[GEMPAR] Dua Rakyat Malaysia Sertai Pertandingan Pondan Antarabangsa 2014
Ini merupakan kali pertama peserta pondan dari Malaysia menyertai pertandingan ini.
Dikhabarkan, Dua 'Ratu Pondan' Dari Malaysia Telah Menyertai Pertandingan Ratu Cantik Pondan Antarabangsa 2014 (Miss International Queen 2014) Yang Diadakan Di Pattaya, Thailand Pada 7 November Lalu
Miss International Queen Merupakan Pertandingan Kecantikan Terbesar Di Dunia Yang Mempromosikan Hak-Hak Transeksual. Acara Berprestij Ini Diadakan Setiap Tahun Di Thailand Sejak 2004.
Selain Malaysia, 19 Negara Lain Dari Serata Dunia Turut Menghantar Wakil Mereka Bagi Merebut Kejuaraan Antaranya Thailand, Korea Selatan, Jepun, Spain, Amerika Syarikat Dan Banyak Lagi
Sebahagian peserta Miss International Queen 2014.
Image via Facebook Miss International Queen PageantDalam Pertandingan Itu, Peserta Dari Venezuela, Isabella Santiago Berjaya Merangkul Gelaran Juara Dan Meraih Hadiah Wang Tunai Sebanyak RM41,800
Manakala Tempat Kedua Dan Ketiga Dimenangi Oleh Nitsa Katrahong Dari Thailand Dan Juga Piyada Inthavong Dari Laos
Pemenang tempat kedua, Nitsa Katrahong dari Thailand.
Image via Facebook Miss International Queen PageantPemenang tempat ketiga, Piyada Inthavong dari Laos.
Image via Facebook Miss International Queen PageantDisebalik Wang Tunai Yang Dimenangi, Pemenang Tempat Pertama Juga Berhak Untuk Memilih Menjalani Pembedahan Kosmetik Secara Percuma!
Pemenang tempat pertama, Isabella Santiago dari Venezuela.
Image via Facebook Miss International Queen PageantBerikut Adalah Keputusan Penuh Pertandingan Miss International Queen 2014:
Jika Diteliti, Tarikh Pertandingan Ini, 7 November 2014 Adalah Sama Dengan Tarikh Dimana Mahkamah Rayuan Memutuskan Lelaki Transgender Di Malaysia Dibenarkan Untuk Berpakaian Wanita. Suratan Atau Kebetulan?
Aktivis transgender, Nisha Ayub (kanan) bersama tiga lelaki transgender yang membuat rayuan.
Image via says.com