seismik

[VIDEO] Letupan Bom Maut Di Tengah-Tengah Bandar Bangkok

Sebuah bom dilaporkan meletup berhampiran kuil Erawan yang terletak di tengah-tengah bandaraya Bangkok. Berita akan dikemaskini.

Cover image via aljazeera.com

[TERKINI] Letupan bom di Bangkok: Warga Malaysia maut meningkat kepada 5 orang

Jasad kelima mangsa korban letupan bom di Bangkok dilapor telah ditemukan dan akan tiba di Pulau Pinang malam ini.

Portal The Star Online melaporkan kenalan rapat keluarga itu Visen Lim Gim Seong, 46, memaklumkan bahawa pihak berkuasa telah menjumpai mayat Lim Su See, 52, sekitar tengah malam semalam.

"Jasadnya akan dibawa pulang malam esok selepas selesai menjalani prosedur post mortem," katanya sepertimana dipetik The Star Online.

Jasad Su See yang dikatakan hilang sebelum ini merupakan antara tujuh sekeluarga rakyat Malaysia yang bercuti di Bangkok ketika kejadian.

Su See ialah kakak kepada Lim Saw Gek, 49, yang turut terbunuh dalam insiden letupan tersebut.

Turut terbunuh dalam kejadian pada Isnin itu adalah anak lelaki Saw Gek, Neoh Jai Jun, 20; menantu, Lee Tze Siang, 35, serta cucu perempuan, Lee Jing Xuan, 4.

astroawani.com

Dalam pada itu, pihak kerajaan Thailand akan membayar pampasan sebanyak RM45,900 (400,000 Baht) kepada ahli keluarga mangsa yang terkorban

Sambil menyifatkan serangan itu sebagai "insiden ngeri" Konsul Jeneral Thailand di Pulau Pinang, Ekajit Kraivichien berkata, kerajaannya bersedia menawarkan bantuan yang diperlukan.

malaysiakini.com

Bagi mangsa yang tercedera dalam kejadian tersebut, bayaran pampasan maksimum sebanyak RM11,476 (100,000 Baht) akan diberi bagi menampung kos perubatan dan hospital

Sementara itu, polis Thailand telah mula mengedarkan lakaran wajah suspek yang dipercayai terlibat dalam insiden bom yang mengorbankan lebih 20 orang dan lebih 120 cedera

Image via mynewshub.cc

Pihak polis Thailand juga menawarkan ganjaran satu juta baht (RM112,000) kepada mereka yang memberi maklumat mengenai suspek terbabit

Menurut Associated Press (AP) Jurucakap polis, Leftenan Jeneral Prawut Thavornsiri, berkata ganjaran itu ditawarkan untuk sebarang maklumat mengenai suspek yang meletakkan bom atau rakan subahatnya.

Polis yang menyiarkan gambar seorang lelaki berbaju kuning dipercayai lelaki yang memasang bom di tempat kejadian, percaya dia tidak melakukannya sendirian.

Reuters melaporkan polis Thailand sedang mengesan rakan suhabat suspek yang dipercayai bukan rakyat Thailand itu.

Jurucakap polis Thailand, Prawut Thawornsiri, berkata: “Kami juga sedang mengesan suspek lain berhubung letupan itu. Serangan seperti ini biasanya tidak dilakukan seorang suspek.”

Menurut Timbalan Ketua Polis Thailand, Jaktip Chaijinda, berdasarkan gambar, suspek kelihatan lebih kepada rakyat asing, bukannya penduduk Thailand.

hmetro.com.my

20 Ogos 2015, 9pm: 4 warga Malaysia maut dan tiga cedera

Terdahulu Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan media awal mengesahkan bahawa dua warga Malaysia terkorban dalam insiden letupan bom di daerah Ratchaprasong, Thailand pada Isnin itu.

Angka korban kemudiannya meningkat kepada empat mangsa.

Mangsa yang maut adalah Lee Tze Siang, 33 dan anak beliau, Lee Jing Xuan 4, Lim Saw Gek, 49 dan anak beliau, Neoh Jai Jun, 20.

Seorang mangsa yang cedera Neoh Hock Guan kini menerima rawatan di Hospital Besar Polis

Manakala Tan Rui Hun dimasukkan ke Hospital Hua Chiew untuk rawatan lanjut, manakala Tan Kim Siok telah dibenarkan keluar dari hospital setelah menerima rawatan.

astroawani.com

Dalam pada itu, gambar seorang lelaki yang dikatakan suspek kejadian bom tersebut tersebar di media sosial

Menurut Bangkok Post, lelaki asing berkulit cerah tersebut didakwa sampai ke lokasi menggunakan tuk-tuk sambil membawa sebuah bungkusan dan beg, dan dilihat tidak membawa barangan tersebut tidak lama kemudian.

Namun begitu, pihak polis masih belum dapat memastikan siapa suspek sebenar dalam kejadian berkenaan.

Jurucakap polis, Leftenan General Prawut Thavornsiri memberitahu, sebanyak 15 rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sudah diperiksa setakat ini.

sinarharian.com.my

17 Ogos 2015, 7pm: Sebuah bom telah dilaporkan meletup berhampiran kuil Erawan di tengah-tengah bandaraya Bangkok, Thailand

Letupan itu berlaku lebih kurang pukul 7.10 petang waktu tempatan di persimpangan Ratchaprasong yang juga berhampiran dengan kuil Erawan yang sering menjadi kunjungan pelancong dan yang paling ramai dilawati di Thailand. Berhampiran kuil itu terdapat tiga pusat beli-belah ternama di Bangkok.

telegraph.co.uk

Letupan itu dikatakan berpunca dari bom pada motosikal (motorcycle bomb) yang diletakkan di persimpangan jalan tersebut

Menurut laporan media antarabangsa, setakat ini seramai 12 maut, manakala lebih 20 lagi cedera dalam letupan tersebut


Eric Seldin dari Thaicom Production Services memberitahu yang dia mendengar bunyi letupan yang sangat kuat dari dalam Hyatt Hotel. Dia menyaksikan sendiri ternampak tujuh hingga lapan mayat yang telah ditutup.

aljazeera.com

Jonathan Head ketika ditemubual oleh BBC pula memberitahu keadaan di kawasan tersebut menjadi huru-hara dan dia nampak beberapa mayat bergelimpangan

telegraph.co.uk

Sementara itu, dua lagi bom telah dikenalpasti kedudukannya dan berjaya dimatikan dalam kejadian ini oleh pakar letupan Bangkok

Punca kejadian masih belum dikenalpasti, dan belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawap atas kejadian ini

Image via Aljazeera.com

Pihak berkuasa menolak kemungkinan kejadian berlaku rentetan dari pergolakan di Selatan Thailand di antara penganut agama Buddha dan Islam. Ini kerana jarang serangan dibuat di luar kawasan tersebut.

Namun begitu, umum mengetahui kestabilan politik secara keseluruhan di Thailand memang agak terancam terutama selepas pucuk pimpinan mereka diambil alih oleh ketenteraan.

telegraph.co.uk

Berita ini akan dikemaskini dari masa ke semasa

Lagi kisah letupan, tetapi ini di Bangsar, Kuala Lumpur

You may be interested in: