seismik

[GEMPAR] Gadis 19 Tahun Maut Disembelih Rakan Lelaki Kerana Menolak Cinta

Kerana cinta badan binasa.

Cover image via SAYS.com

[TERKINI] "Anak Saya Diugut Dengan Pisau Sebelum Dipaksa Masuk Ke Dalam Kereta"

Ibu Nursyuhada, Nor Azlina Dawari (kanan).

Image via sinarharian.com.my

Ahli keluarga Nursyuhada kesal dengan kenyataan pengurusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) apabila didakwa seolah-olah bersikap lepas tangan terhadap tragedi menimpa anak kedua daripada enam beradik itu.

Ibu mangsa, Nor Azlina Dawari, 44, berkata, dia sedih dengan kenyataan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said apabila mengatakan anaknya mengikut lelaki itu secara sukarela.

“UiTM tidak sepatutnya membuat kenyataan sewenang-wenangnya yang menggambarkan Nursyuhada dengan sukarela mengikut suspek dan bukannya diculik selain kejadian berlaku di luar kampus. Siapa UiTM untuk kata anak saya secara sukarela mengikut lelaki itu? Anak saya diugut dengan pisau sebelum dipaksa masuk ke dalam kereta, malah rakannya juga ada melihat kejadian sebelum memaklumkan kepada saya."

“Sebagai ibu yang melahir dan membesarkan Nur Syuhada, saya tahu anak saya cuba mempertahankan dirinya (dan)...saya tidak mampu terima tragedi yang menimpanya. Anda fikir saya mampu memaafkan suspek dan keluarganya?” katanya.

hmetro.com.my

Azlina Berkata Tragedi Yang Menimpa Anak Perempuannya Itu Patut Dijadikan Iktibar Oleh Pihak Keselamatan Universiti Tersebut Supaya Tidak Mudah Membenarkan Orang Luar Memasuki Kawasan Kampus

Image via hmetro.com.my

“Sebelum ini anak saya ada beritahu senang nak masuk kampus, hanya perlu lambai tangan pada pengawal keselamatan sahaja dah boleh masuk."

“Saya amat berharap, kawalan keselamatan di sana ditingkatkan selepas kejadian ini berlaku kerana saya sayangkan pelajar-pelajar di sana, saya tidak mahu kejadian sama berulang,” katanya lagi.

sinarharian.com.my

5 Februari: Identiti Pembunuh Nursyuhada Tersebar Luas Di Laman Sosial

Identiti pembunuh Nursyuhada tersebar di laman sosial.

Image via siakapkeli.com.my

Wajah pembunuh Nursyuhada telah dikongsikan di media sosial dimana rata-rata pengguna Facebook telah berkongsikan gambar ini dengan kebanyakan menyatakan marah dengan suspek yang dianggap kejam dan tiak mempunyai hati perut.

siakapkeli.com.my

Dalam Pada Itu, Profesor Di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Zaharuddin Abdul Rahman Menasihatkan Kaum Wanita Supaya Tidak Mudah Jatuh Hati Dengan Lelaki Serta Tidak Keluar Secara Berdua-Duaan

Penceramah bebas, Dr Zaharuddin Abdul Rahman.

Image via masjidabidin.org.my

Dr Zaharuddin berkata, kaum wanita tidak perlu mempunyai teman lelaki sebelum kahwin dan bertemanlah hanya dengan suami atau adik beradik terdekat sahaja.

“Jangan bagi ruang lelaki menyangka kalian sedang menerimanya kelak nanti mungkin dia akan gila bayang dan mengekori kalian di mana-mana. Gunakan kuasa jeritan sekuat mungkin untuk meminta tolong jika diugut keluar berduaan khususnya dengan pisau dan juga jangan buka pintu bila dipanggil lelaki asing secara seorang diri atau suasana tidak selamat,” katanya.

Tambah Zaharuddin lagi, kaum wanita juga digalakkan supaya memperbanyakkan sedikit ‘sangka buruk’ apabila berurusan dengan lelaki sebagai perlindungan diri dari terleka dan lalai. Jelasnya, mereka perlu mengelakkan daripada berfikir ‘takkanlah dia nak buat begitu’ apabila bersama lelaki, kerana ia mungkin meleset sama sekali.

“Nasihat ini umum buat semua jenis lelaki termasuk yang tua, muda, pak lebai, imam masjid, ustaz, tok guru, bomoh ustaz, polis dan lain-lain kerana adakalanya lelaki ini berniat baik, namun suasana yang terlalu kondusif untuk kejahatan memanggil-manggil untuk mengambil kesempatan."

“Apabila tanpa sengaja berdua-duaan dengan lelaki bukan mahram, segera keluar dari situasi tersebut secepat mungkin. Nasihat ini mungkin tiada kaitan secara langsung dengan kisah pelajar malang terbabit namun sekadar menasihati agar wanita menutup ruang musibah daripadanya dianiaya lelaki dari berlaku,” ujarnya.

Banyak lagi nasihat dan pengajaran diberikan oleh Dr Zaharuddin di sini.

therakyatpost.com

Tarikh 2 Februari 2015 Telah Merakam Satu Tragedi Berdarah Di Mana Seorang Gadis Berusia 19 Tahun Dilapor Maut Selepas Disembelih Rakan Lelakinya Di Tepi Lebuh Raya Berdekatan Taiping

Mangsa dalam keadaan berlumuran darah terdampar di tepi lebuh raya.

Image via omakkau.blogspot.com

Seorang pelajar perempuan sebuah institut pengajian tinggi maut selepas dipercayai dikelar oleh teman lelakinya dalam kejadian di Kilometer 228.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, dekat Bukit Gantang, Taiping pada tengah hari.

bharian.com.my

Mangsa, Yang Juga Pelajar Tahun Satu Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang, Nursyuhada Johari Disahkan Meninggal Dunia Di Hospital Kuala Kangsar Kira-kira Jam 2 Petang

Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 2 petang.

Image via therakyatpost.com

Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk menerima rawatan, namun disahkan meninggal dunia pada kira-kira jam 2 petang.

astroawani.com

Menurut Seorang Saksi, Dia Melihat Seorang Perempuan Telah Keluar Dari Kereta Terbabit Melalui Pintu Penumpang Dan Kemudian Jatuh Ke Jalan Dalam Keadaan Berlumuran Darah

Mangsa dikatakan keluar dari pintu penumpang hadapan lalu rebah ke atas jalan.

Image via malaysiagazette.com

Seorang saksi, Md Ikhbal Ahmad berkata, dalam kejadian jam 11.55 pagi itu, dia yang dalam perjalanan dari Pokok Assam ke Ipoh telah melihat sebuah kereta jenis Proton Perdana warna hitam diletakkan di bahu jalan lebuh raya.

Menurutnya, kelihatan seorang perempuan telah keluar dari kereta terbabit melalui pintu penumpang dan kemudian jatuh ke jalan.

“Dalam masa yang sama, kelihatan seorang lelaki turut keluar dari kereta berkenaan dan menarik mangsa ke bahagian tepi besi penghadang jalan. Namun selepas itu, lelaki berkenaan bertindak melarikan diri dan masuk ke hutan,” katanya kepada Sinar Harian.

sinarharian.com.my

“Ketika Itu, Kelihatan Terdapat Kesan Kelar Pada Leher Mangsa Dan Tidak Lama Selepas Itu Kelihatan Lelaki Berkenaan Muncul Semula Dan Terus Membuka Pintu Kereta Untuk Mengambil Sebuah Telefon Bimbit."

“Kedengaran lelaki berkenaan telah menelefon seseorang dan berkata, “minta maaf dan dia telah buat silap”,” kata Ikhbal.

Mengulas lanjut, dia juga agak terkejut selepas mendengar lelaki berkenaan mengeluarkan kata-kata "Dia tak mampus lagi ke?

“Orang ramai yang berada di tempat kejadian juga mula curiga dengan lelaki berkenaan dan bertindak memukulnya lalu menyerahkannya kepada polis peronda yang sampai di tempat kejadian,” jelasnya.

sinarharian.com.my

Sementara Itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa Berkata Lelaki Berusia 25 Tahun Itu Disyaki Mempunyai Masalah Mental Dan Telahpun Diberkas Pihak Polis

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa.

Image via nst.com.my

“Siasatan awal mendapati suspek berusia 25 tahun itu disyaki mempunyai masalah mental dan telah berkawan dengan mangsa."

“Dalam masa yang sama, polis turut menjumpai sebilah pisau lipat yang dibuang mangsa di bawah bukit tepi lebuh raya. Suspek telahpun ditangkap dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

sinarharian.com.my

Dalam Pada Itu, Bapa Mangsa, Johari Hashim Memberitahu Bahawa Lelaki Tersebut Sering Mengganggu Anaknya Sejak Zaman Sekolah Lagi Kerana Ingin Menjalin Hubungan Serius, Namun Anaknya Tidak Melayan

Bapa Nursyuhada, Johari Hashim.

Image via Youtube NST

“Lelaki itu sudah cuba berkawan rapat dengan Nursyuhada sejak zaman sekolah lagi tetapi arwah tidak melayan. Namun, saya tidak sangka dia sanggup membunuh kerana menolak cintanya. Saya sudah banyak kali melarang dia (lelaki itu), tetapi dia tidak mengendahkannya."

“Dia mula berkawan dengan anak saya sejak arwah di tingkatan lima, tetapi anak saya tidak mahu kerana sikapnya yang terlalu obses. Anak saya hanya mahu berkawan, tetapi dia mahu menjalinkan hubungan serius menyebabkan arwah tidak melayannya."

“Malah, arwah pernah memberitahu kami yang lelaki itu sering mengganggunya. Saya pernah menelefon dan menghantar SMS kepada dia supaya jangan mengganggu anak saya," ulas Johari.

hmetro.com.my

"Dia Pernah Memecahkan Pintu Di Rumah Lama Saya Dan Ditahan Beberapa Kali Dipercayai Terbabit Dalam Penyalahgunaan Dadah. Saya Juga Pernah Membuat Laporan Polis Empat Tahun Lepas."

"Saya pernah membuat laporan polis empat tahun lepas. Apabila dia bekerja di Melaka, saya ingatkan dia sudah berhenti ganggu anak saya kerana anak saya tidak lagi bercerita mengenainya."

“Dia juga pernah memecahkan pintu di rumah lama saya di Taman Sri Hosba di sini dan cuba melarikan anak saya kira-kira empat tahun lalu. Dia juga pernah ditahan beberapa kali dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah,” katanya.

Menurutnya, dia juga sudah membuat aduan kepada keluarga lelaki terbabit, namun tiada penyelesaian, malah lelaki itu semakin bertindak ganas.

hmetro.com.my

Ketika Ditanya Mengenai Kejadian Itu, Johari Berkata, Dia Mengetahui Insiden Itu Apabila Seorang Rakan Nursyuhada Menghubungi Isterinya Dan Memaklumkan Anaknya Itu Diugut Sebelum Dilarikan Lelaki Terbabit Dari Kampus

“Saya diberitahu arwah akan dicederakan jika tidak mahu menaiki kereta lelaki itu. Isteri saya cuba menghubungi arwah beberapa kali, tetapi panggilan telefon tidak dijawab. Saya juga menghubungi ibu bapa lelaki itu meminta bantuan."

“Namun, selepas beberapa jam, saya dimaklumkan ibu lelaki itu, anaknya sudah mengelar leher arwah sambil memberi alasan mempunyai penyakit mental dan tidak mengambil ubat ketika ditahan di balai polis,” luahnya.

Johari menyifatkan kematian anaknya dalam keadaan syahid kerana bertindak mempertahankan diri.

hmetro.com.my

Jenazah Nursyuhada Telah Selamat Dikebumikan Di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherok Mokkan Pada Jam 11 Pagi Keesokan Harinya

Johari berkata kali terakhir beliau bertemu anaknya ialah pada awal bulan lalu ketika menghantar anaknya di perhentian bas Shahab Perdana, Alor Setar untuk pulang ke kampus.

Nursyuhada yang meninggal di Hospital Kuala Kangsar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherok Mokkan pagi Selasa.

mstar.com.my

Suasana sekitar majlis pengkebumian Nursyuhada.

Image via nst.com.my

Suasana sekitar majlis pengkebumian Nursyuhada.

Image via hmetro.com.my

Suasana sekitar majlis pengkebumian Nursyuhada.

Image via bharian.com.my

Takziah Diucapkan Kepada Ahli Keluarga Mangsa. Sedekahkan Al-Fatihah Kepada Nursyuhada Johari, Semoga Ditempatkan Dalam Kalangan Orang-Orang Yang Beriman.

Image via siakapkeli.com

JUGA DI SAYS: [GEMPAR] Suami Gantung Diri Selepas Kerat Kaki Dan Tangan Isteri Sehingga Putus

You may be interested in: