mangsa tertinggi dicatat di Pasir Mas iaitu 8,754 orang, diikuti Gua Musang (5,259) dan Kuala Krai (4,608).

astroawani.com

Image via Astro Awani

Image via Astro Awani

Image via Astro Awani

Tambah Buruk Lagi, Sebanyak 22 Laluan Di Lapan Jajahan Di Negeri Kelantan Ditutup Akibat Banjir Yang Semakin Buruk

Menurut portal banjir kerajaan negeri, lapan laluan ditutup kepada semua lalu lintas manakala tujuh lagi ditutup kepada kenderaan ringan.

Manakala tujuh laluan lagi ditutup pada malam 23 Disember 2014, menjadikan kesemuanya 22 laluan.

bharian.com.my

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim Berkata Banjir Yang Melanda Negeri-Negeri Di Pantai Timur Ketika Ini Adalah 'Luar Biasa'

Beliau meminta semua pihak memandang serius perkara itu bagi mengelak kejadian buruk berlaku.

Shahidan berkata ketika ini beberapa paras air sungai utama di negeri-negeri berkenaan dilaporkan kembali meningkat ke paras bahaya yang berkemungkinan jumlah mereka yang dipindahkan akan lebih ramai lagi.

"Fenomena ini kena ambil ingatan dan perlu berhati-hati kerana dalam kejadian hujan yang turun dan jika berterusan ini boleh berlaku gelombang yang lebih besar," katanya.

bharian.com.my

Image via Astro Awani

Image via Astro Awani

Image via Astro Awani

Difahamkan Juga, Banjir Kali Ini Merupakan Yang Terburuk Pernah Direkodkan Dalam Tempoh 30 Tahun

"Bencana banjir tahun ini amat luar biasa dan menggerunkan," begitulah luahan penduduk Kampung Batu Papan di Gua Musang apabila kampung mereka seolah-olah sebuah pulau selepas digenangi 90 peratus air dan hanya tinggal 10 peratus daratan.

Menurut penduduk kampung, keadaan banjir di Gua Musang ketika ini adalah yang terburuk dalam tempoh 30 tahun. Kira-kira 200 rumah penduduk Kampung Batu Papan telah ditenggelami air. Biasanya air akan surut dalam tempoh 12 jam, namun hujan lebat tanpa henti sejak 3 hari lalu menenggelamkan kampung mereka.

utusan.com.my

Image via Astro Awani

Image via Astro Awani

Image via Astro Awani

Di Pahang, Lebih 100 Pelancong Dari Luar Negara Dan Tempatan Terperangkap Di Mutiara Taman Negara Resort Setelah Sungai Tembeling Di Kuala Tahan, Jerantut, Melepasi Paras Bahaya

Difahamkan paras itu yang tertinggi pernah dicatat selepas banjir besar pada 1971.

Keadaan itu juga menyebabkan arus deras dan jeti pelancongan Kuala Tahan terpaksa ditutup sehingga menyukarkan perkhidmatan bot untuk membawa keluar pelancong yang dijadual pulang pada 24 Disember 2014.

mstar.com.my

Mereka semua bagaimanapun telah berjaya diselamatkan apabila Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang menghantar 4 bot untuk menyelamatkan 102 pelancong termasuk 20 rakyat tempatan yang terperangkap.

yahoo.com

Image via mstar.com.my

Image via mkini.net

Dalam Pada Itu, Perak Dan Perlis Mula Dilanda Banjir Manakala Keadaan Di Kelantan, Terengganu Serta Pahang Bertambah Buruk Dan Sabah Pula Keadaan Bertambah Baik

Di PERAK, sebanyak 170 mangsa banjir di kawasan Lenggong, Sungai Siput dan Ipoh dipindahkan di lima pusat pemindahan banjir setakat ini.

Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Abdul Manab Baharum berkata kejadian banjir di Lenggong berpunca daripada pelepasan air daripada Empangan Kenering yang menjejaskan Kampung Sumpitan, Kampung Tampan Air dan Kampung Labik.

Di PERLIS pula, banjir yang melanda bahagian utara negeri itu menyebabkan 93 mangsa daripada 25 keluarga dipindahkan ke tiga pusat pemindahan, menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perlis.

astroawani.com

Image via Astro Awani

Di TERENGGANU, Kemaman mendahului dari segi mangsa iaitu 5,592 orang diikuti Kuala Terengganu 2,803 orang, Dungun 2,665 orang, Hulu Terengganu 648 orang, Besut 590 orang, Marang 94 orang dan Setiu 22 orang.

Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, Sungai Dungun di Kuala Jengai, Sungai Berang di Kampung Menerong Hulu Terengganu, Sungai Besut di Kambung La, Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri, Sunai Nerus di Kampung Langkap, Sungai Telemonong di Kuala Pinang Hulu Terengganu, Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan dan Sungai Kemaman di Jambatan Ban Ho, semuanya telah melepasi paras bahaya.

astroawani.com

Image via Astro Awani

Di PAHANG, kesemua daerah yang terlibat menunjukkan pertambahan bilangan mangsa banjir dengan daerah Kuantan menempatkan mangsa paling ramai iaitu 2,704 orang daripada 708 keluarga yang ditempatkan di 21 pusat pemindahan.

Sementara itu, laman web Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia menunjukkan paras air di empat batang sungai utama di Pahang masih kekal melepasi paras bahaya iaitu Sungai Tembeling di Kuala Tahan, Sungai Pahang di Sungai Yap, Sungai Kuantan di Pasir Kemudi dan Sungai Kuantan Bypass.

astroawani.com

Image via Astro Awani

Menurut Sumber, Antara Faktor Yang Mencetuskan Banjir Luar Biasa Ini Ialah Fenomena 'New Moon' Di Mana Kedudukan Bulan Berada Berhampiran Dengan Bumi Yang Menyebabkan Air Pasang Lebih Tinggi Daripada Biasa

Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata keadaan banjir menjadi lebih teruk apabila ditambah dengan tiupan angin Monsun Timur Laut secara konsisten merentasi Laut China Selatan ke negara ini bermula bulan November hingga Mac.

"Meskipun hujan semakin reda dan tidak lagi lebat, namun air banjir dilihat sukar untuk surut disebabkan fenomena 'new moon' yang mana bulan berada dekat dengan bumi yang menyebabkan air pasang lebih tinggi daripada biasa."

"Selain itu, hujan yang tidak berhenti sebelumnya menyebabkan aliran sungai dari hulu ke kuala tidak sampai sehingga menyebabkan air sungai melimpah keluar sehingga menyebabkan banjir teruk," katanya.

bernama.com

Image via Astro Awani

Image via Astro Awani

Image via Astro Awani

Sementara Itu, Meskipun Dilanda Banjir Teruk, Beberapa Peniaga Di Kelantan Tetap Gigih Meneruskan Perniagaan. Bagi Mereka, Banjir Bukanlah Halangan Untuk Menjana Pendapatan.

Perkara itu diakui dua beradik Mohd Zainudin Fauzi, 27, dan abangnya Mohd Azam, 30, dari Kampung Kedai Tanjung apabila menggunakan kesempatan itu untuk menjual keropok dan jagung bakar.

Bagi mereka fenomena banjir adalah perkara biasa dan sesetengah orang menjadikan musim itu pesta bermain air.

“Jadi ia peluang kepada kami buat duit apabila orang berpusu-pusu mahu menikmati jagung bakar dan keropok selain bebola ikan. Sekurang-kurangnya lebih RM500 sehari kami peroleh sepanjang banjir dan jagung bakar paling mendapat permintaan,” ujar mereka.

hmetro.com.my

Image via Harian Metro

Lagi Gambar Fenomena Banjir Terburuk Melanda Negeri-Negeri Di Pantai Timur Dalam Tempoh 30 Tahun:

Leave a comment