seismik

[GEMPAR] 29 Penumpang Bas Ekspres Terselamat Dalam Nahas Jalan Raya Di Gua Musang

Setakat ini, terdapat 4 nahas bas ekspres melanda negara Malaysia dalam masa tidak sampai dua minggu.

Cover image via imgur.com

Pada Pagi Selasa, 29 April 2014 Sebuah Bas Ekspres Membawa 29 Penumpang Terlibat Dalam Kemalangan Di Jalan Gua Musang Berhampiran Bandar Utama

Shamisha Holiday. Gambar sekadar hiasan.

Image via imgur.com

Seramai 29 penumpang bas ekspres terselamat selepas kenderaan itu terbabas ke dalam parit di Kilometer 3.5 Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Bandar Utama.

peraknews.com

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt. Saiful Bahri Abdullah berkata, bas ekspres Shamisha Holiday itu remuk sedikit di bahagian depan dan tiada penumpang mengalami kecederaan.

utusan.com.my

Bas Yang Dalam Perjalanan Dari Kuala Lumpur Ke Rantau Panjang itu Didapati Terbabas Ke Laluan Bertentangan Sebelum Terhumban Ke Dalam Parit

Rantau Panjang.

Image via blogspot.com

Menurut Saiful Bahri, bas itu dipercayai hilang kawalan sebaik melepasi kawasan selekoh menuruni bukit sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan lalu terhumban ke dalam parit dalam kejadian 3.30 pagi Selasa.

bernama.com

"Bagaimanapun, penumpang yang menaiki bas yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Rantau Panjang itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kemudian menaiki bas lain daripada syarikat sama untuk meneruskan perjalanan," katanya ketika dihubungi.

kosmo.com.my

Kenyataan Daripada Pemandu Bas Berhubung Kejadian Terbabit Masih Belum Diterima Pihak Polis

"Setakat ini, kita belum menerima sebarang laporan daripada pemandu bas berhubung kejadian itu," tambahnya lagi.

peraknews.com

12-20 April Yang Lalu, Terdapat 3 Tragedi Nahas Bas Ekspres Yang Berlainan Melanda Negeri Pahang