seismik

[GEMPAR] Blogger Seks Alvin Tan Tampil Dengan Kontroversi Baru Hina Pemimpin UMNO

Alvin Tan sekali lagi mendapat perhatian atas status kontroversi yang dimuat naiknya di Facebook.

Cover image via Facebook Alvin Tan

[TERKINI] Tahukah Anda Ali Abd Jalil Sebenarnya Belum Terima Suaka Politik Dari Sweden?

Tidakkah anda tertanya-tanya mengapa begitu mudah untuk Ali Abd Jalil untuk mendapatkan suaka politik dari negara Sweden?

Dan tahukah anda Sweden merupakan antara negara yang paling sukar untuk mendapatkan perlindungan suaka politik? Ini kerana setiap permohonan yang dibuat akan diteliti dengan rapi.

Hasil Tinjauan Mendapati Bahawa Kad Yang Diterima Ali Itu Bukanlah Kad Suaka Seperti Yang Didakwa Beliau. Ia Sebenarnya Hanyalah Kad Yang Diberi Sementara Kepada Semua Pemohon Suaka Di Negara Tersebut.

Daripada sumber yang didapati hasil tinjauan, kad berkenaan yang dimiliki oleh Ali bukanlah kad suaka tetapi ia berstatus “Permohonan Secara Rasmi” biarpun rupa kad berkenaan seperti kad pengenalan yang boleh dibawa ke mana-mana.

Kerajaan Sweden akan memberikan sekeping resit permohonan kepada pemohon suaka dan beberapa hari kemudian akan menerima kad berkenaan dengan kod “LMA-Kort”.

Untuk pemegang kad itu, mereka dibenarkan tinggal di Sweden sehingga menerima jawapan dari kerajaan berkenaan status permohonannya. Dengan kad itu juga, pemohon akan diberikan diskaun untuk mendapatkan rawatan di pusat kesihatan di negara itu.

mynewshub.cc
Image via SAYS.com
Image via SAYS.com

Video Di Bawah Menjelaskan Dengan Lebih Lanjut Mengenai Proses Permohonan Suaka Politik Di Sweden. Menurut Fakta Ini, Jelas Sekali Ali Belum Pun Menerima Perlindungan Suaka Dari Kerajaan Sweden.

[VIDEO] Alvin Tan Bercakap Tentang Isu Pasportnya Ditahan Dalam Loghat Amerika

Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) blogger kontroversi Alvin Tan disenarai hitam dan ditarik balik berkuat kuasa serta merta.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim, yang mengumumkan perkara itu dalam sidang media pada Isnin, berkata surat makluman rasmi akan dihantar ke alamat terakhir Alvin di Malaysia selain mewartakan penarikan balik pasport itu di akhbar-akhbar tempatan.

bernama.com

Seperti Yang Dijangka, Alvin Tan Langsung Tidak Kisah Terhadap Tindakan Imigresen Menarik Balik Pasportnya

Selain Alvin Tan, Imigresen Turut Menarik Balik Pasport Aktivis Politik, Ali Abdul Jalil Yang Kini Cuba Mendapatkan Suaka Politik Di Sweden

Datuk Mustafa Ibrahim Menjelaskan Tindakan Tan Dan Ali Telah Menyebabkan Ketidakselesaan Dari Segi Keselamatan Di Kalangan Rakyat Malaysia

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim.

Image via themalaymailonline.com

"Tindakan ini (penarikan pasport) satu amaran kepada semua bahawa jabatan kami tidak teragak-agak mengambil tindakan kepada mereka yang menghina mahkamah, Islam dan Raja-raja. Tindakan ini bukan hanya pada Tan dan Ali tetapi kepada semua," kata Mustafa.

Mustafa berkata sekiranya Tan dan Ali yang kini berada di luar negara ingin pulang ke Malaysia, mereka perlu mendapatkan Sijil Perakuan Cemas (EC) di kedutaan Malaysia agar boleh kembali ke Malaysia secara sah.

Beliau turut menjelaskan bahawa memiliki PMA bukanlah suatu hak, sebaliknya hanya satu keistimewaan yang diberi kepada warganegara Malaysia untuk membolehkan mereka melakukan perjalanan ke luar negara.

"Pasport bukan diberi kepada semua orang sebaliknya ia hanya satu keistimewaan membolehkan rakyat Malaysia ke luar negara. Tertera dalam pasport bahawa pasport adalah hak milik kerajaan Malaysia dan ia boleh ditarik balik pada bila-bila masa," katanya.

bernama.com

Terbaru, Ali Abd Jalil Mendakwa Dirinya Kini Tidak Lagi Terikat Dengan Undang-Undang Malaysia Dan UMNO Kerana Telah Mendapatkan Kad 'Asylum' Di Bawah Perundangan PBB Dan Perjanjian Dublin

7 Disember: Pasport Alvin Tan Akan Dibatal Kerajaan. Apa Maknanya?

Alvin Tan bakal kehilangan pasport.

Image via Facebook Alvin Tan

Kementerian Dalam Negeri akan membatalkan pasport antarabangsa blogger kontroversi Alvin Tan, yang kini dipercayai berada di Amerika Syarikat, dalam usaha membawanya pulang bagi menghadapi tindakan undang-undang.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan membatalkan pasport Alvin Tan atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 26, akan dibuat secepat mungkin berdasarkan peruntukan dalam Akta Imigresen.

themalaysianinsider.com

Zahid Berkata Tindakan Itu Bermakna Alvin Tan Akan Hilang Kelayakan Untuk Berada Di Mana-Mana Lokasi Di Luar Negara Kerana Tidak Lagi Mempunyai Keizinan Atau Kebenaran Daripada Negara Asal

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Image via anwaraidc.com

Ahmad Zahid turut menegaskan bahawa semua pihak wajar memahami bahawa hak memiliki pasport adalah milik negara, bukannya individu.

Tambahnya, negara mempunyai kuasa untuk membatalkan dokumen perjalanan mana-mana individu yang dikenal pasti melanggar Akta Imigresen.

astroawani.com

Namun Begitu, Berdasarkan Maklumat Diperoleh Dari Free Malaysia Today, Alvin Tan Masih Bebas Untuk Menetap Di Luar Negara. Bagaimana?

If Tan’s passport is revoked, Washington is duty-bound to return it. However, it will also trigger and expedite his application for political asylum in the US.

Loss of passport would not mean loss of citizenship. Tan would be eligible for a UN Travel document issued by US Immigration.

freemalaysiatoday.com

Jika pasport Tan dibatalkan, Washington mempunyai tanggungjawab untuk memulangkannya semula. Walau bagaimanapun, ia juga akan mempercepatkan permohonannya dalam mendapatkan suaka politik di Amerika Syarikat.

Ketiadaan pasport tidak akan bermakna hilang kewarganegaraan. Tan akan layak untuk dokumen Perjalanan PBB yang dikeluarkan oleh Imigresen AS.

13 Oktober: Alvin Tan Dah 'Berjanggut' Tunggu Polis Datang Tangkap

Dimanakah Pihak Berkuasa Yang Dikatakan Ingin Mengambil Tindakan?

2 Oktober: SKMM Minta Facebook Tutup Akaun Blogger Seks Alvin Tan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membuat aduan kepada Facebook meminta akaun milik blogger seks kontroversi Alvin Tan ditutup.

themalaysianinsider.com

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi bekata kandungan dimuatnaik Tan perlu dikeluarkan kerana ia melanggar terma dan syarat perkhidmatan.

Image via SAYS.com

Dalam posting di media sosial itu semalam, Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi bekata kandungan dimuatnaik Tan perlu dikeluarkan kerana ia melanggar terma dan syarat perkhidmatan.

yahoo.com

"Kami mengutuk perbuatan tidak bertanggungjawab Alvin Tan di FB dan merasakan ianya perbuatan yang tidak wajar. Kami juga membuat aduan kepada FB dan meminta agar kandungan berkenaan segera dikeluarkan daripada FB kerana kami percaya ianya melanggar terma dan syarat perkhidmatan mereka," kata Sharil.

themalaysianinsider.com

Dalam Masa Yang Sama, SKMM Juga Mengingatkan Orang Ramai Agar Tidak Berkongsi Bahan Sensitif Yang Boleh Menyinggung Perasaan Orang Lain Di Laman Sosial. BACA KENYATAAN PENUH SKMM:

Image via SAYS.com

29 September: Vivian Tak Terkejut Alvin Tan Lari Ke Amerika Syarikat

Vivian Lee, bekas teman wanita penulis blog kontroversi Alvin Tan tidak terkejut sekiranya lelaki itu lari dari jaminan dan mendapatkan perlindungan di Amerika Syarikat (AS) kerana dia pernah mencadangkan idea tersebut sebelum ini.

mstar.com.my

Bekas kekasih Alvin Tan, Vivian Lee.

Image via therealsingapore.com

"Dia pernah mencadangkan idea mencari suaka politik secara ringkas sebelum ini. Dia tidak pernah membincangkan mengenai rancangannya dengan lebih lanjut kepada saya. Dia boleh mengejar impiannya dan meneruskan kehidupan di AS."

mstar.com.my

"Sekarang dia berada di AS dengan selamat, saya lega kerana mendapat tahun dia 'Ok'. Saya tidak kecewa dan tidak menyalahkannya. Saya berharap dia dalam keadaan baik dan semoga berjaya," kata Vivian.

mstar.com.my

Walaupun Telah Diajak Untuk Lari Ke AS, Vivian Bagaimanapun Menolak Idea Tersebut Kerana Tidak Mahu Menjalani Kehidupan Sebagai Pelarian

"Saya tidak melihat matlamat untuk menjalani kehidupan sebagai pelarian. Kita masih ada kehidupan yang menanti pada masa hadapan dan hidup sebagai pelarian tidak sesuai dengan diri saya."

mstar.com.my

"Saya dibesarkan oleh ibu bapa saya untuk berhadapan dan menghadapi apa jua perkara yang mendatang dan melarikan diri daripada masalah bukan satu langkah bijak," kata gadis berusia 25 tahun itu.

mstar.com.my

Dalam Perkembangan Terbaru, Datuk Khairul Anwar Rahmat Berkata Alvin Tan Tidak Akan Berpeluang Mendapatkan Perlindungan Suaka Di Negara Lain Kerana Alasan Yang Digunakannya Tidak Boleh Dipakai

Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat.

Image via themalaysiantimes.com.my

Pengerusi SukaGuam itu berkata, suaka politik hanya boleh digunakan untuk alasan tertentu saja seperti kekacauan politik, kekejaman dan tindakan pemerintah yang berat sebelah.

themalaysianinsider.com

"Alvin mencabar kerukunan undang-undang dan kita tidak sepatutnya membiarkan rakyat Malaysia cari perlindungan suaka di luar negara. Malah, mengikut undang-undang, tiada kewajaran untuk mana-mana negara menerima Alvin berlindung di negara mereka," kata Datuk Khairul.

themalaysianinsider.com

Tambah Beliau, Kesalahan Dilakukan Alvin Tidak Boleh Dipandang Ringan Dan Kerajaan Perlu Mengambil Tindakan Segera Menghalang Tindakan Blogger Seks Itu Yang Dilihat Mencemar Imej Negara

"Tindakannya memberi imej buruk kepada kerajaan. Ia seolah-olah memberi gambaran kerajaan kita zalim dan kejam sehingga ada rakyat yang lari mendapatkan suaka."

informasi.my

"Kerajaan perlu bersikap tegas dengan negara yang diminta perlindungan terutamanya Amerika Syarikat (AS). Kerajaan mesti menghubungi duta AS menyatakan pendirian kerajaan dan minta mereka tahan Alvin di sana," katanya lagi.

informasi.my

Masih Ingat Pada Alvin Tan? Manakan Tidak. Alvin Tan Dan Bekas Kekasihnya, Vivian Lee Terkenal Dengan Blog Seks Mereka Pada Tahun 2013 Serta Beberapa Isu Kontroversi Yang Lain

Vivian Lee dan Alvin Tan.

Image via gigacircle.com

Tan dan bekas bekas teman wanitanya Vivian Lee didakwa di bawah Akta Hasutan kerana memuat naik posting bak kut teh pada bulan Ramadan pada tahun 2013.

Image via blogspot.com

Terbaru, Alvin Tan Menerusi Facebook Memuat Naik Status Dan Gambar Pemimpin-Pemimpin UMNO Yang Diedit Dengan Hidung Khinzir Pada 27 September 2014

Image via imgur.com
Image via imgur.com

Sehari Sebelumnya, Alvin Tan Juga Memuat Naik Status Yang Panjang Mengutuk Perbuatan Pihak Kerajaan Serta Dengan Beraninya Menghina Satu Persatu Pemimpin UMNO Dengan Kata-Kata Kesat. KLIK PADA GAMBAR:

Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com

Status Tersebut Dimuat Naik Bersama Gambar Di Bawah Ini:

Image via imgur.com

Majoriti Daripada Pengikut Alvin Tan Menyatakan Rasa Tidak Puas Hati Terhadap Status Berkenaan. Label Seperti "Pengecut", "Pengkhianat" Dan "Keyboard Warrior" Dilemparkan Kepadanya Dalam Ruangan Komen.

Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com

Disebabkan Alvin Tan Berbangsa Cina, Kaum Cina Tidak Semena-Mena Dipersalahkan Secara Menyeluruh. Namun Begitu, Harus Diingat Tidak Semua Orang Berperangai Sama, Walaupun Datang Dari Kaum Yang Sama.

Image via imgur.com
Image via imgur.com

Dalam Pada Ramai Yang Mencemuh Tindakan Alvin Tan, Masih Ada Pihak Yang Menyokongnya

Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com

Sementara Itu, Pengguna Media Sosial Turut Mengutuk Keputusan Alvin Tan Yang Melarikan Diri Ke Amerika Syarikat Untuk Mendapatkan Suaka Di Sana

Keputusan Alvin Tan mendapatkan suaka di Amerika Syarikat (AS) menerima kritikan daripada pengguna media sosial di Malaysia yang kebanyakannya percaya blogger seks itu perlu berdepan dengan tindakannya, bukan melarikan diri dari negara ini.

suara.tv

Tan, 26, walau bagaimanapun menegaskan dalam satu temubual baru-baru ini bahawa meninggalkan Malaysia adalah “satu-satunya tindakan rasional” kerana dia tidak berdaya melawan “kezaliman dan kejahilan”.

suara.tv

Apa Pula Respon UMNO? Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin Memberi Amaran Keras Kepada Alvin Tan Dengan Berkata, "Kalau Berani, Balik Semula Ke Malaysia Dan Ulangi Kata-Kata Itu."

Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, perbuatan lelaki itu bukan sahaja sangat keji dan tidak bermoral, malah boleh memudaratkan rakyat di negara ini.

sinarharian.com.my

Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin.

Image via sinarharian.com.my

“Ini antara sebab utama mengapa kerajaan tidak perlu memansuhkan Akta Hasutan atau perlu menggubal akta yang sesuai bagi menangani perilaku manusia biadab seperti Alvin Tan ini."

sinarharian.com.my

“Ini amaran keras dari Pemuda Umno kepada Alvin, berani buat berani tanggung. Jangan melarikan diri dan menyorok di luar negara. Kalau berani, balik semula ke Malaysia dan ulangi balik kata-kata itu,” kata Nazzir.

sinarharian.com.my

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar Memberi Jaminan Bahawa Pihak Polis Akan Berusaha Memburu Alvin Tan Sehingga Ke Lubang Cacing Kerana Perbuatannya Itu Tidak Boleh Dimaafkan

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Image via themalaymailonline.com

Menurut Khalid, kenyataan berbaur menghina serta mencabar pihak berkuasa itu adalah suatu perbuatan yang tidak boleh dimaafkan.

utusan.com.my

"Dia (Alvin) ingat dia boleh lari. Bagaimanapun, setiap negara ada peraturan dan kita akan cari dia hingga ke lubang cacing," katanya.

utusan.com.my

Isu Kontroversi Ini Turut Mendapat Perhatian Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. Beliau Menganggap Alvin Tan Sebagai Seorang Penakut Dan Sampah Masyarakat.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menganggap penulis blog kontroversi, Alvin Tan sebagai penakut serta sampah masyarakat ekoran tindakannya mengeluarkan kenyataan yang menghina pemimpin negara.

utusan.com.my

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Image via themalaysianinsider.com

"Kalau berani balik ke Malaysia cakap depan-depan. Tak payah hendak lari ke Amerika Syarikat. Dia ini penakut hanya berani cakap selepas sudah lari dari Malaysia."

utusan.com.my

"Cakap depan-depan. Kami (Pemuda UMNO) menunggu. Jangan jadi bacul lari lepas itu baru hendak tunjuk berani. Orang macam ini adalah sampah masyarakat," kata­ Khairy.

utusan.com.my

Pendapat Anda Pula Bagaimana?

Baca Semula Cerita Penuh Mengenai Alvin Tan Dan Vivian Lee (Alvivi) Yang Telah Menjadi Bualan Hangat Beberapa Bulan Lalu, KLIK SINI:

You may be interested in: