'Block' Kalendar Anda Pada 13 Januari Untuk Hadir Ke #Gegaria Yang Pasti Gempak & Meriah
Sehari pun tak boleh habis!
Masuk je tahun baru, mesti anda semua tercari-cari perkara apa yang anda perlu buat untuk kick start tahun 2018
Pada 13 Januari nanti, jangan lupa untuk block kalendar dan hadir beramai-ramai ke Gegaria!
Gegaria bakal menjadi sebuah festival yang pasti anda tak mahu lepaskan. Terdapat segalanya dari makanan, permainan, dan muzik, kepada aktiviti yang berkaitan dengan fesyen dan kecantikan, serta kecergasan dan kesihatan.
Paling best, masuk adalah PERCUMA!
Ada banyak benda untuk anda lihat, rasai, dan alami sendiri yang mungkin tak cukup untuk anda habiskan dalam masa satu hari. Berikut adalah butiran perayaan yang perlu anda ketahui:
Gegaria akan berlangsung pada:
Tarikh: 13 Januari 2018
Lokasi: Setia City Convention Centre, Carpark B, Shah Alam
Masa: 8 pagi - 10 malam
Selain itu, Gegaria juga bakal diadakan di dua lokasi berbeza pada bulan Februari. Skrol ke bawah untuk ketahui bila dan di mana!
Festival ini direka khas bagi memastikan pengunjung mengambil gambar Instaworthy yang cantik untuk dimuat naik ke laman sosial
Di ruang masuk Gegaria, anda akan disambut dengan art installation gergasi #GOGEGARIA. Struktur dan warna-warna gegaria juga dilhamkan oleh rumah-rumah tradisional Melayu yang cantik.
Terdapat juga pelbagai pemasangan seni funky oleh artis-artis tempatan sepanjang festival berlangsung.
Sesetengahnya diilhamkan daripada perkara-perkara ikonik yang dekat di hati semua rakyat Malaysia seperti teh tarik, tin biskut lama, dan batik, ditambah dengan seni estetika yang lain seperti tali warna, layang-layang gantung dan pemasangan pintu estetik rumah tradisional Malaysia yang berwarna-warni.
Ada banyak lagi aktiviti menarik di Gegaria seperti:
1. #Gegaria Zumba
Mulakan pagi dengan parti senaman yang menyeronokkan, yang dipimpin oleh jurulatih kecergasan Jessica Ong, Hanif Shawn, dan Dayang Damito, dan pastikan anda datang lebih awal untuk merebut beberapa barangan cenderahati. Siapa cepat dia dapat!
2. #Gegaria Makan-Makan (disokong oleh aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan)
Rakyat Malaysia dan makanan berpisah tiada. Bersiap sedia untuk meratah semua makanan yang enak dan penuhkan perut kosong anda di Gegaria!
Gegaria akan menampilkan pelbagai food trucks yang menawarkan makanan terbaik Malaysia dari kesemua 14 negeri. Selain makanan hebat, terdapat juga sesi demo makanan oleh chef selebriti Chef Fikhree dan Chef Naem, dan juga bengkel menghias cookie untuk kanak-kanak.
3. #Gegaria Throwback Tunnel
Kenang semula sejarah memori lama Malaysia melalui pameran seni kapsul masa mini yang memaparkan keindahan negara kita, sepanjang perjalanan semasa zaman Merdeka sehingga hari ini.
4. #Gegaria Community
Gegaria akan menjadi medan kepada pelbagai aktiviti yang merangkumi bidang gaya hidup, kerjaya, keusahawanan, permainan, dan CSR, yang menampilkan ramai selebriti terkenal serta influencers dan instafamous.
Anda boleh menonton demo dan tutorial mekap, penggayaan tudung, gaya rambut dan fesyen.
Anda juga berpeluang berjumpa dengan influencer terkenal seperti Faiz Dickie dan JinnyboyTV yang akan berkongsi kisah kejayaan dalam karier masing-masing.
Sertai kejohanan e-sports Garena untuk berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM10,000 dengan bermain FIFA Online 3, League of Legends, dan Arena of Valor.
Nikmati local dessert yang enak dalam menyokong bantuan amal yang diusahakan di fundraising dessert corner.
Dalam pada berhibur, anda mungkin boleh menyelamatkan nyawa seseorang dengan menderma darah di booth yang disediakan selain menyemak status kesihatan anda.
5. #Gegaria Entertainment
Keseronokan tidak terhenti setelah matahari terbenam. Malam bakal bergegar dengan persembahan hebat oleh barisan artis tempatan, indie, dan penyanyi YouTube terkenal seperti:
- Noh Salleh Hujan
- Bunkface
- DeFam
- Akim & The Majistret
- MASDO
Jumpa anda di Setia Convention Centre pada 13 Januari nanti!
Juga, Gegaria bakal berlangsung di dua lokasi berbeza pada bulan Februari.
Nikmati keseronokan, aktiviti, dan makanan yang sama dari jam 8 pagi hingga 10 malam di lokasi-lokasi berikut:
Tarikh: 3 Februari 2018
Lokasi: Angsana Johor Bahru Mall, Padang A, Johor Bahru
Tarikh: 24 Februari 2018
Lokasi: Stadium Darul Makmur, Kuantan
Jangan lepaskan peluang ini, guys. Follow Gegaria di Facebook dan Instagram untuk dapatkan maklumat lanjut.
Jumpa di sana!